up

168 18 26
                                    

Hari yang ditunggu Taufan, Blaze dan Thorn pun tiba. Hari bersejarah bagi Blaze untuk meluahkan cintanya. (Uhuk! °-°)

Blaze : Aku gugup!

Taufan : Takpe, kitorang sorok kat belakang. Cepat, Blaze! Ice ada kat depan tu je!

Thorn dan Taufan menolak badan Blaze ke hadapan Ice.

Ice : Eh, sejak bila kau..

Blaze : Assalamualaikum Ice...

Ice : Waalaikumusalam *malu-malu kucing*

Blaze : Ice, aku ada lagu untuk kau.

Ice : Huh? Lagu? •_•?

Blaze : Dan... Aku bagi nama lagu tu... Fire and water. Sempena nama kita berdu- akh! *kena lempar selipar oleh Taufan*

Taufan : Woyy apa lambat lambat tu? Cepatlah!

Blaze : tak guna Taufan... *dalam hati* emm kat mana tadi?

Ice : kat sempena nama kita berdua.

Blaze : Oh ya tak ya jugak! Emm... Dengar eh aku nyanyi lagu tu? Kau lari siap jelah engko.

Ice : yelah yelah. Siapa pulak nak lari. *pasang muka datar*

Blaze : *menanyi dengan nada sumbang*

Ooh!!
Oooh!!

Ada masa ku mahu jadi ustazah!
Ada masa ku mahu jadi pensyarah!
Mahu ku jadi pertama!
Mahu ku utama!

Kata orang hidup biar bergembira!
Tapi orang kata hobi tu tak best!
Jadi ku tukar semula!
Harus kau terimanya!

Aku tahu lagu ni takde kaitan!
Jadiku ulang semula!
Aku tahu lagu ni takde kaitan!
Nyanyi pon sia sia!

I'm fire and you're water!
Aku bersama kau takde kuasa!
I'm quake!
And I'm natural!
Aku pun ada citarasa!

Selesai saja Blaze menyanyi, Thorn dan Taufan yang menyorok di belakang ternganga. Nampaknya perangai Blaze mula menjadi-jadi! Ice yang dihadapan Blaze pula sudah berlari menjauhi Blaze. Gila apa nyanyi lagu yang... Langsung takde kaitan! Mula-mula kata nak mengecap impian, pastu kata tentang hobi. Last-last cakap pasal kuasa. Memang berbelit urat otak nak hadam maksud tersirat lagu tu bahkan maksud tersurat pun belum tentu lepas!

Sekarang, tinggallah Blaze yang mula bercucuran air mata bila ditinggal sebegitu rupa. Taufan dan Thorn menepuk belakang Blaze untuk menaikkan semangat Blaze yang tadinya mula menipis.

Taufan : Takpe, Blaze. Kau tunggu je jodoh kau datang sendiri ye?

Thorn : Bersemangat, Blaze! Bersemangat!

Blaze : Tapi aku hanya nak Ice... Ada pickupline lain  tak? Kalau pickupline terakhir ni tak menjadi, aku janji aku takkan tergila-gilakan dia lagi! Please~

Taufan : Baiklah! Memandangkan kau kata begitu... Aku akan beritahu pickupline yang terakhir tu. Jangan menangis kalau tak menjadi ya~?

Blaze : Baik! Baik! Apa dia?

Taufan : Bagi dia sesuatu barang dan tinggalkan sepucuk surat untuk dia...

Blaze : Nak bagi apa?

Thorn : Kau bagilah apa-apa yang penting bagi kau. Teddu bear ke, komik ke, ayam ke..

Blaze : Baik, aku akan fikir malam ni. Esok, aku akan bagi dia terus hadiah tu. Tapi kalau dia tak nak dah jumpa aku...?

Taufan : Bagilah sorok sorok dalam desk dia! Apalah... Tu pun nak kena ajar ke?

Blaze : Manalah aku tau.. *muka innocent*

Thorn : Dah! Dah! Baik kau fikir betul-betul apa yang patut kau bagi dia.

Blaze : Nak bagi hadiah, mestilah tau apa benda yang dia suka, kan? Korang tau apa yang dia suka?

Thorn : Seingat Thorn... Dia suka tidur.

Taufan : Betul tu! Kalau macam tu... Kau bagilah dia cadar selimu dia supaya mudah dia nak tidur lena. Baguskan cadangan aku? Kau setuju, Blaze?

Blaze : Malam ni aku fikirkan. Suka tidur? Dia memang tidur tak kira masa ke?

Thorn : Ha'ah!

Taufan : Kalau begitu... Dia mesti ada bantal empuk yang sentiasa disamping, untuk menikmati mimpi dimana-mana je!

Blaze : Cukup! Aku tau apa yang aku nak aku bagi kat dia!

Tbc

Agak-agaknya, apalah yang Blaze nak bagi kat Ice eh? Sambungannya di chapter seterusnya!

Okey, tinggal satu chapter dah habih teruslah cerita ni. Nak buat macam mana, memang dah skrip dia singkat macam tu je. UwU

Bye bye semua! Assalamualaikum! >w<

pickupline blaze ( icefem!blaze ) ✓Where stories live. Discover now