-Three-

170 40 60
                                    


~ Seminggu kemudian...~

Jihyo membetulkan sanggul rambutnya. Sesekali dijeling handphone nya.

Sudah seminggu Jungkook tidak menghubunginya. Mungkin lelaki itu sibuk menguruskan kedainya.

Dia juga sibuk dengan kerjanya. Tiada masa untuk menghubungi lelaki itu.

Hari ini, Jungkook akan menjemputnya untuk keluar bersama untuk kali ke dua.

Kringgg...
Kringgg...
Kringgg...

Sebaik sahaja Jihyo membuka pintu, terpacak susuk tubuh Jungkook berdiri memegang sejambak bunga di tangannya.

"Hi, sweetheart." Jungkook menghulur jambakan bunga tersebut kepada Jihyo.

" Jungkook menghulur jambakan bunga tersebut kepada Jihyo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jihyo tersenyum manis sebelum menyambut huluran tersebut.

"Thank you!"

Jungkook meneliti setiap bahagian rumah Jihyo. Ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke dalam rumah Jihyo.

"Awak tunggu sekejap tau... saya nak bersiap sikit je lagi."

"Barang dah siap kemas ke belum?"

Jihyo menggeleng. Ibu jari dan jari telunjuknya dibentukkan menjadi huruf 'C' sebagai isyarat sedikit.

"Nak aku tolong tak?" Jungkook bercekak pinggang.

Pantas Jihyo menggeleng. Huish... bahaya kalau bagi anak jeon ni kemas barang dia.

"Okay, nanti kalau kau nak apa-apa panggil je 'Yeobooo' nanti aku muncul." Mata dikenyitkan. Senyuman gatal tak lupa diukir sekali.

Membesar mata Jihyo. Makin lama dia kenal Jungkook, makin seram anak Jeon tu.

-

Jungkook memandang Jihyo melalui ekor matanya. Naik hairan dirinya apabila gadis itu tidak bersuara dari tadi. Bukannya dia tidak tahu yang gadis itu bukan lah jenis yang suka berdiam diri.

"Kau kenapa? Sakit ke? Dari tadi diam je. Kalau kau tak sihat, kita boleh je tunda date kita hari ni."

Pantas Jihyo menggeleng.

"Eh, mana ada! Saya okay jelah. Tak sakit apa-apa pun. Yang awak tanya macam tu dah kenapa?"

"Tak ada lah... Dari kita gerak tadi kau diam je. Kot-kot lah kau ada masalah, boleh aku tolong." Wajah Jihyo dijeling.

Jihyo menghembus nafas kasar. Baru sahaja mereka beredar dari rumahnya lima minit yang lalu. Tu pun dah tanya macam-macam. Haih... Jungkook Jungkook...

"Kau jangan pulak fikir macam-macam, aku tanya je." Jungkook menafikan perasaannya. Tidak mahu Jihyo salah sangka dengan pertanyaannya tadi.

"Saya tak cakap apa-apa pun..." Jihyo berpeluk tubuh.

𝘿𝙖𝙩𝙚: ꜱᴜʀᴠɪᴠᴀʟɪꜱᴛWhere stories live. Discover now