🍭 2 🍭

60 15 0
                                    

"Dah faham? Pergi buat soalan tu. "Cikgu Jongin terus duduk. Tak lama lagi tidurlah tu. Perangai sama je macam Yerin. Asyik-asyik tidur.

"Yerin! "Yerin yang baru sahaja nak lelap kini bangun semula. Dipandangnya Jimin yang sedang mengusir Jisung dari tempat duduk lelaki itu sendiri atau perkataan mudah, shoulder partner Yerin.

"Kau nak apa lagi? "Jimin mencebikkan bibirnya. Seingat dia, ini baru kali pertama dia panggil Yerin untuk hari ni.

"Jangan marah-marah. Takut kite. "Yerin menggulingkan matanya. Menyampah betul dengan Jimin. Pelajar lain yang sedang berbisik sesama sendiri juga di jeling.

"Kau nak apa? "Yerin menongkat dagu sambil melihat ke arah cikgu Jongin. Dan betul apa yang diramal oleh Yerin. Cikgu itu sedang belayar ke alam mimpi.

"Awak kan pandai mate. Tolong ajar saya buat ni. "Kertas soalan yang baru sahaja diagih Namjoon ditunjuk.

"Aku tak tahu. Pergi tanya Namjoon. "Yerin menekup mukanya ke meja tanda gadis itu mahu berlayar ke alam mimpi. Nak bertemu dengan cikgu Jongin agaknya.

"Ala. "Jimin terus bangun dengan perasaan hampa. Dia belum biasa dengan sikap kasar gadis itu. Lagipun mereka baru je jadi classmate tahun ini.

"Malas aku. "Yerin terus bangun dan keluar dari kelas. Tak payah minta kebenaran. Cikgu Jongin pasti mengizinkan.

Tandas paling hujung dipilih kerana mengikut teorinya, tandas hujung paling jarang pelajar guna. Kononnya ada hantu. Kepala hotak hantu. Yang hantunya korang. Ceh, tibe emosi.

Baru sahaja Yerin ingin menutup pintu, kedengaran seperti seseorang sedang bernafas dibelakangnya. Tadi elok je tak da orang dalam tandas. Takkan Yerin dah buta?

Dengan perasaan was-was Yerin berpusing ke belakang. Membulat besar matanya tatkala melihat seorang lelaki duduk di atas pam tandas.

"ARGH!! LELAKI!!! "Yerin terus berlari keluar simbol diluar tandas dilihat. "Aku masuk tandas betul, macam mana pula lelaki tu ada kat dalam? "Meremang bulu romanya. Sudahlah di dalam tandas hujung. Betul agaknya yang tandas hujung berhantu.

Nampak dari segi pakaian lelaki tadi, bukan dari sekolah ni. Tanpa mahu berfikir lagi, Yerin terus balik ke kelas. Tak mahu dia menahan diri,kang lelaki tadi keluar habis dia kena rogol.

******

"Yerin, awak balik dengan siapa? "Yerin menghela nafas. Si Jimin anak Jeman ni tak reti putus asa ke?

"Jimin, secara jujurnya, tak da guna kau cuba ngorat aku. Aku takkan suka kau. Di kehidupan yang akan datang juga aku takkan suka kau. Baik kau berhenti. Aku taknak sakitkan hati anak orang tanpa aku sedar. Suh! "Yerin terus menolak bahu Jimin.

Jimin hanya memandang pemergian Yerin dengan pandangan tajam. "Kau tengoklah apa aku buat nanti. Kau takkan tenang. "Jimin terus menyepak batu di tepi bus stop. Tapi malang nasibnya apabila batu yang disangkanya batu, sebenarnya taik hanjing!

"Arghh#*¥@*¥&¥!habis kasut mahal aku! "Sebenarnya Jimin ni acah je lebih. Setakat kasut sekolah putih tu apa lah sangat.

******

Yerin cuba fokus membuat kerja matematik yang tergendala dikelas tadi. Namun matanya sudah layu. "Esok ada mate. Aduh. "Walaupun mengaduh, Yerin tetap bangun dan terus baring di katil.

Sedapnya baring tu lain macam. Begitu sedap untuk baring malam ini. "Tidur sekejaplah. "Yerin terus melelapkan matanya.

Tidak lama setelah Yerin melelapkan matanya, pintu balkoninya tiba-tiba terbuka. Seorang lelaki terus masuk tanpa menutup pintu.

Yerin dipandang dengan senyuman dibibir. Sungguh mengiurkan ya. Namun dengan cepat lelaki itu menggelengkan kepalanya. Tugas dia hanya satu. Dia harus membuat kehidupan gadis itu penuh dengan kemanisan.

Dengan cepat lelaki itu mendekati Yerin yang sedang tidur dengan posisi terlentang. Rambut gadis itu diselitkan di belakang telinga. Tak sangka gadis itu sangat cantik.

Dengan perlahan-lahan lelaki itu mencium bibir Yerin sambil menyalurkan kemanisan dibibir gadis itu.









🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬🍬

VOTE / COMMENT AMATLAH DIALU-ALUKAN.

SAYA AKAN UPDATE BERDASARKAN  TARGET SENDIRI.

YG PASTI 10 READS / VOTES / COMMENTS KE ATAS.

💕💕

(✔) Candy | • BBH •Where stories live. Discover now