━━━━ CINTA YANG PEKAK ━━━━
Rigor Samsa
╰┈┈┈┈┈┈┈ Sejenis Eksoskeleton psikologi yang boleh melindungi kamu dari kesakitan, tetapi akan mula retak sedikit di bawah tekanan atau berlubang mengikut peredaran masa. Dan ia akan berkembang semula lagi dan lagi, sehingga kamu mengukuhkan struktur kekuatan emosi kamu, ditahan oleh tulang kuat dan fleksibel, dan dibina hampir sama seperti kubu..
A M A R A N
TRIGGER WARNING
Episod ini mengandungi sedutan depresi, serangan panik dan keresahan (anxiety) yang mungkin tidak sesuai kepada beberapa pembaca.
Para pembaca dinasihatkan membuatkan pertimbangan yang sewajarnya..
RAISHA melihat jam di dinding terus berdetak ah... eh, ternyanyi pula. Sekarang jarum jam baru menunjukkan pukul 7:00 pagi. Ini bermakna sudah sehari dia tidak dapat menidurkan diri. Dia menguap seketika barulah dia mencicip sedikit demi sedikit air nescafe yang masih panas itu. Matanya dikerling ke arah bunyi yang datang dari luar.
"Tok mummy nak keluar dah?" Raisha membawa sekali cawannya di muka dapur. Puan Sri Rabbiya membalas bersama senyuman manis di dalam kekalutan. Topeng muka disarungkan. "Iya. Dia orang kata dia orang dah siapkan reka baju baru. Jadi tok mummy nak jumpalah dia orang dekat studio. Senang nak bincang kalau nak tambah apa-apa."
"Oh..." Raisha cuma mengiyakan. Matanya tertumpu pada neneknya yang mengambil beg tangan dari penyangkut.
Daripada kecil lagi Raisha sebenarnya senyap-senyap mengagumi kehebatan Puan Sri Rabbiya. Lebih-lebih lagi, Puan Sri Rabbiya merupakan salah seorang usahanita yang terbilang di Malaysia dalam memasarkan pakaian-pakaian rekaannya sendiri. Perkara itu membuatkan Raisha terbawa-bawa ingin menjadi pereka fesyen di usia muda. Cuma, tingkah laku Puan Sri Rabbiya sepanjang zaman kanak-kanaknya menjarakkan hubungannya dengan neneknya sendiri. Tidak mengapalah, itu cerita lama.
"Aip! Jangan minum sambil berdiri! Tak elok!" Puan Sri Rabbiya menegur Raisha yang selamba menghirup air. Raisha menayangkan sengihan tidak bersalah membuatkan Puan Sri Rabbiya menggeleng kepala. Neneknya itu mencapai segugus kunci sebelum berpaling ke arahnya.
"Raisha belum dapat tidur lagi ke?"
Raisha spontan memegang kawasan lebam di bawah matanya. Dia lekas menurunkan tangan serta tersenyum pahit. "Tak apalah. Nanti Raisha makan ubat, okeylah tu. Lagipun hari ini Raisha cuti, kan? Jadi bolehlah Raisha rehat."
Puan Sri Rabbiya mengeluh. Perasaan risaunya cuba disembunyikan, tidak mahu Raisha rasa bersalah. Tambahan pula, cucu tunggalnya itu mengalami mimpi ngeri sejak dua semenjak ini. "Baiklah kalau macam tu. Kalau ada apa-apa yang Raisha nak cakap, bagitahu tok mummy tau?"
"Okey! Tok mummy pergilah dulu. Nanti tertunggu-tunggu pula budak-budak tu." Raisha membiarkan Puan Sri Rabbiya membuka pintu pagar. Dia lantas membuka pintu automatik, memberi laluan untuk kereta Honda CR-V itu keluar dari halaman rumah. Senyuman itu kemudiannya mati.
'Nampak sangat tok mummy risaukan aku.'
Raisha melabuhkan punggungnya kembali ke kerusi dapur. Ibu jarinya menatal skrin yang mempaparkan syurga sosial media. Tetapi, tiada satu pun dapat menarik minatnya. Kalau ada video lawak pun, kebanyakkan yang dia jumpa semua lawak-lawak bodoh.
'Doktor Insyirah pun tak ada temujanji dengan aku hari ini. Haih... aku nak buat apa, ya?' Air tadi disuakan ke mulut tanpa disedari cawan itu sudah kosong tanpa setitik air. Perlahan-lahan dia meletakkan cawan ke tepi lalu nafasnya dihela perlahan.
YOU ARE READING
Cinta Yang Pekak
RomanceC i n t a Y a n g P e k a k ------------ pesanan ringkas ┊✧ ⁺ ⁺ ° ⌦ sila baca Anxiety Love / Eternal Love terlebih dahulu. Tapi kalau nak baca terus pun tak apa. ... Raisha mahukan kebebasan daripada traumanya Habri mahukan kebebasan daripada k...