"What are you doing here Haneul? I told you to not come to my office again!" marah Ji hoon. Nada suaranya masih ditahan agar tidak menarik perhatian peyambut tetamu yang masih lagi belum pulang.
"But I really miss you. Can you please forgive? I'm really sorry." Haneul memaut lengan Ji hoon.
Ji hoon segera melepaskan lengannya daripada genggaman Haneul.
"You !" Ji hoon ingin memarahi Haneul tetapi matanya menangkap kejadian yang sedang berlaku di luar.
Ji hoon segera meninggalkan Haneul berseorangan dan bergegas menuju ke luar. Haneul terpinga-pinga ditinggalkan secara tiba-tiba.
Buk! Satu tumbukan hinggap di muka lelaki tadi. Secara automatik tangan Amira dilepaskan.
"Shit! Who are you?!" darah di bibirnya dikesat.
"It's not your problem. You better go right now before I punch your face again." Ujar Ji hoon. Sudahlah anginnya tidak baik ditambah pula satu lagi masalah.
Lelaki itu segera pergi tanpa berkata apa-apa.
"Amira, are you okay?" soal Ji hoon.
Amira hanya mendiamkan diri. Tangannya memegang lengannya yang sakit. Ji hoon cuba memegang lengan Amira yang sakit untuk melihat tangannya tetapi ditepis Amira. Ji hoon menghela nafas berat.
She must be really scared.
Ji hoon merenung wajah Amira yang kelihatan pucat ketakutan.
What should I do? She don't want to talk or move. I can't touch her.
Ji hoon mendapat satu idea dan mencapai hujung kot Amira dan menarik Amira ke bangku yang terdekat. Amira duduk di bangku sementara Ji hoon pergi membeli air sebentar. Tidak lama kemudian, Ji hoon kembali dengan dua tin air di tangan.
"Here, drink this." Ji hoon meletakkan setin air kopi yang panas ditangan Amira.
"I'm sorry. I should not ask to wait for me at outside."
"No, its not your fault and by the way thank you for saving me." Ujar Amira yang baru ingin bercakap. Ji hoon sekadar mendiamkan diri. Dirinya juga diserbu rasa bersalah kerana meninggalkan Amira sendirian tadi.
"How's your fist? Is it okay?" soal Amira prihatin. Ji hoon menumbuk wajah lelaki tadi dengan sangat kuat. Pasti buku limanya kesakitan.
"Yeah, I'm fine. It's not hurt." Ji hoon melihat buku limanya yang menumbuk lelaki tadi.
"Are you sure?" Amira turut melihat buku lima Ji hoon.
"I'm a man you know? I can bear a little hurt." ujar Ji hoon. Ketawa Amira meletus apabila mendengar percakapan Ji hoon.
"So what? If you are a man, you can't get sick?" ketawanya masih tersisa. Ji hoon terkedu sebentar mendengar Amira ketawa.
"We are all human, its okay to not act tough all the time. Even though you are a man." Sambung Amira.
Ji hoon tersenyum mendengar kata-kata Amira. Entah kenapa hatinya terasa lapang apabila mendengar kata-kata Amira.
"We should go back home now."
"Yeah. Let's go."
***
Keesokkan paginya, Amira dibenarkan bercuti memandangkan semalam dia terpaksa bekerja manakala Amy dan Rafiq akan bermula bekerja pada hari ini.
Kring! Kring!
Jam loceng telefon yang berbunyi membangunkan Amira daripada tidur lenanya. Jarinya laju menekan butang menamatkan locengnya. Jam di dinding dipandang sekilas.
YOU ARE READING
IT'S NOT ALL ABOUT ME
RomantikNur Amira seorang seorang gadis biasa yang berumur 27 tahun dan masih lagi bujang. Kehidupannya yang disangka akan berubah apabila dia dihantar bekerja di Korea tidak mempunyai sebarang perubahan. Disebalik senyuman dan tawa riangnya tersembunyi kes...