bab 2

24 3 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

....................

HARINI kelas Qhair. Malas malas aku keluar dari rumah,lagi lagi lepas sedia maklum kelas akan penuh. Kenapa penuh? Kan lecturer dari langit ketujuh mengajar harini. Para gadis yang cantik jelita semua nak masuk jarum. Entah Naila dengan Minah pakai baju apa harini. Mungkin kostum opera sabun?

Pakaian aku simple harini iaitu jeans hitam and blouse hitam tanpa corak. Kasut bulky putih jadi pilihan sebab tu je kasut yang selalu aku pakai. Masuk hutan? Kasut tu. Berenang dalam laut? Kasut tu. Panjat gunung everest? Kasut tu. Lagipun aku ni cukup malas nak berfesyen bagai. Cukup sikat rambut pendek aku, spray minyak wangi kat ketiak pastu cau lah.

Sampai sahaja di destinasi, aku berdiri tegak di pintu kelas dengan tujuan untuk mengintai satu persatu manusia di dalam.Qhair masih sibuk dengan slide power pointnya dan para gadis dah tak sabar nak belajar. Baju diorang bhai...

Macam yang aku cakap, spesies Naila dan Minah diorang akan pakai baju opera sabun. Tak pun baju perempuan zaman-zaman sultan melaka macam cosplay yang budak theather selalu pakai. Alah, jenis baju yang macam mak mertua Dayang Senandung tu. Even sekarang pun aku rasa macam dekat zaman sultan melaka,kau tengok ah. Student perempuan a.k.a classmate aku pakai baju kurung taburan glitter yang menyilaukan mata dan boleh menyebabkan another side effect iaitu rosak penglihatan. Dah 8 bulan Sir Qhair ajar, 8 bulan jugaklah diorang gigih dengan pakaian tu.

Ha, kau belum tengok lagi kasut diorang yang mengalahkan kasut cinderella bajet yang jatuh dari tangga. Perhiasan pulak? Agaknya diorang ni model barang kemas Habib kot. Baru study dah pakai emas siot. Biasalah, taraf bangsawan en, T20 jenis jenis yang berharta tu.  Anak anak tan sri, puan sri, datuk, datin, tuan, puan, encik, cik lah katakan. Kalau yang muda mudi suka pakai barang jenis yang nipis,bukan macam jenis barang kemas yang Kak Dila pakai. Yang jenis Kak Dila pakai macam rantai motor celup emas pastu gantung kat leher. Contohnya boleh rujuk DSV.

Teringat pula kata kata Bill Gates..

'' Prof suka perempuan yang nampak limited gitu. And prof suka perempuan yang nampak macam last malay gurl'' Hikayat Father Bill Tom Yam Thai of Third.

Piirahhh! Last malay girl konon. Hikayat entah apa apa si Bill tu cipta. Mentang mentanglah dia agak rapat dengan Qhair. Makin meliar lah student perempuan bila Father Bill Tom Yam Thai of Third keluarkan statement paling bangang yang pernah aku dengar in a whole of my lfe. Taste Qhair bukan macam tu eh. Taste dia aku ni ha. Yang cantik, baik, molek, jelita, anggun, menawan, memukau, menyantau, menyihir, menyumpah dan seangkatan dengannya.

Lama sangat aku intai ni. Kang student lain perasan,ha mampus. Kejunglah kau kat situ.

Pintu kelas ditolak lalu aku memasuki kelas sambil membawa laptop Huawei sebelah tangan. Buat buat normal walaupun mata-mata dekat kelas ni dah memandang aku sebab lewat.

Kemudian, aku melangkah menuju ke kerusi yang kosong sebelah Naila. Confirm diorang berebut duduk depan. Bahagian depan penuh bhai. Selalunya kalau class lecturer yang dah tua beruban sana sini, semua berebut nak duduk bahagian belakang. Tapi ni dah terbalik.

Terlukis IndahWhere stories live. Discover now