-One-

263 54 145
                                    


"Eh, kau ni biar betul Suzy?" Seorang gadis memandang rakannya tidak berminat.

"Betullah... Kau tak penat ke single? Pergilah cari boyfriend sorang, dua. Mana tahu ada jodoh nanti kahwin lah korang berdua. Boleh tak kalau kau fikir positif sikit, Song Jihyo?" Suzy menahan kepalanya dari jatuh terhempap permukaan meja. Pening dia dengan sikap Jihyo ni.

"Biar single asalkan bahagia." Riak bangga terpamer di wajahnya.

Suzy menggeleng kepalanya. Mahu saja dia hempuk rakannya itu dengan kerusi ni. Biar otak dia boleh berfungsi sikit. Tapi itulah, dia tak sekaya Jihyo nak baling kerusi cafe ni.

"Aku dah aturkan janji temu kau dengan sorang jejaka ni. Hari Sabtu ni, aku suruh dia ambil kau dekat rumah. Kau jangan pakai dress pulak. Pakai baju sukan and jangan pakai heels, pakai kasut spot. Faham?"

Jihyo tercegang. Aik... aku ke dia yang kena pergi janji temu ni?

"Aku tak setuju pun lagi...."

Suzy mengeluh.

"Pergi jelah!"

"Okay, aku pergi. Nak tengok gambar dia boleh?"

Suzy meng'scroll' telifonnya dan memilih gambar jejaka yang akan berjanji temu bersama Jihyo.

"Ni, gambar dia..." Telifonnya diberi kepada Jihyo. "Handsome kan?"

Jihyo menyambut huluran Suzy. Diperhati gambar itu dengan penuh minat. Handsome...

 Handsome

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Sabtu...

Jihyo melihat penampilannya dicermin. Pakaian yang cukup simple. Hanya hoodie oversized dan seluar tracksuit. Rambut diikat gaya ponytail mendedahkan leher jinjangnya.

"Cantik rupanya kau ni Jihyo. Sedih pulak aku..." Jihyo mengelap air mata palsunya. "Tak sabar nak tengok abang handsome. HAHAHAHAHAHA..."

Jihyo mengambil beg galasnya sebelum keluar dari rumahnya. Dia menyanyi-nyanyi kecil. Susuk tubuh seorang lelaki berdiri di hadapan pintu rumahnya menarik perhatiannya.

"Aik... Anak siapa pulak yang sesat ni? Nak tegur ke tak nak? Kalau tak tegur kesian, kalau tegur malu pulak budak tu nanti." Jihyo berbicara sendiri.

Akhirnya Jihyo mengambil keputusan untuk menegur lelaki itu.

"Maafkan saya... awak cari siapa?" Walaupun agak gugup tapi dia perlu juga bertanya.

Lelaki itu berpusing menghadap Jihyo. Bibirnya melirik senyuman kecil.

Jihyo terpana. Ouhhh indahnya...

"Hi... Saya cari Song Jihyo."

"Saya? Hi... Saya Song Jihyo."

"Hi... Jeon Jungkook." Dia menghulur tangan untuk bersalaman bersama Jihyo.

Jihyo menyambut huluran tangan Jungkook bersama senyuman manisnya tapi maaf... hati anak Jeon tidak cair dengan senyuman itu.

𝘿𝙖𝙩𝙚: ꜱᴜʀᴠɪᴠᴀʟɪꜱᴛTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang