10

39 9 0
                                    

Jisung baru sahaja sampai di rumah. Dia bergegas untuk pergi ke bilik Jihye. Tetapi dia ternampak kelibat Jaemin di ruang tamu.

"Oh hyung! Tak balik lagi?" tanya Jisung, pelik.

"Hyung tunggu Jisung balik. Takkan nak biar Jihye sorang-sorang. Kalau macam tu, hyung balik dulu ye" ujarnya sambil menepuk bahu Jisung.

"Okay hyung. Hati-hati balik tu" pesan Jisung.

Jaemin hanya membuat tanda 'ok' sahaja dan berlalu balik ke rumah.

Jisung terus pergi ke bilik Jihye. Sampai sahaja di depan pintu bilik Jihye, dia terdengar esakan Jihye.

"Noona!" terjah Jisung masuk ke bilik Jihye.

Jihye mengangkat mukanya. Makin bertambah nangis dia. Jisung pergi ke arah Jihye dan memeluknya.

"Noona.. Kenapa menangis ni?" tanya Jisung, lembut. Jisung mengusap belakang badan Jihye untuk menenangkannya.

Jihye hanya diam. Dia tak sanggup untuk bercerita. Makin sebak dibuatnya.

"Ji.. Jisung.." panggil Jihye tersedu-sedan.

"Ya noona. Kenapa?"

"Jisung tahu kan masalah noona kan.. Salah ke noona nak suka dia.."

Jisung mengeluh. "Noona.. Dah la tu. Jangan lah menangis camni hmm.. Bagi lah masa sikit dekat hyung.."

Jihye hanya diam. Setuju pun tidak, tak setuju pun tidak dengan ayat Jisung tadi.

———

Aku masuk ke kelas dengan muka yang agak sembab dan lesu. Tetapi aku tetap cuba untuk tersenyum walaupun hakikatnya aku tidak terasa untuk senyum.

Aku duduk di meja dan meletakkan kepala di atas meja. Aku tiada mood untuk bercakap atau buat apa-apa pun.

Aku melelapkan mata untuk menenangkan fikiran aku sementara guru kelas aku tidak masuk lagi.

"Jihye" panggil seseorang. Aku menoleh ke arah tersebut dan rupa-rupanya Jaemin yang panggil.

"Kau okay tak? Nampak tak sihat je.." tanyanya risau.

"Aku okay je la. Kau pergi la duduk tempat kau, jangan ganggu aku" ujarku dengan dingin.

"Tapi—"

"Yah Jaemin. Duduk sebelah aku cepat. Nanti Cik Kim masuk kelas pula" ajak Jeno.

Secara tidak sedar, Jaemin memandang aku dengan rasa serba salah. Jaemin terus beredar duduk di kerusinya dan tidak lama kemudian, Cik Kim masuk ke kelas.

———

Aku bangun dari kerusi dan niat ingin pergi ke perpustakaan. Aku tiada mood untuk makan, nak-nak lagi kena hadap muka Jaemin.

Aku bukan apa tapi.. Aku dapat rasakan yang harapan aku untuk suka Jaemin tu beransur pudar lepas aku confess pada dia.

Entah la.. Aku rasa macam nak lari sejauh mungkin dari Jaemin. Aku mencari buku nota dan ingin melangkah keluar dari kelas. Tetapi ada seseorang memegang lenganku dan langkahku terhenti.

"Jihye, jom rehat" ajak Jaemin. Aku melepaskan pegangan Jaemin secara kasar dan menjarakkan diri aku daripada dia.

"Kau pergi la rehat. Aku takde mood nak makan" ujarku tanpa memandang mukanya langsung.

"Kau kenapa ni? Kenapa tiba-tiba kau macam nak jauhkan diri dari aku ni?"

Aku ingatkan dia tak perasan perangai aku yang berubah mendadak ni.

"Takde apa la. Aku pergi dulu"

Aku mempercepatkan langkah aku dan menghiraukan panggilan Jaemin.

HAPPY | NA JAEMINWhere stories live. Discover now