Bab 14

5.4K 411 39
                                    

MALAM yang indah yang dihiasi dengan muka-muka yang disayang. Langit yang disinari dengan bukan dan bintang. Angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup badannya membuatkan dia berasa tenang dari segala masalah.

Emir Adden Fattah menyandarkan kepalanya di kerusi. Matanya dipejam.  Kata-kata Tengku Yusuf semasa mereka borak tadi membuatkan dia rasa sedikit semangat. Tenang apabila dapat berkongsi masalah dengan Tengku Yusuf.

Jujur dia kata, dia sangat bersyukur Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah mengambilnya sebagai anak susuan. Kalaulah dia tidak diambil menjadi anak susuan, sudah tentu dia sudah mati sekarang dibunuh seperti mana kedua-dua ibu bapanya dibunuh.

Keluhan kecil dilepaskan .

Sedang dia menutup mata menenangkan fikiran, kolar bajunya tiba-tiba ditarik. Belum sempat dia mahu mempertahankan dirinya, dia terlebih dahulu ditumbuk oleh Tengku Amar Haqiem.

Yaa Tengku Amar Haqiem.

Siapa lagi dalam rumah ini yang bermusuh dengannya?

"Apahal dengan kau bodoh? Dah puas hidup ke babun?" Jerit Emir Adden Fattah bengang seraya itu dia turut melepaskan tumbukan pada Tengku Amar Haqiem. Namun Tengku Amar Haqiem berjaya mengelak.

Tumbukan dilayang sekali lagi dan kali ini tepat mengena pipi Tengku Amar Haqiem. Emir Adden Fattah tersenyum puas apabila melihat Tengku Amar Haqiem meludah darah.

"Kau tu yang dah puas hidup tak payah la heret Airisya sekali! Mati sorang-sorang je lah setan!"

Emir Adden Fattah mengenggam geram tanganya. Jelas urat-urat yang timbul di tangan dan juga lehernya yang menunjukkan bertapa bengannya dia sekarang ini. Dia tahu Tengku Amar Haqiem merujuk kepada kejadian tempoh hari di mana musuhnya cuba membunuhnya.

"Kau nak salahkan aku setan? Kau yang penyebab aku dikeliling musuh! Dasar setan tak sedar diri tu setan!" Balas Emir Adden Fattah. Sudah lama dia geram dengan Tengku Amar Haqiem. Muka je baik tapi perangai setan! Baik dia. Muka setan perangai setan! At least dia tak pakai topeng.

"Kau tu setan! At least aku tak bunuh orang!"

Tengku Amar Haqiem sekali lagi ingin menumbuk Emir Adden Fattah namun Emir Adden Fattah berjaya mengelak. Tapi malang tak berbau apabila kedua-dua mereka terhumban ke dalam kolam. Dan berlaku pula pernumbukan dalam air.

"Kau ingat diri kau bagus sangat ke lahanat? Kau cemburu dengan aku kan? Sebab tu kau dedahkan identiti aku!"

"Aku dah cakap yang aku tak sengaja! Kau bahlol ke hah? Apa yang aku dapat kalau aku dedahkan identiti kau? Malang adalah!"

Emir Adden Fattah mengenggam kasar kolar baju Tengku Amar Haqiem. Mereka memandang satu sama lain dengan tajam. Kedua-dua mengetap rahang dengan kasar.

Hubungan yang baik dan rapat dulu terus musnah gara-gara satu kesalahan. Dan daripada menjadi adik beradik yang tidak dapat dipisahkan dulu sekarang bertukar menjadi musuh. Macam anjing dengan kucing. Jumpa je akan bergaduh.

"Sudah! Korang dua naik!"

Tengku Yusuf, Tengku Sumayyah, Dhia Airisya dan dua lagi adik perempuannya terus bergegas ke luar apabila mendengar jeritan Emir Adden Fattah dan juga Tengku Amar Haqiem. Tahu la mereka yang dua orang ini bergaduh.

Emir Adden Fattah dan Tengku Amar Haqiem masih merenung tajam antara satu sama lain. Tidak diperdulikan mereka yang berada di tepi kolam yang sedang memandang mereka.

"Kau disebabkan kau aku dikejar musuh, disebabkan kau Ira mati dan disebabkan kau Airisya juga dalam bahaya" tutur Emir Adden Fattah perlahan di telinga Tengku Amar Haqiem bagi mengelakkan mereka semua dengar.

[ C ] ILY, Mr. Korean MafiaWhere stories live. Discover now