Bab 5

6K 456 10
                                    

EMIR Adden Fattah berlalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Air hujan dari paip yang menyentuh kulit badannya membuatkan dia berasa lega. Terasa segar badannya itu.

Badannya dibalut dengan tuala yang separas lutut sahaja gara-gara dia terlupa membawa bathrobe. Cermin yang berada dibilik air itu yang memantulkan dirinya dipandang lama.

"Yang aku tahu bos aku tengah cari information tentang perempuan yang selamat itu"

Kata-kata lelaki tadi berlegar di kepalanya. Emir Adden Fattah memejamkan matanya dan sinki bilik airnya itu dicengkam kasar.

"Ni semua salah kau Emir!" Jerit Emir Adden Fattah kuat. Direnung tajam pantulannya itu. Bergerak-gerak rahangnya yang menahan geram itu.

"Ira maafkan aku. Maafkan aku Ira. Kerana aku, kau mati dan kerana aku nyawa dia dalam bahaya"

"Kau bodoh Emir"

Cermin yang memantulkan dirinya itu ditumbuk kuat membuatkan cermin tandas itu pecah berderai. Bukan itu sahaja, tangan Emir Adden Fattah turut berdarah akibat tumbukan yang kuat itu.

Emir Adden Fattah tersenyum sinis. Itulah dia melepaskan kemarahannya. Cermins tandasnya itu selalu menjadi mangsa tumbukannya dan tangannya yang baru je mahu sembuh berdarah semula.

Dia benci melihat pantulan dirinya di cermin kerana ia sering mengingatkan dirinya tentang peristiwa 4 tahun yang lalu.

"Ya Allah awak!"

Emir Adden Fattah memandang ke arah pintu tandas itu. Dhia Airisya menghampiri dia dengan wajah yang risau.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil. Dia lupa dia sudah kahwin. Dia lupa Dhia Airisya sedang tidur. Pasi jeritannya tadi menyedarkan Dhia Airisya dari tidur.

"Kuatnya berdarah" Dhia Airisya menggigit bibirnya melihat darah yang menitik ke lantai dari tangan Emir Adden Fattah itu. Jelas terpancar riak wajah risaunya itu. Terkejut dia mendengar jeritan Emir Adden Fattah tadi.

Baru dia mahu mengetuk pintu tandas, namun bunyi sesuatu yang pecah membuatkan dia terus membuka pintu tandas.

"Jom saya letak ubat"

Emir Adden Fattah memandang lama Dhia Airisya.

"Tak payah aku buat sendiri"

Emir Adden Fattah menarik kasar tangannya dari tangan Dhia Airisya. Pili air dibuka lalu dia membasuh tanganya yang luka itu. Walaupun pedih dan menyeringau, Emir Adden Fattah hanya beriak sahaja kerana dia sudah biasa dengan luka. Dhia Airisya pula yang rasa seriyau.

Emir Adden Fattah keluar dari tandas lalu t-shirt putihnya dicapai dan dikoyak.  Tangannya itu dibalut dengan keratan baju putihnya tadi.

"Biar saya yang buat"

Dhia Airisya menarik tangannya Emir Adden Fattah. Keratan baju putih dibuka semula tapi ditahan oleh Emir Adden Fattah.

"Aku cakap tak payah"

Dhia Airisya mengeluh kecil.

Dia keluar dari bilik Emir Adden Fattah lalu menuju ke bilik lamanya. First aid kit diambil dari laci mejanya lalu dia menuju ke bilik Emir Adden Fattah semula.

"Jangan degil"

Dhia Airisya menarik lengan Emir Adden Fattah menuju ke katil. Disuruh Emir Adden Fattah duduk diam-diam atas katil sementara dia menyapu ubat pada tangan Emir Adden Fattah.

Emir Adden Fattah hanya diam memerhati gerak geri Dhia Airisya. Sedikit terkesan dengan kerisauan Dhia Airisya tapi dia merasakan dirinya tidak layak untuk mendapatkan itu.

[ C ] ILY, Mr. Korean MafiaWhere stories live. Discover now