3

44 8 0
                                    

"Jeno"

Jeno yang ingin menyuap makanan ke dalam mulutnya terus terhenti dengan perbuatannya.

"Kenapa?"

"Aku nak tanya sesuatu boleh?"

Jeno menunjukkan riak muka yang teruja. Tak sabar nak dengar sesuatu yang keluar dari mulut aku.

"Ha tanya la. Apa dia?"

"Kau tak teringin ke nak ada girlfriend?"

"Alaa.. Aku ingatkan soalan apa la nak tanya. Hmm teringin juga nak ada girlfriend tapi tu la..."

Aku mengangkat kening, pelik. "Tu la...?"

Jeno mengeluh. "Aku ada crush tapi dia tak notice aku pun lagi"

Aku terkejut. "Siapa? Siapa?" tanyaku, teruja.

"Joohye. Nam Joohye" ujarnya malu-malu.

Aku ligat berfikir siapa Nam Joohye tu. Jeno memandang mukaku dengan annoying.

"Alaa.. Joohye kelas sebelah kita tu"

"Oh yang tu. Ingat-ingat. Ha macam mana kau boleh suka dia?" tanyaku dengan teruja.

"Ceritanya macam ni..."

———

Flashback

Jeno pergi ke kedai berdekatan untuk membeli barang. Memandangkan hari hujan, jadi dia berjalan dengan perlahan dan menikmati suasana hujan tersebut.

Sesampai sahaja di kedai, dia membeli barang yang dipesan oleh mamanya. Seusai mengambil barang, dia pergi ke kaunter untuk membayar.

"Semuanya 10000 won" ujar pekerja perempuan di situ.

Jeno mengeluarkan wang 10000 won dan membayarnya. Seusai bayar, Jeno terus keluar tanpa mengambil barangnya.

"Eh awak! Awak!" panggil perempuan tersebut. Tetapi, Jeno tidak dengar kerana dia ralit bermain dengan phone nya.

Perempuan itu mengejar Jeno dan mencuit bahu Jeno.

"Awak.. Awak tertinggal barang" ujarnya dengan tak cukup nafas.

"Arh maaf awak. Sorry saya tak perasan. Kesian awak.."

"Takpe takpe. Kalau macam tu, saya pergi dulu"

"Eh—"

Perempuan itu terus berlari dan berlalu pergi tanpa sempat Jeno bertanyakan nama perempuan itu.

Keesokannya, Jeno datang lagi ke kedai tersebut. Semata-mata untuk mencari perempuan itu. Tetapi malangnya, perempuan itu sudah berhenti kerja.

Jeno keluar dari kedai dengan langkah yang berat dan menuju ke taman berdekatan.

Sampai sahaja di taman, dia ternampak kelibat seorang perempuan yang dikenali. Dia tersenyum suka. Dia melangkah ke arah perempuan tersebut.

"Hai.."

Perempuan tersebut menoleh ke arah Jeno.

"Eh awak. Hai" ujar perempuan itu gembira.

"Kenapa duduk sini sorang-sorang? Tak balik rumah ke?"

"Em saja lepak sini ambil angin. Dah lama tak hirup udara segar kat sini. Awak buat apa kat sini?"

"S..Saya s..saja jalan-jalan kat sini. Ambil angin jugak"

Perempuan itu sekadar mengangguk.

"Em nama awak apa ye?" tanya Jeno,gementar.

"Joohye. Nam Joohye. Awak pula? " ujarnya tersenyum.

"Saya Jeno. Lee Jeno"

HAPPY | NA JAEMINWhere stories live. Discover now