.....................
TERRENCE University nampak kosong harini. Sebab student lain nak elak test mengejut yang semua lecturer buat kat class nanti. Aku pun nak ponteng gak, tapi bila teringat pasal aku ada hutang dekat kafeteria universiti,terpaksalah aku datang. Gara gara nak langsaikan hutang nasi lemak ayam dengan Iced Lemon Tea kaw kaw punya pasal.Boleh pulak lupa bawak purse semalam kawan kawan aku dahlah tak ada masatu.
Nasib baiklah Kak Dila tu bagi muka. Kalau tak muka aku yang cantik gila ni viral sebab cuci pinggan dekat belakang kafeteria.
Kat Universiti ada je Starbucks. Family Mart pun ada. Tapi tahu lah kan, aku yang jenis dompet nipis macam kulit bawang lupakan jela. Yang dompet tebal macam kamus dewan bahasa taraf swasta langit boleh ah keluar masuk kedai kedai tu tiap hari. Kita ni mampu kafeteria je awak.
Kafeteria universiti krik krik harini dan tak bising macam biasa. Adalah dua tiga kepala tengah makan dekat situ. Dua orang lelaki dekat meja ceruk sana tu, sorang lagi perempuan dekat meja sini. Hesh,dari bawah meja aku nampak tangan seorang mamat tu usap kaki lelaki sebelah dia. Muka sedap pulak tu, tak tahulah sedap makan nasi ayam atau sedap benda lain. Haha.
Aku geleng kepala,mata pandang arah lain. Public kot, nak kunyit pun pergi lah tempat lain. Tapi tak boleh,dosa! Astaghfirullah..tak ingat ke anda tentang kisah nabi luth yang Allah terbalikkan bumi kerana bernaluri songsang dan berzina? Kalau lupa boleh search kat google. Tak pun cari bukunya kat library.
" Akak,saya nak bayar hutang nasi lemak semalam" Aku melaung sedikit,dengan harapan Kak Dila dengar. Mana pulak akak ni pergi. Sambil bebel dalam hati, terus dikeluarkan sekeping not RM10 dari dompet dan tiga keping not RM1.
Maaf cakap,tapi kafeteria ni makin lama makin cekik darah. Dahlah mahal,lepastu nasi dia bagi sikit. Ayam pulak bagi kepak,mana puas. Tak kena harga RM10.00 untuk sepinggan nasi ayam. Aku ni dahlah student pokai yang tiba tiba sesat dalam universiti swasta. Dapat biasiswa tapi bukan biasiswa jenis yang cover semua benda dari atas sampai bawah. Biasiswa takat yuran je bang. Tapi takpelah,bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah Subhanallahu Taala. Ini je yang kita mampu.
Kafeteria ni apa? Kantin la dik oi.
" Ah,tak apa. Dah ada orang bayarkan" Ujar Kak Dila sebaik sahaja tiba di kaunter. Benda first yang tarik perhatian aku adalah baju dan perhiasan dia.
Gelang mak aih, kalah mak datin.Kaum kerabat mami jarum ni.
Dia kerja kat kafeteria universiti tapi nampak macam salah satu lecturer kat sini. Baju dia bhai,bersinar dari kejauhan. Tak payah ada matahari dah lepas ni, baju dia dah boleh berikan sinaran cahaya untuk satu bumi ni." Bayarkan? Siapa?" Terangkat sebelah kening. Siapa pulak yang dermawan sangat bayarkan nasi lemak ayam aku ni.
Alhamdullilah,selamat 10 hinggit aku. Masuk dompet balik ye sayang.
" Profesor Qhair" Ucap Kak Dila excited macam gatal kat bontot . Terserlah kegedikannya tu.
Qhair? Like seriously? Ugh!