6

37 8 0
                                    

"Jeno! Joohye!" panggilku dari jauh. Jeno dan Joohye memandang ke arah aku dan Jaemin.

"Yah! Lamanya korang nak ke sini. Korang ada singgah mana-mana ke ha?" tanya Jeno dengan gusar. Mata dia pun disepetkan.

"Takde la. Kiteorang berjalan sambil hirup udara segar" ujar Jaemin selamba.

Joohye hanya tergelak melihat perangai Jeno dengan Jaemin.

Aku mencuit bahu Joohye. Joohye memandangku.

"Datang sini dengan Jeno ke?"

"Haah. Lagipun rumah kiteorang dekat, tu jalan sama-sama" ujarnya sambil senyum.

Haih, Joohye.. Patutlah Jeno jatuh hati, senyuman manis sangat.

"Jeno, kita ni nak pergi mana je?" tanyaku.

"Aku cadang nak tengok wayang. Takpe kan?"

"Aku okay je. Jaemin, Joohye okay kan?"

Mereka berdua mengangguk tanda okay.

Kiteorang berempat pun pergi ke kaunter tiket wayang. Jeno dan Joohye memilih cerita yang ingin ditonton. Manakala aku dan Jaemin membeli makanan untuk kudapan semasa menonton wayang nanti.

" Cik, saya nak set couple 2"

Cashier di situ mengambil pesanan.

"Ada apa-apa lagi nak ditambah?" tanya cashier tersebut.

"Yang couple set lagi satu tu nak ice lemon tea 2 ye" ujar Jaemin.

Aku memandang Jaemin dengan pelik. Jaemin perasan dengan pandangan aku.

"Kenapa?" tanyanya.

"Kenapa tak minum coke je?"

"Kau kan tak boleh minum coke. Aku pesan la air lain. Tak nak ke?"

"Nak nak nak. Thank you" ujarku sambil tersenyum.

Jaemin tersenyum dengan tingkahku dan bertindak menggosok kepalaku.

Aku terkejut. 'Aduhai, Jaemin. Jangan la buat hati aku nak meletup..'

Sesudah membayar makanan, aku dan Jaemin pun menuju ke arah Jeno dan Joohye.

Aku menghulurkan satu pesanan tersebut kepada mereka dan Joohye mengambilnya.

"Kita tengok cerita apa?" tanya Jaemin.

"Cerita hantu. Takpe kan?"

"Takpe. Aku okay je.." ujarku.

Beberapa minit kemudian, kami berempat pun masuk ke dalam panggung dan duduk di tempat masing-masing. Tidak lama kemudian, cerita pun bermula.

HAPPY | NA JAEMINWhere stories live. Discover now