~Setahun kemudian....~
Kini sudah genap setahun hubungan mereka.
Hari ini Jungkook bawa Jihyo pergi ke Italy untuk meraikan anniversary mereka buat kali pertama.
"Jungkook!!!!!" Lantang suara Jihyo memanggil Jungkook. Dari tadi dia cari lelaki itu tak jumpa-jumpa.
Jihyo menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Hilang arah dia jadinya. Ke manalah arnab jadian tu menghilang.
Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Terpacar lah wajah Jungkook dengan senyuman manisnya.
"Jihyo..."
Jihyo pandang ke arah lain. Tidak mahu bertentangan mata dengan Jungkook.
"Awak pergi mana? Dari tadi saya cari awak tak jumpa-jumpa."
Jungkook tersenyum kecil. Tangannya diletak di dada. Terharu pula bila ada orang risaukan dia.
Jungkook bertindak memeluk belakang badan Jihyo.
"Alah... Changi tadi oppa pergi mall sekejap." Dagunya direhatkan di bahu Jihyo.
"Awak beli apa?" Jari jemari Jungkook diusap lembut.
Jungkook meleraikan pelukannya. Tubuh Jihyo didudukkan di sofa berdekatan.
"Adalah... mana boleh bagitahu kau." Senyuman lebar diukir seolah-olah mahu mengejek Jihyo.
Jihyo mencebik. Arnab seekor ni suka betul berahsia.
"Kau dah kemas barang ke? Kita dah lambat nak pergi hiking." Jam tangannya dijeling sekilas.
Jihyo hanya mengangguk.
"Okay, aku nak kemas barang aku kejap."
Jihyo terpaku.
"Awak baru nak kemas barang?" Jihyo bercekak pinggang. Tubuh Jungkook yang membelakanginya dipandang geram.
"ARGHHHHHH LARIIIIIII"
-----
Tepat jam empat petang, mereka tiba di atas puncak Sentiero Azzurro, Cinque Terre.
Jihyo jatuh terduduk. Penat. Terasa lemah saja lututnya.
Jungkook ketawa kecil melihat telatah Jihyo. Haih... Penat sangat Jihyo ni.
"Penat ke?" Nadanya kedengaran seperti mengejek.
Jihyo menarik lengan Jungkook sebagai isyarat menyuruh lelaki itu duduk di sampingnya.
Jungkook duduk di samping Jihyo. Kepalanya disandar pada bahu Jihyo. Lengan kiri gadis itu tidak lupa dipeluk.
"Penat ke sayang?" Tangannya naik mengusap lembut rambut Jungkook.
Jungkook mengangguk manja. Persis kucing.
"Acah lah laki ni." Kepala Jungkook ditolak kasar. "Kau fikir comel ke?" Sambungnya.
Tubuh Jungkook dijeling sekilas. Menyampah.
Jungkook menggosok kepalanya kasar. Bibirnya dicebik. Baru ingat nak tukar dari arnab jadi kucing.
"Ish... tak romantic lah budak ni."
Jihyo tersenyum kecil sebelum meletakkan tangannya di dada.
"Sorry I'm an anti-romantic..." Jihyo wink ke arah Jungkook.
"Kepala hotak kau!" Spontan ayat tersebut meluncur keluar dari dua ulas bibirnya.
"HAHAHAHAHHAHAHA" Berdekah-dekah Jihyo ketawa.
YOU ARE READING
𝘿𝙖𝙩𝙚: ꜱᴜʀᴠɪᴠᴀʟɪꜱᴛ
FanfictionCity girl×Survivalist ꜱᴛᴀʀᴛ: 14 December 2020 ᴇɴᴅ: 19 August 2021