Sebelum baca ini, sila baca Bismillah terlebih dahulu bagi yang Muslim. Eh, sempat lagi!
Sila baca Anxiety Love (Raisha) atau Eternal Love (Habri) terlebih dahulu sebelum menyambung buku ini.
Tetapi kalau kau orang nak baca juga, bacalah~
- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
BUDAK itu menutup mukanya sendiri. Tersedu-sedan dia menangis hingga merah hidungnya. Lehernya dirangkul tali kertas yang mengantungkan kertas bertulis 'Aku Budak Pekak'.
Air matanya tidak berhenti mengalir mengingatkan nasib rakan sekelasnya melayannya tadi. Menghinanya. Membulinya. Semua sebab dia pekak sebelah.
Begnya yang basah dipandang. Bau busuk yang datang dari beg tersebut membuatkan makin teruk dia meraung kesedihan. Suara-suara di dalam kepalanya mula menyalahkan dirinya sendiri.
"Adik!" Sayup-sayup kedengaran suara seseorang memanggilnya. Tapak kaki semakin lama semakin kuat berbunyi sampailah muncul seorang remaja perempuan dari arah sebelah.
Kakaknya pantas berlari ke arahnya. Telinga sebelahnya menangkap separuh apa yang kakaknya cuba katakan. "Adik... akak... cari..."
Kakak cari dia sampai berpeluh kakak dibuatnya... semua salah dia.
Tiba-tiba, wajah kakak berubah tegang. Matanya mengalih ke arah pandangan kakaknya. Ya, alat pendengarannya itu sudah habis dijahanamkan oleh pembuli-pembulinya.
Bahunya dipegang. "Siapa buat dekat adik ni? Beritahu kakak!"
Dia menggeleng, laju. Penglihatannya kabur lagi dengan air mata. Tengok... semua ini salah dia. Tak fasal fasal kakak marah.
"ADIK!"
"Ah... napa, kakak?" Terpaksa Habri menjauhkan telefon daripada telinganya. Tiba-tiba sahaja kakaknya menjerit. Dia mendekatkan semula telefonnya.
"Akak panggil kau, tak dengar-dengar pun." Kakaknya, Huda kedengaran menghembus nafas berat. "Kau okey tak? Ke nak akak ulang balik kata-kata akak?"
"Ah, saya okey je. Biasalah... assignment makin banyak sejak kebelakangan ni," bohongnya. Padahal bukan main menerawang jauh tadi.
Huda tergelak kecil. "Biasalah, bakal doktor kan..."
Mereka berdua saling berdiam diri sebelum masing-masing membuka kata serentak. Lambat-lambat Huda mempersilakan Habri untuk mengatakan terlebih dahulu.
"Saya nak pergi jenguk Yaya. Nak tolong dia dengan susun stok tudung dia sekejap. Nanti saya call akak balik, en?" suara Habri seakan-akan hendak menamatkan panggilan itu secepat mungkin. Lagi-lagi memori silamnya tadi menerjah serta mengganggu emosinya.
"Iyalah. Kirim salam dekat kak Usu dengan ibu." Kata-kata kakaknya terhenti di situ. Dapat dirasakan kakaknya tersenyum di sebalik talian. "Assalamualaikum."
Dengan rasa bersalah, dia membalas. "Waalaikumussalam."
🎧🎧🎧
Macam biasa, bab 1 akan diupdate pada 8 JULAI, hari Sabtu nanti!
Sebenarnya buku ini dicadangkan untuk dijadikan manuskrip, 😔 sambil-sambil itu updatelah dekat Ada.... Adada pula. Dekat Wattpadlah!
Semua salah Adada.
YOU ARE READING
Cinta Yang Pekak
RomanceC i n t a Y a n g P e k a k ------------ pesanan ringkas ┊✧ ⁺ ⁺ ° ⌦ sila baca Anxiety Love / Eternal Love terlebih dahulu. Tapi kalau nak baca terus pun tak apa. ... Raisha mahukan kebebasan daripada traumanya Habri mahukan kebebasan daripada k...