4

14.4K 1.3K 293
                                    

PERJALANAN Dalily terhenti apabila dia nampak firgura Richard sedang berdiri di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERJALANAN Dalily terhenti apabila dia nampak firgura Richard sedang berdiri di hadapannya. Matanya menjeling sekilas ke arah jejaka itu tanpa senyuman. Kemudian dia bergerak melepasi Richard dan masuk semula ke dalam penjara.

Pintu penjara ditutup rapat.

Kain bersih yang diberikan kepada Haura secara senyap diambil lalu dibentangkan menghadap kiblat. Semua ibadah yang ingin dilakukan terbatas akibat keadaan di dalam penjara ini.

Sesaat itu, kedengaran pintu penjara dibuka dengan kasar dari luar, Dalily cuba abaikan dan fokus kepada ibadahnya.

"Siapa suruh kau solat?" Tudung ditarik dengan kuat dari arah belakang sehingga gadis itu terdongak ke atas.

Tidak cukup dengan itu Richard menyepak belakang kaki Dalily sehingga gadis itu jatuh melutut.

"Lepas!" Kata Dalily dengan kasar, dahi dikerutkan menahan sakit. Dapat dia rasa, rambutnya sekali ditarik.

"Aku tanya, siapa suruh kau solat? Kat sini tak ada siapa sembah benda lain selain aku sebagai Tuhan."

"Siapa Tuhan kau? Bagitahu aku!" Genggaman pada tudung Dalily dilepaskan dengan kasar lalu kakinya menendang kuat tubuh Dalily yang sedang melutut itu sehingga tersungkur.

Rambut yang terkeluar dari anak tudung dibetulkan supaya tidak nampak sedikit pun mahkotanya yang satu itu di hadapan lelaki durjana.

"Bawa dia masuk ke dalam."

Sebelum beredar, Richard sempat menendang tubuh Dalily yang tersungkur. Dan kemudian, wanita itu terus dibawa oleh dua orang pengawal yang berbadan tegap. Kedua tangannya digari oleh mereka.

"Jalan." Tubuhnya ditolak kasar supaya jalan ke hadapan membuntuti Richard yang berada di hadapan.

Tiada pilihan lain selain mengikut arahan mereka. Jika dia bertindak luar kawalan, mustahil dirinya akan selamat. Boleh jadi dia akan kena lebih teruk dari sebelum ini.

Berkali-kali belakangnya ditolak oleh pengawal tersebut. Tak cukup laju ke dia jalan? Kalau dia jalan laju lagi, sudah tentu mukanya tersembam belakang lelaki gila ini. Dekat dengan jejaka itu pun dia tak mahu, apatah lagi bersentuhan.

Sampai sahaja di sebuah stor kosong, Dalily ditolak kasar ke dalam dan ditinggalkan bersama jejaka itu.

"Bagitahu aku, siapa Tuhan yang kau agungkan sangat?"

Tubuh disandarkan di dinding dengan kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Allah." Jelas sekali dia menyebut Tuhannya yang satu itu, yang Maha Esa.

"Kenapa kau sujud kepda Tuhan kau? Sedang aku raja dan Tuhan yang sebenarnya. Anuti agama yang aku cipta, maka kau akan selamat." Kedengaran angkuh sekali soalan yang dilontarkan oleh jejaka itu.

Manusia yang bongkak!

Wajah Richard dipandang tajam. Yakin betul mengaku diri sendiri sebagai Tuhan, sedangkan tujuan utama manusia diciptakan oleh Allah adalah kerana beribadah kepadaNya. Bukan mengaku diri sebagai Tuhan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 29, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dark Signore S1 [Terbit]Where stories live. Discover now