"Aydan nak pergi mana? Dah pukul berapa ni" Daddy Zack yang membaca surat khabar tadi meletakkan surat khabar itu di meja sebelah sebelum memandang Zack yang baru turun dari tangga.
"Jumpa kawan"
"Kawan?"
"Kenapa daddy nak kene kesah? Selama ni tak pernah pun tanya Zack pergi mana balik bila takde pun kenapa sekarang baru nak ambik berat tiba²"
"Zack, daddy tahu zack tengah usaha cari dalang yang bunuh kakak tapi jangan sampai bahayakan diri. Kalau kakak masih hidup pun dia takkan suka apa yang Zack buat ni" Kata daddynya aka dato Muzaffar.
"Habis Zack kene duduk diam tunggu polis yang tak tahu bila and tah dapat ke tak orang tu" Kata Zack sedikit meninggikan suaranya tapi masih terkawal.
"Zack tak kesian ke dengan mummy? Cukuplah dia dah hilang seorang anak. Janganlah bagi beban dekat dia lagi"
"Beban? Ye lah memang Zack bagi beban je dalam keluarga ni! Zack tak kira zack akan cari juga dalang yang buat kakak Zack mati! Tu janji Zack!"
Zack memberontak sebelum keluar dari rumah dengan emosi yang tak stabil.
Panggilan daddynya langsung dia tak endah. Faham sangat dah dengan anak dia tu kalau dia cakap A, A lah jawapannya tak boleh nak ubah².
Zack dengan marah menaiki motor Kawasaki Ninja H2 nya sebelum suasana malam yang tenang diganggu oleh ekzos motor yang membingitkan. Zack keluar dari perkarangan rumah dengan perasaan yang bercampur-baur.Zack fokus menunggang motosikalnya, suasana malam sunyi mungkin kerana dah agak larut malam. Semenjak kakaknya meninggal Zack selalu bawa motor sebab dengan bawa motor dia dapat hilangkan sikit perasaan rindu pada kakak apalagi motor yang dia tunggang ni hadiah dari Kakak dia dan merupakan hadiah terakhir dari Kakak Zack pada dia.
Zack terus membawa motor sebelum tiba² bunyi kuat seperti sesuatu terlanggar memberhentikan motornya dari terus bergerak. Bunyi itu datang dari depan tapi dia masih tidak dapat lihat apa yang baru terjadi kerana suasana malam yang agak gelap. Tanpa berlengah Zack meneruskan jalannya tapi tidak jauh dari situ dia nampak sebuah kereta yang dah terbalik kedudukannya terdapat juga asap yang keluar dari kereta tu. Kereta itu seperti baru berpusing 360° beberapa kali kerana keadaannya sangat teruk dan renyuk habis. Zack juga perasan satu lori yang baru sahaja pergi dari situ seperti tiada apa² jadi.
Hati Zack kuat mengatakan supaya dia berhenti dan melihat ke dalam kereta tersebut. Helmet di kepala dibuka sebelum dia turun dari motornya. Telefon di pegang, kakinya melangkah mendekati kenderaan tersebut alangkah terkejutnya Zack bila dia nampak masih ada orang dekat dalam tu. Seorang lelaki agak berusia dan botak membuka mata lemah bila nampak Zack, dia memandang Zack dengan pandangan sayu.
"To..tolong a..anak..pa..pak cik" dia tunjuk pada seorang perempuan berusia 16 tahun itu yang sudah berlumuran darah di seat belakang.
Sh*t kenapa aku ada dalam situasi ni (Zack)
Karin sudah terkeluar sedikit dari kereta nasib baik dia memakai seatbelt kalau tidak mungkin dah terhumban ke depan masa kereta ni berpusing tadi. Zack dengan cepat bergerak ke seat belakang. Dia membuka pintu sebelum dia menyedarkan perempuan itu, bahu Karin ditepuk beberapa kali tapi tidak disahut. Cepat² Zack angkat dan bawa dia ke luar, susah juga Zack nak bawa Karin keluar sebab kaki dia tersangkut sedikit dekat kereta dan seatbelt ni seperti menghalang je Karin dari keluar kereta.
Beberapa minit Zack cuba baru dapat keluarkan Karin dan pada ketika itu sesuatu bau yang tidak menyenangkan hinggap di hidung Zack. Dia memandang pada satu arah sebelum dia nampak seperti suatu legakkan di sudut depan kereta. Cepat² dia angkat perempuan itu keluar dan menjauhi kereta tersebut. Karin membuka matanya sedikit lemah memandang Zack yang mengangkatnya sebelum mata kembali terpejam.
YOU ARE READING
Unexpected Husband☘️
Romance[COMPLETE] "Kenapa aku tak pernah nampak kau?" Karin Qistina dikenali sebagai Karin "Sebab aku yang nak kenal kau bukan kau" Zacky Aydan dikenali sebagai Zack Kehidupan Karin bagaikan mala petaka baginya apabila mak ayah dia meninggal dan Karin per...