🍭 11 🍭

36 7 2
                                    

Yerin keluar dari biliknya dengan langkah yang laju. Dia cuba menggelak dari ibu dan Baekhyun kerana takut ditanya bukan-bukan.

"Rin! Tak sarapan dulu ke? "Yerin terus menghentikan langkahnya. Dengan perlahan dia menoleh ke belakang.

"Erk, ma, saya dah lambat ni. Nanti kat sekolah saya sarapan. "Senyuman yang penuh dengan kekekokan di tayang.

"Sekarang baru je pukul 6 pagi. Awal lagi. Ni suami kamu mana? "Yerin memandang menjongketkan keningnya. Dah rasa macam dewasa pula bila ibu tanya suami mana. Tapi sebenarnya masih budak sekolah eyyy.

"Erk, sedang bersiap. Saya dah betul-betul lambat ni. Homework belum siap. Anyeong my ibu! "Yerin terus berlari keluar.

Setelah jauh dari rumah Yerin terus menarik nafas lega. Setelah memikirkan misteri mulutnya terasa manis setiap pagi semalam, dia nekad tidak mahu berjumpa dengan Baekhyun. Bahaya betholl.

Tapi bagaimana? Lelaki itu seolah-olah melekat dengan Yerin 24 jam. Sekolah sama, kelas sama, rumah sama. Bahkan sekatil~~

Yerin terus menggelengkan kepalanya. Ingat pasal sekatil, Yerin dah letak banyak bantal di antara dia dengan Baekhyun. Dah macam dinding sampai Yerin tak boleh nampak muka Baekhyun.

Pin! Pin!

"Masuk kereta cepat!" Yerin menoleh ke kanan. Agak terkejut dia tatkala melihat Taehyung. Asal mamat ni tibe ke sekolah awal? Bukan dolu-dolu dia suka lambat ke?

"Jangan sampai aku angkat kau macam pencuri. Duk ternganga kat situ, tak elok betul aku yang melihatnya. "Yerin terus menutup mulutnya dan masuk ke dalam kereta Taehyung. Lain maciamm.

Yerin mengerutkan keningnya. Asal kebelakangan ni Taehyung rapat semacam je dengan dia. Taehyung dah suka dia ke?

Eh? Perasan santan.

Yerin terus menutup mulut dengan tangan sambil melirik ke arah Taehyung. "Aku tahu aku hensem. Jangan pandang lama-lama, kang aku minta bayaran sebab kau dah tengok free show. "Yerin terus mengalihkan pandangan.

Ingat muka dia muzium ke? Nak berbayar bagai.

"Kau tak nak keluar ke? "Yerin terus memandang ke luar tingkap. Dah sampai sekolah, syok sangat berangan sampai tak tahu dah sampai sekolah huhu.

******

Baekhyun hanya memandang Yerin dari belakang. Tengok dari belakang je dah cantik, apatah lagi kalau depan, aummm.

Tiba-tiba dahinya terasa sakit. Dengan cepat Baekhyun memandang kehadapan. Cikgu Siwon sedang memandangnya dengan pandangan tajam.

"Kalau tak nak belajar boleh keluar Byun Baekhyun. Jisung! Ambil semula marker tu. "Tahu sayang marker, tadi bukan main yakin baling.

Kalau dulu baling kapur, sekarang zaman dah maju geng, papan putih orang pakai.

Jimin yang melihat keadaan itu tersenyum sinis. Bodoh sekali, yang Yerin terima budak tu dah kenapa? Nak kata comel, aku pun comel, katanya.

"Ok, bila batu tu mengalami tekanan yang tinggi-" sekali lagi cikgu Siwon memandang ke arah Baekhyun yang asyik melihat ke arah Yerin.

"BYUN BAEKHYUN! KELUAR DARI KELAS SAYA! "Baekhyun terus bangun. Sedaya upaya dia cuba tersenyum. Dia kan manis, walau dimarah sekalipun, ingatlah tersenyum selalu ciahhhh.

******

"Aku nak buat dia lebih cintakan aku. Boleh kan? "Dukun duyung dipandang. Tersenyum sinis dia tatkala melihat dukun itu menganggukkan kepalanya.

Dia pasti yang Byun Yerin akan jatuh ke dalam tangannya, bukan lelaki lain terutamanya Baekhyun.














🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬

(✔) Candy | • BBH •Where stories live. Discover now