"Ishh kau nampak budak baru yang comel tu pergi kejar Yerin? Sudahlah tolak cinta Jimin, bercrushkan Taehyung. Kali ni budak baru tu dia nak kebas juga ke? "Hayoung terus menjeling Yerin yang baru masuk ke dalam kawasan sekolah diikuti dengan Baekhyun di belakangnya.
"Kau jalan jauh sikit lah. Tak nampak orang tengok kita? "Yerin mendengus geram. Sudahlah di rumah tak dapat perhatian mama. Kat sekolah pun sama ke? Asal semua orang suka Baekhyun?!
Maaf teremosi.
"Biarlah diorang tengok kita. Lagi bagus kalau tahu yang kita duduk satu rumah. "Yerin menjeling Baekhyun yang selamba badak berjalan disebelahnya.
Yerin terus lari menjauhi Baekhyun tatkala ternampak kelibat Taehyung. "Taehyung-ssi! "Taehyung yang masih acah cool terus menoleh kebelakang. Senyuman ditahan taknak Yerin perasan.
"Ada apa kau panggil aku? "Yerin tersenyum. At least Taehyung notice dia gitu. "Jom pergi kelas. "Dahi Taehyung yang berkerut seribu diendahkan. Yang penting dia tak dekat dengan Baekhyun.
"Kau merapu apa? Kita sekelas pun tidak. "Taehyung terus masuk ke kelasnya. Kelas mereka hanya berjiran tapi tetap tak sama bukan?
"Oh, bye! "Yerin terus masuk ke dalam kelasnya. Jimin yang dari tadi memerhatikan Taehyung dan Yerin mengepal tanganya. "Dia suka budak tu ya? "Jimin tersenyum sinis. Tahulah dia nak buat apa nanti.
******
Baekhyun memandang malas ke arah cikgu Song yang sibuk menjelaskan sesuatu yang dia tidak tahu. "Boring jadi manusia. Kalau kekal jadi gula-gula, kena makan dengan manusia pula. "Nafas kecil dihelakan.
Matanya terus melirik ke arah Yerin yang sedang fokus memandang cigku Song. Maklumlah, Dia minat sejarah.
Tiba-tiba muncul niat nak ganggu gadis itu. Kedudukannya di belakang gadis itu memudahkan Baekhyun menganggu gadis itu.
Bibir didekatkan ke arah leher Yerin memadangkan Yerin mengikat rambut hari ini.
Chup!
"Kau buat apa bodoh? "Yerin menoleh ke belakang manakala Baekhyun hanya memandang Yerin dengan sengihan comelnya. Namun tindakan yang tidak diduga dari Baekhyun membuatkan satu kelas yang tadinya fokus memandang cikgu Song kini fokus memandang mereka.
Membulat mata Yerin tatkala Baekhyun mencium bibirnya. "Aku suka bibir kau. "Baekhyun terus mencubit pipi Yerin yang kaku dengan tindakan secara mengejut dari lelaki itu. Nak mampos awal Baekhyun agaknya.
"Byun Yerin! Byun Baekhyun! Berani kamu berdua buat perkara terkutuk kat dalam kelas ni?! Tak tahu ke ada budak yang masih innocent kat dalam kelas ni? "Demgan cepat cikgu Song menutup mata Park Jisung yang merupakan pelajar ke sayangannya sekali gus anak buahnya.
"Ikut saya jumpa pengetua! "Yerin terus menjeling Baekhyun yang selamba badak menjilat bibirnya dengan pandangan nakal.
"Kau nampak tu? Mereka bercinta ke? "
"Eee dahlah dia suka Taehyung satu sekolah tahu. "
"Dah lah tolak abe Jeman yg comei tu. "
Pap!
"Oi TACOD BABY! "
Jimin yang mendengar semua bisikkan serta latah pelajar-pelajar perempuan tersebut terus bangun dan meninggalkan kelas. Kerusi yang jatuh akibat tolakan dari Jimin dibiarkan.
******
"Kamu berdua ni dah kenapa? "Yerin menundukkan kepalanya. Berapa kali dia dah kata dengan pengetua Lee agar menyorokkan hal ini. Tapi apatah daya pengetua Lee tu memang mulut bocor.
"Bercium dalam kelas?! "Baekhyun hanya diam melihat ibu barunya marah. "Baek cuma nak hilangkan fokus Yerin, tapi tak sangka cara Baek ni buat ramai orang marah. "Baekhyun mencebikkan bibirnya. Cium je pun bukan buat projek dalam kelas.
"Tapi cara kamu salah Baekhyun, kamu tahu tak cium mencium tu hanya orang bercinta je bu- kejap, korang dah kenal lama ke? Maksud mama, dah kenal sebelum mama ambil Baekhyun jadi anak mama? "Yerin mengemam bibir. Takkan dia nak cakap yang pertemuan pertama mereka dalam tandas? Nanti apa yang mama fikir?
"Kita dah kenal lama, jumpa dalam tandas. "Yerin terus memandang ke arah Baekhyun yang selamba dugung menceritakan kisah pahit itu.
"Kau nak mati ke? "Yerin mencubit lengan Baekhyun, namun tiada rasa bagi Baekhyun.
"Mama tak ajar menipu. Itu yang mama pesan. "Puan Byun terduduk lemah mendengar pengakuan Baekhyun. Jangan kata yang Baekhyun dan Yerin dah lakukan benda haram.
"Saya cium dia dah tiga kali. Pertama di-" Yerin terus menutup mulut Baekhyun sambil tersengih kekok.
"Apa lagi yang kamu berdua buat kat belakang mama? "Puan Byun memicit kepalanya cuba menahan marah.
"Cium je mama. "Baekhyun memang berani mati.
"Mama tak nampak, kamu berdua dah berani buat benda-benda macam ni. Macam mana mama nak tinggalkan kamu berdua? "Terkejut beruk puan Byun tatkala pengetua Lee mengatakan yang Baekhyun dan Yerin bercium dalam kelas. Terus dibatalkan segala mesyuarat hari itu.
"Mama nak kamu berdua buat jarak sosial! 2 meter. "Puan Byun terus bangun meninggalkan Baekhyun dan Yerin. Kecewa dia dengan anaknya.
🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬
YOU ARE READING
(✔) Candy | • BBH •
Fanfiction"OPOCOT MELETOP! "Yerin membulatkan matanya. Tak cukup dengan itu kulit gula-gula tadi dilepaskan, kedua tangannya menarik rambut sendiri. Sudahlah gula-gula itu pemberian crushnya. Pernah tak kau buka kulit gula-gula then, tiada angin, tiada ribut...