Déux

13 2 0
                                    

EVIL CRUEL

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EVIL CRUEL

.

.

.

Happy Reading

-Jika mimpi itu indah, tolong jangan pernah bangunkan aku-


"Jeno..beralih.."

".."

"Jung Jeno jangan RAPAT!" Mark menolak nolak tubuh besar adik kembarnya itu agar dirinya dapat berbaring dengan selesa. Tapi nihil, Jeno semakin merapatkan tubuhnya kepada Mark dan tidak meninggalkan sedikit ruang untuk dirinya bergerak atau dia akan terjatuh ke lantai marmar yang dingin.

"Huh hyung tak akan pergi tahu jadi longgarkan pelukan.." Mark masih memujuk adik kembarnya itu berharap mendengarkannya. Dan berhasil, Jeno melonggarkan perlukannya tetapi tidak bergerak walau seinci.

"Hyung.." Mark membalas dengan deheman saja. Matanya sudah ditutup. Hanya tutup kerana dirinya tidak mengantuk sama sekali.

//Mereka masih berada di mension Yunho kerana malas pulang. Bukan hanya mereka masih ada beberapa yang lain yang turut menginap//

"Hyung tidak pernah menceritakan apa yang berlaku di Kanada.." Jeno mula memancing Mark agar memberi riaksi tapi Mark sudah tahu adiknya ini pasti akan bertanya jadi dirinya menyiapkan diri dengan lebih awal agar sesuatu yang tidak diingini berlaku.

"Kenapa bertanya?"

"Hanya ingin tahu.." Jeno masih berharap.

"Tiada yang menarik di sana. Kau tentu akan bosan jika disana. Sudah tidur hyung mengantuk.." Mark berkata lalu berpura pura tidur.

Jeno hanya merengut lalu mula perlahan lahan menutup matanya dan mula masuk ke dalam alam mimpi.

Mark membuka matanya apabila merasakan adiknya itu sudah tertidur lena. Lalu menarik selimut sebatas leher mereka. Mengusap sebentar rambut Jeno lalu ikut menyusul Jeno ke alam mimpi.

.

.

.

Prang!

Mark tersedar kerana mendengar bunyi bising yang dipastinya berasal dari bawah.

"Jeno bangun.." Mark mengejut Jeno dengan mengoyangkan badan Jeno tetapi si bongsu Jung tidak kunjung bangun. Mark memiliki idea lalu-

"HUWAA HYUNG GELI HAHAHA HYUNG HENTIKAN! JENO BANGUN INI.." Mark tertawa lalu bangun meninggalkan Jeno yang tengah mengumpul nyawanya kembali kerana sedar secara tiba tiba setelah Mark membangunkannya dengan sadis iaitu dengan mengeletek seluruh tubuhnya.

EVIL CRUEL Where stories live. Discover now