Maaf kalau tajuknya agak sensitif. But i think ini adalah satu cara untuk menarik korang yang baca.Kalau tak, bagitahu. This is my idealogy.
Tipulah kalau saya kata tak ada orang yang suka sesuatu yang bergenre 13+ sehingga 18+ bahkan 21+
Saya tak kata banyak. Saya kata sebilangan.
And i want to ask you and me.
Kenapa kita baca dan terasa ingin tahu? Apa yang terkandung dalam buku itu?
Serius saya juga antara yang suka membaca genre tersebut. Saya kata secara umum dan bukan untuk memihak atau menyalahkan sesiapa.
Saya sebenarnya agak terfikir apa yang akan berlaku kalau saya menulis ini? Akan dikecam? Akan dibenci?
Namun apabila difikirkan balik, saya tidak mahu berselindung lagi.