bab 13

281 20 3
                                    


Yana membawa mangkuk berisi nasi putih ke atas meja. Khadijah pula sudah lama duduk dimeja makan menunggu masa untuk makan. Lauk banyak terhidang membuatkan Khadijah terliur. Kalau macam ini memang boleh jadi gemoklah dia kalai hari-hari Yana masak. Masakkan Yana pulah memang setaraf mak mak yang handal didapur. Memang ‘boom’

“Wahh Yana. Sedapnya kau masak.” Puji Khadijah. Yana ketawa kecil. “Sekali sekala merasa makan sedap sedap inipun Nek Leha yang belanja barang dapur. Itu yang aku masak sedap sedap bawa kau makan. ”kata Yana sambil mengaut nasi ke dalam pinggan.
Khadijah menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia menyambut huluran pinggan yang berisi nasi daripada Yana. Tanpa menunggu-nunggu dia terus menyeduk lauk-pauk yang ada dihadapannya

“Hahaha. Tak mennyempatkau ye.. Ini Kau datang ibu kau tak marah ke?” Tanya Yana. Yelah Cik Gayah manalah suka Khadijah ini berkawan dengannya.

“Baca doa dulu.” Kata Khadijah sambil menadah tangan mengetuai doa. Selesai saja membaca doa. Khadijah terus mula makan. Diabaikannya soalan Yana tadi. Makan lebih penting.

“Tijah? Ibu kau tak marah ke?” Tanya Yana sekali lagi.
“Ibu aku? Maunya tak marah. Tapi bapak aku izinkan aku tidur sini. Soal ibu aku jangan risau pandailah bapak aku pujuk.” Jawab Khadijah lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Yana menganggukkan kepalanya. “Yana sedapnya kau masak. Mak aku masak  pun tak sesedap macam ini.” Puji Khadijah jujur.

“Ehh kau ini. Tak baik tahu. Makanan ibu itulah paling sedap tahu.” Kata Yana. Tiba-tiba dia rindukan masakan ibunya. Untungkan yang masih ada ibu. Dapat merasai makanan daripasa hasil air tangan seorang ibu. .

“Yelahlah Aiyana Insyira.” Jawab Khadijah malas untuk berdebat.

Yana senyum memandang Khadijah. “Khadijah sebenarnya aku ada benda nak bincang.” Kata Yana tiba-tiba membuatkan Khadijah terus memalingkan muka ke arah Yana. Macam serius je. 
“Apa?” Tanya Khadijah.
“Aku bercadang nak berhijrah.” Kata Yana. Tersedak Khadijah mendengar Yana berkata begitu. Cepat-cepat dia minum air bagi melegakan tekaknya. Dia memandang Yana dengan pandangan aneh.
“Berhijrah? Maksud kau pindah?” Teka Khadijah masih serius memandang Yana. Yana menggigit sedikit bibirnya sambil menganggukkan kepala. Nampak macam Khadinah tak suka saja.

“Tapi kenapa? Tak cukup ke rumah ini? Atau kau tak selesa. Aku boleh cakap dekat Nek Leha.” Tanya Khadijah bertubi-tubi. Dia terus berhenti makan lalu memandang ke arah Yana serius. 
“Tak. Tak. Rumah ini selesa. Aku bersyukur sangat duduk sini tapi. Sangat menghargai pengorbanan semua. Cuma…

“Cuma apa? Kau rimas ke dengan aku? Kalau rimas aku minta maaf. Aku janji tak buat kerja gila lagi.” Kata Khadijah sambil memegang tangan Yana. Kadang dia juga rasa dirinya berlebihan dalam bergurau dengan Yana. Yana pula sejenis yg sopan. Selalu juga Yana tegur dia untuk berkelakuan sopan. Cuma dia saja jarang nak dengar.

“Ehh bukanlah. Bagilah aku habis cakap dulu. Kau ini pun fikir lebih-lebih pula.”Kata Yana sambil menampar lengan Khadijah.

“Hheheh sorry. Cakaplah.” Kata Khadijah sambil tersengih.

“Aku selesa dekat sini. Cumanya aku rasa aku banyak bebankan Nek Leha dan Tok Penghulu. Lagipun makin lama aku duduk sini makin banyak cerita yang tak betul tersebar. Aku tak nak Nek Leha dan Tok Penghulu terkena tempias.” Jelas Yana pada Khadijah. Sekarang ini saja macam-macam cerita yang orang kampung ini sebarkan. Entah betul entah tidak.

“Nek Leha dan Tok penghulu itu baiklah. Mereka ikhlas nak tolong kau. Tak pernag dengar mereka merungut. ” Kata Khadijah. Dia sebenarnya tidak mahu berjauhan dengan sahabatnya itu. Nanti kalau sahabatnya dalam kesusahan siapa nak tolong. Cuma takut dibuli oleh orang luar. Yana ini baik sangat dengan oran takut orang pergunakan dia.
.
“Memang aku tahu mereka ikhlas tolong. Aku pun dapat rasa keikhlasan mereka. Cuma ku tak nak mereka jadi mangsa seterusnya ” Kata Yana sedih.

Khadijah mengerut dahinya. “Mangsa seterusnya? Maksud kau? Kau percaya soal nasib malang yang ada pada kau. Badi yang orang kampung cakap?” Tanya Khadijah agak marah.
Yana diam. Ya sekarang setelah apa yang terjadi. Dia agak percaya dengan apa yang orang kampung ini katakan. Mungkim benar dan dia tidak mahu ada orang lain yang terkena badi itu.
“Yana pandang aku.” Arah Khadijah sambil memegang erat kedua belah bahu Yana. Dipusingnya badan Yana untuk menghadapnya.
“Aku ada dengan kau daripada kita kecik lagi sampai kita besar ini. Badi apa yang pernah kena pada aku? Kemalangan apa yang pernah kena pada aku? Nasib malang mana yang pernah kena pada aku? Kalau betol kau ada badi yang orang kampung cakap. Aku lah orang pertama yang akan kena. Akulah orang pertama yang akan dapat malapetaka itu.” Ucap Khadijah panjang. Dia yakin apa yang orang kampung cakap itu bohong. Buktinya dia paling rasa dengan Yana. Tapi dia tak pernah kena apa-apa perkara yang membahayakan dirinya.

Yana diam. Mungkin Khadijah bernasib baik? Dia memandang ke arah mata Khadijah. Mahu atau tidak. Dia perlu juga hidup tanpa bantuan sesiapa. Dia harus hidup berdikari. Dia harus berhijrah.
“Khadijah. Kau sahabat dunia dan akhirat aku. Aku sangat-sangat hargai pengorbanan kau buat aku dari dulu. Aku ingin balas saja semua orang yang ada untuk aku waktu aku susah. Ini satu-satunya cara untuk aku buktikan yang aku ini berguna. Tidak hanya mengharapkan belas kasihan orang lain.” Jelas Yana. Dia harap Khadijah memahaminya.
“Dengan cara menjauhkan diri daripada semua orang yang pernah tolong kau?” Tanya Khadijah. Suaranya seakan kesal dengan keputusan Yana. Yana pula hanya mendiamkan diri. Bukan untuk meninggalkan cuma mahu berusaha sendiri tanpa sesiapa.
Khadijah memamandang yana lalu menghela nafas berat. Tangannya menguis-nguis nasi dipinggan. Nampakbya Yana nekad dengan keputusannya
“Kau nak pindah mana?” Tanya Khadijah sayu. .
“KL. Mybe?”

“HA!”

Daiyyan Aiyana (ON GOING)Where stories live. Discover now