Amira menghirup udara sejuk sebaik sahaja sampai di Lapangan Terbang Incheon. Walaupun Korea bukanlah salah satu tempat dia ingin melancong tetapi dia masih gembira dapat menjejakkan kaki di sini.
Well, actually bukan melancong tapi bekerja!
Amira bersama dua orang rakan sekerjanya terpilih untuk bekerja sementara di cawangan syarikat mereka di Korea. Mereka perlu bekerja sementara di Korea untuk memahami cara dan proses bekerja di Korea kemudian membuat laporan pada boss mereka di Malaysia.
"Tak sangka pula, kita bertiga yang boss pilih untuk ke Korea." Keluh Amy. Kawan sekerja Amira.
"Nak buat macam mana, hanya kita bertiga sahaja yang masih bujang di bahagian kita." Keluh Rafiq pula.
"Well, at least kita dapat pergi bertiga daripada pergi dengan rakan sekerja yang kita tak kenal."Ujar Amira.
"Hm, betul juga, Tapi 3 bulan duduk dekat Korea, lama sangat!" rengek Amy. Amira ketawa kecil mendengar rengekan Amy.
"Sepatutnya, ada wakil daripada Korea yang akan datang jemput kita. Jom cari dia dulu." Kata Rafiq. Amy dan Amira sekadar mengikut arahan Rafiq.
Tidak lama kemudian dua orang lelaki korea menghampiri mereka.
"Hello, are you guys from Malaysia?" soal salah seorang lelaki tersebut.
"Yeah." Amy menjawab soalan lelaki itu.
"Hi, nice to meet you! My name is Jae Hyun and this is my friend Ji Hoon. We are the representive from Korean company." Sapa Jae Hyun dengan sopan. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Rafiq.
"Hi, nice to meet you too. My name is Rafiq and this my friends Amira and Amy." Rafiq menyambut huluran Jae Hyun.
Amy dan Jae hyun juga bertukar salaman. Sampai di giliran Amira, tangan Jae hyun dibiar tidak disambut. . Jae Hyun agak terpinga-pinga apabila Amira tidak menyambut tangannya.
"She can't shake her hand with you because she is a muslim." Sampuk Ji Hoon yang hanya mendiamkan diri daripada tadi.
"Ouhh, I'm sorry." Jae Hyun segera meminta maaf.
"It's okay." Amira sekadar tersenyum.
"Alright then. Let's go check out your apartment." Ujar Jae Hyun.
Keluar sahaja daripada lapangan terbang, angin sejuk mula menyapa mereka bertiga. Mereka bertiga menunggu di hadapan pintu lapangan kapal terbang bersama Ji hoon sementara Jae hyun mengambil kereta untuk memudahkan mereka membawa barangan.
"Sejuknya." Ujar Amy. Dia memegang lehernya yang terasa sejuk.
Mendengar kata Amy, Amira segera membuka lilitan skarf di lehernya dan melilitkannya di leher Amy.
"Thank you."
"Kan aku dah cakap pakai skarf."
"Aku terlupalah. Hehe.." sengih Amy sambil membetulkan skarf yang diberikan oleh Amira.
"Biasalah Amira, Amy ni kan degil sikit." Sampuk Rafiq.
"Ish, sibuk jelah kau ni." Amy menyandung bahu Rafiq.
Ji Hoon sekadar memerhati mereka tanpa berkata apa-apa.
Sepanjang perjalanan di dalam kereta, Jae hyun banyak berbual bersama Rafiq, Amy dan Amira sambil menunjukkan pemandangan di Korea. Setelah beberapa jam perjalanan, mereka tiba di kawasan apartment yang akan mereka duduki sepanjang bekerja di Korea.
Kawasan kejiranan di situ amat bersih dan mempunyai taman yang cantik. Kawasannya sangat sesuai dan selamat untuk menetap. Selepas memarkir kereta, mereka menaiki lif dan Jae hyun menunjukkan apartment milik Amy dan Amira.
YOU ARE READING
IT'S NOT ALL ABOUT ME
RomansaNur Amira seorang seorang gadis biasa yang berumur 27 tahun dan masih lagi bujang. Kehidupannya yang disangka akan berubah apabila dia dihantar bekerja di Korea tidak mempunyai sebarang perubahan. Disebalik senyuman dan tawa riangnya tersembunyi kes...