Sebagai seorang hamba yang menganut agama Islam, kita sepatutnya tahu batas bacaan kita dan batas tulisan kita.Di mana-mana platform dan sebagainya, ianya sangat penting.
Sebagai penulis, kita kena sedar tulisan yang kita tulis itu adalah salah satu amal jariah. Bergantung kepada penulisan yang dibuat sama ada ianya bermanfaat atau tidak untuk membaca.
Saya berikan sebuah gambar yang menjelaskan perihal menulis dalam Islam.
Meskipun ianya hanya ilusi, tidak boleh dan haram untuk menulis cerita mengandungi lucahs seperti seks, berpegangan tangan, berciuman.
Banyak penulis terlepas pandang mengenai hal ini. Meskipun kamu semua sudah dewasa, tidak bermakna ianya diperbolehkan.
Meskipun penulis sudah tulis
"Part ini nengandungi adegan dewasa, yang bawah umur sila skip"
Atau
"Part ni ada adegan NC, nak baca tanggung sendiri."
Yakinkah tak ada orang yang akan baca dan patuh? Kalau ada pun sebahagian kecil.
I was very sad bila ada orang buat cerita tersebut. Kebanyakannya adalah bergenre fanfiction. Mentang-mentang idol bukan Islam, tak bermakna korang boleh puaskan imaginasi korang melalui menulis part tersebut.
Dan tidak kalah juga ada yang buat cerita tersebut dengan gambar cover dia artis tempatan.
Banyak sangat dekat Wattpad. Dan saya lihat kebanyakan yang menulis cerita sebegini, pengikutnya sangatlah ramai sehingga ada beribu-ribu.
Secara tidak sedar, ribuan orang yang membaca itulah yang menyalurkan dosa. Kita tidak tahu.
Penulisan ini ibarat amal jariah sampai kita mati. Jika baik penulisan, maka pahala akan mengalir sentiasa.
Kebanyakan orang, suka membaca adegan romance, sebab itulah banyak penulis menulis adegan tersebut. Tapi elakkan adegan kiss, sentuh menyentuh. Itu salah dari segi Islam.
Dan yang paling sedih, kebanyakan yang menulis adegan itu adalah budak bawah umur, dan pembacanya pun bawah umur.
Aplikasi, semua orang boleh tipu identiti. Katanya umur 30, padahal baru di bawah 18.