2

13.6K 1.3K 397
                                    

PINTU rumah ditutup rapat dari luar sebelum bergerak untuk mencari makanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU rumah ditutup rapat dari luar sebelum bergerak untuk mencari makanan. Baru waktu pagi tetapi cuaca sangat panas membuatkan jubah hitam yang dipakai oleh Dalily sedikit basah di bahagian belakang.

"Kakak jangan tinggal Ayyan!" Langkah kakinya terhenti setelah mendengar suara adiknya dari dalam. Mesti baru bangun tidur.

Daun pintu dikuak dari dalam. Muncul wajah Hayyan yang baru bangun tidur.

"Duduk kejap, nanti kakak balik lah."

"Kakak nak pergi mana?" Tanyanya dalam keadaan separuh sedar.

"Cari makanan untuk keluarga kita. Nanti ada rezeki kakak bawa balik lembu ke kerbau tak pun angsa." Dalily tersenyum senget dengar jawapan sendiri.

Haiwan ternakan banyak dah mati akibat kemarau, boleh ke dia cari? Kerbau dengan lembu pun jarang jumpa.

"Bawa balik lembu tau! Dah lama tak makan daging lembu."

"Kalau ada rezeki kakak bawa balik." Dalam hati dah mengutuk diri sendiri, cakap lagi bukan bukan.

Dalily tersenyum lega apabila adiknya menganggukkan kepala. Tahu yang Hayyan bukan seorang yang cerewet, makan apa yang ada.

"Ibu mana?"

"Ibu keluar, katanya nak jumpa kawan. Nanti ibu balik." Setelah pintu ditutup semula, barulah dia melangkah pergi meninggalkan rumah untuk mencari makanan.

Sangkar yang menjadi perangkap untuk dijadikan umpan dibawa sekali dengan senang hati, tidak lupa juga dengan baldi supaya dapat mengambil air dari telaga.

Matanya tiba-tiba ternampak seekor ayam sedang berjalan dihadapinya. Tersengih Dalily melihatnya.

Langkah kaki diperlahankan supaya urusannya untuk menangkap ayam berjaya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu supaya tiada orang yang melihatnya.

Clean.

"Kejar Lily." Serentak itu, Dalily mengejar ayam yang betul-betul berhampiran dengannya.

Dikejarnya ayam itu dengan bersungguh apabila ayam tersebut mengetahui dirinya dikejar.

"Mana kau nak lari?" Hilang sifat lemah lembutnya ketika ini.

Dah terbayang lauk apa yang ingin dia masak hari ini.

"Dalily." Suara seseorang membuatkan dirinya berdiri kaku, mati. Ada orang nampak perangai tak senonohnya.

Suara seorang lelaki, kenal sangat suara itu.

"Dalily, saya panggil ni." Masih lagi mengeras sambil mata memandang ke arah ayam yang sudah jauh darinya.

"Ada a..apa?" Bergetar suaranya ketika ini. Malu kerana perbuatannya dilihat orang lain terutama sekali ajnabi.

Allah.

Dark Signore S1 [Terbit]Where stories live. Discover now