━━━ CINTA YANG PEKAK ━━━━
Kawaakari
╰┈┈┈┈┈ Satu perkataan Jepun bermaksud sungai yang bercahaya di dalam kegelapan.
Ia boleh merujuk kepada pantulan bulan pada sungai, atau ia boleh jadi sedikit cahaya di permukaan sungai ketika waktu senja.
Ayat Kawa bermaksud sungai dan akari bermaksud cahaya..
.
.
RAISHA berangkat pergi seusai menyelesaikan bayaran di kaunter. Plastik hitam itu diangkat. Kalau diusung ke hulu ke hilir masa bulan puasa akan datang pasti kena tangkap dengan van jenazah. Padahal ini sebenarnya berisi tuala wanita.Pekerja kaunter perempuan itu siap membungkusnya dengan sebungkus plastik hitan kecil. Terlalu melindungi! Kalau besar lagi, mungkin boleh dibuat pengganti plastik tong sampah!
Plastik hitam itu diletakkan bersebelahan kerusi memandu. Baru sahaja dia ingin memasukkan kunci, otak Raisha memberitahu sesuatu yang dia sendiri hampir lupa.
"Ah, iya. Ambil gambar!" Raisha laju mencari telefon pintarnya di dalam 'hutan' resit beg tangan. Semua ini gara-gara sesi terapi kelmarin...
"Ambil gambar?"
"Ya, memandangkan awak sendiri kata awak nak kurangkan telefon banyak sangat. Jadi, apa kata mulakan hobi ambil gambar sebagai hobi yang baru?" cadang Puan Insyirah.
Cahaya skrin komputer menerpa wajah Raisha yang bermimik pelbagai, seolah-olah memikirkannya. "Apa kena mengena ambil gambar dengan kurang tengok telefon? Sama sahajalah kan? Kita kira tengok telefon juga."
"Memanglah. Tapi kalau nak berhenti daripada larut dalam layan telefon, tak boleh terus berhenti dulu. Macam perokok juga... mestilah berhenti sedikit demi sedikit." Puan Insyirah menjelaskan ayatnya yang disusun bagi memahamkan Raisha.
"Lagipun, ambil gambar pun ada kebaikkanya. Kadang-kadang, sesetengah orang tak dapat meluah perasaan mereka dengan tulis diari atau melukis, jadi dia orang ambil gambar." Puan Insyirah tertawa sedikit, menghiburkan keadaan. "Kalau stress, sedih, gembira, semua ambil gambar."
Kepala Raisha dijatuhkan beberapa kali tanpa dia sedar. "Boleh juga." Sebab nampak macam menarik?
Kalau tulis diari pun dia tak tahu nak meluah apa. Setakat hendak tulis keadaan langit dan 3 benda dia bersyukur itu adalah. Melukis pun kalau dibandingkan dengan lukisan kanak-kanak tadika, pasti lukisan kanak-kanak itu yang menjadi juara.
Ting!
Bunyi notifikasi media sosial mengejutkan Raisha. Mahu sahaja dia ingin menekan muat naik terbaru itu tetapi dia tahan dengan menghalakan kameranya ke cermin kereta.
'Ke sebab ni Jianying selalu ambil gambar langit?' Raisha sempat mengomel di dalam hati. Setiap hari yang dimuatnaik status what's app cumalah gambar langit, ombak dan langit lagi!
Nasib akaun Instagramnya tidak dipenuhi gambar langit.
Tangan Raisha mengetuk-ngetuk skrin, mengfokuskan kameranya. Langit biru yang sedikit kekuningan terbentang luas ditangkap ke memori telefonnya. Tidak semena-mena bunyi sayup-sayup kucing kedengaran di luar kereta.'Ada kucing ke kat bawah kereta?' Raisha berhenti memulas enjinnya saat telinganya masih menangkap ngiaun tanpa henti di luar. Risau kalau termasuk ke dalam enjin. Haru-biru nanti!
Tidak fasal-fasal anak butik terkenal itu menjenguk ke bawah kereta. Terdapat...
Eh, kucing hitam?
YOU ARE READING
Cinta Yang Pekak
RomanceC i n t a Y a n g P e k a k ------------ pesanan ringkas ┊✧ ⁺ ⁺ ° ⌦ sila baca Anxiety Love / Eternal Love terlebih dahulu. Tapi kalau nak baca terus pun tak apa. ... Raisha mahukan kebebasan daripada traumanya Habri mahukan kebebasan daripada k...