....................
ZAHID keluar dari bilik air selepas berhempas pulas melakukan penyahtinjaan. Tangan yang basah dilap di tuala yang tergantung di belakang pintu. Fuh,lega betul. Asam pedas ayam yang si Mentari masak tu buatkan dia sakit perut. Satu kuali dia melantak sebab Mentari tak ada selera nak makan. Tak tahulah kalau adiknya tu on diet atau tidak.
Kalau orang dah takde selera, kita apa lagi en?
Im just wanna live when im alive
Its my lifeeee..Lagu Its My Life dari Bon Jovi kedengaran dari IPhone X warna silver milik Zahid. Telefon yang sedang dicas terus diambil. Nama pemanggil dilihat seketika sebelum dia menekan butang hijau.
" Assalamualaikum" Irfan memberi salam.
" Waalaikumussalam" Salamnya dibalas Zahid.
" Angah, Ari okey tak kat sana? Dia ada buat masalah ke?" Tanya Irfan. Begitu mengambil berat tentang adik perempuannya.
" Dia hidup lagi. Tak mati pun" Ujar Zahid membuatkan Irfan lega bila mendengarnya.
"Ni,aku nak tanya. Tapi kau kena jujur ah"
"Hm,apa"
"Ari tu ada boyfriend ke? Sebab kawan aku cakap dia nampak Ari dengan seorang lelaki ni dekat satu restaurant."
" Bila kawan kau nampak tu?"
" Dalam, dua ke tiga hari lepas. Aku nak tanya Ari tapi aku yakin nanti dia tipu. So aku tanya kau lah"
" Dua ke tiga hari lepas? Takde lah. Dia takde keluar mana mana pun. Lepas class dia terus balik rumah" Bohong Zahid. Rahsia Mentari kena simpan baik baik. Mesti si Hanif yang beritahu kat Along pasal Qhair. Mamat tu jela yang selalu gi KL. Takde oranglah yang gila bayang+tak tahu malu kalau bukan Hanif yang tergila gilakan si Mentari tu.
Ey, memang taklah aku nak terima si Hanif tu jadi ipar. Kalau Han Jisung memang akulah yang tolong bentang karpet merah. Hanif ni? Rosak masa depan Ari. Perangai serupa dengan Hanafi sikat tepi.
" Oooh..Baguslah. Ha, Ibu abah kirim salam"
Baguslah? Kalau Along tahu yang si Ari ada boyfriend, agaknya apa yang dia buat ek? Pukul? Orang tu dah besar panjang, Along still nak control relationship Ari. Aku nak sangat tahu apa perasaan Along bila tahu boyfriend adik kesayangan dia tu lagi tua daripada dia. Hahahahaha, mesti sangat menyakitkan.
" Bila kau balik kampung?" Tanya Zahid lagi. Irfan memang selalu balik kampung semenjak Kak Lina mengandung . Dia tak kisah pun kalau Irfan tak bagitahu.
" Semalam. Aku hantar Kak Lina kau kat rumah ibu. Dia dah sarat sangat"
" ouh"
" Cakap dekat Ari, jaga makan. Kalau dia tak cukup duit,beritahu aku. Lagi satu, cakap dengan dia ibu abah kirim salam." Zahid mengangguk. Banyak perkara nak kena sampaikan kepada anak emas family.