bab 27

280 21 4
                                    

Yana terkejut. Buka saja mata wajah Daiyyan terpampang dimatanya. Suasana kelihatan cerah. Oh baru dia ingat malam tadi dia tertidur didapur sewaktu menunggu Daiyyan.

Wajah Daiyyan ditatap. Yana tersenyum kecil. Setiap inci wajah Daiyyan diperhatikan.

“Tidur pun handsome.” Kata Yana seorang diri. Yana merenung ke arah Daiyyan yang masih lena tidur.

“Awak inikan dahlah garang, asyik nak marah, cakap pun.. kasar. Kalau buka  mulut asyik nak sakitkan hati orang saja.” Kata Yana geram.

“Tapi saya tahu awak baik. Kalau awak tak baik tak adanya awak nak lindungi saya dan keluarga. Buang masa dan tenaga.” Kata Yana lalu tersenyum. Tiba-tiba dia teringat tentang Apa yang Rayyan kata padanya kelmarin.

“Nak tahu tak. Rayyan ada tanya saya kenapa saya nak kahwin dengan awak. Saya jawab sebab jodoh.” Kata Yana.

“Tapi bila saya jawab sebab jodoh dia pertikaikan? Baru kenal tiba-tiba nak kahwin dia cakap. Lepas itu dia cakap kami berdua tak ada jodohlah? Saya pelik juga dia cakap macam itu.” Kata Yana hairan.

“Saya jawab lagi sebab saya nak lindungi diri saya dan keluarga. Tapi dia masih juga tak percaya.”Kata Yana lagi.

“Saya memang pernah cakap saya selesa dengan dia. Yelah dia baik, cakap pun lemah lembut, tak cepat marah, dan pandai hiburkan hati. Tapi entah kenapa saya tak ada satu rasa yang sama macam saya dengan awak.” Kata Yana lagi sambil tersenyum.

“Dengan awak saya rasa lain. Saya rasa selamat, saya rasa tenang walaupun selalu kena marah. Dan ada satu perasaan yang susah untuk diungkapkan.” Kata Yana termemung memandang Daiyyan. Daiyyan satu-satu lelaki yang buat dia rasa selamat dan dilindungi oleh bahaya. Daiyyan juga seorang lelaki yang susah untuk dijangka.

Entah kenapa hatinya mula rasa tak tentu arah. Jantungnya berdegup kencang. Perasaan apakah yang menyelubungi hatinya sekarang. Tolong ungkapkan.

“Kalau dibandingkan Rayyan dan aku. Kau lebih memilih sapa?” Kata Daiyyan tiba-tiba. Yana terkejut terus menegakkan badannya. Daiyyan mecelik matanya memandang Yana.

Daiyyan ketawa kecil memandang Yana. Dia menengakkan badannya juga.

Yana menelan air liurnya. Matanya tidak lari dari memandang Daiyyan.
‘Dia dengar ke apa yang aku cakap? Matilah aku.’Kata Yana dalam hati.

“Jawablah?” Tanya Daiyyan dengan suara yang serak. Biasalah baru bangun tidurkan

Yana memejam matanya cuba menenang dirinya. Nafas ditarik. Baru saja mencelik mata wajah Daiyyan berada dekat denganya.

Dadanya turun naik menahan gemuruh dihati. Terasa nafas Daiyyan yang perlahan itu. Mata Daiyyan tidak lari dari memandangnya.

“Who?” Tanya Daiyyan lagi. Yana mula lemah dengan suara. Daiyyan. Kenapa lelaki itu dapat buat hatinya tak keruan.

Daiyyan ketawa kecil lalu menjauhkan dirinya. Dia berdiri  di hadapan Yana. Tangan di letakkan ke dalam poket dan badan dibongkokkan separuh mun menrapati Yana.

“Bersiap aku nak bawa kau keluar.” Kata Daiyyan tersenyum lalu menegakkna badannya semula.

Yana tidak memberi apa-apa jawab. Sebaliknya dia hanya berdiam. Wajahnya mula membahang. Malu.

Daiyyan tersenyum lalu menggosok ubun-ubun Yana yang berlapik dengan selendang itu. Dia pula rimas tidur pun berselendang.

“Jangan lupa bawa kek sekali nanti.” Katanya lalu pergi sempat dia mengenitkan matanya ke arah Yana sebelum meninggalkan Yana seorang diri.

Tanpa sedar  senyuman terukir dibibir Yana. Hanya rasa tak keruan tapi terasa bahagia. Tidak pernah rasa perasaan sebegini. Ada ini yang dinamakan Cinta pandang pertama?
Yana memegang dadanya yang berdegup kencang.

Selesai saja bersiap tadi Daiyyan terus membawa Yana ke satu tempat. Kinek  mereka berada disebuah taman. Dia pun hairan kenapa Daiyyan bawa dia ke sini. Yelah dengan bawa kek bagai. Tadi cakap nak breakfast luar tapi pergi taman pula. Takkan breakfast nak makn kek saja.
“Kata buat apa sini?” Tanya Yana apabila Daiyyan memberhenti kerata. Dia memandnag persekiran Taman itu. Tak ramai orang. Nak cakap jogging. Pakaian mereka tak macam orang jogging pun.
“Breakfast lah.” Kata Daiyyan lalu keluar dari kereta dan menujue ke bonet. Yana yang melihat Daiyyan keluar dari kereta terus cepat ikut juga. Kek ditangan dibawanya sekali.
“Kita nak…” Kata-kata terbantut apabila melihat bakul picnic yang ada di tangan Daiyyan. Dia kehairanan. Sejak bila pula Daiyyan sediakan semua ini.
“Dah jangan banyak tanya. Jom.” Kata Daiyyan lalu berjalan mendahului Yana. Yana hanya menurut saja dan mengikut ke mana Daiyyan pergi.
Selesai Daiyyan menyediakan tempat picnic mereka teeus duduk diatas tikar yang disediakan tadi. Yana menyediakan makanan yang ada didalam bakul tadi. Ada Pancake, madu , mentega, dan buah beri. Orang putih sangat Daiyyab.

“Kau buat kek ini?” Tanya Daiyyan yang memotong kek Lemon itu. Yana menganggukkan kepala sambil makan buah yang dibeli oleh Daiyyan tadi.

“Sedap aku suka. Sama rasa macam mom aku buat.” Kata Daiyyan lalu memasukkan kek itu ke dalam mulutnya.

Yana senyum gembira. Tak sangka Daiyyan akan memuji lagi sekali Kek buatannya itu. Daiyyan memandang Yana. “Jujur aku cakap aku punya Kek Lemon tak boleh kalahkan kek lemon yang kau buat. Cukup rasa. Tak manis x masam. Just nice.”Komen Daiyyan lagi.
Yana tersenyum malu. Yelah Daiyyan susah kot nak puji-puji orang ini. Jadi kiea beruntunglaj dia dapat pujian daripada Daiyyan. Tapi tiba-tiba dia rasa lain. Hari ini Daiyyan nampak agak lain. Senyuman tak lekang daripada bibir. Mukanya pun tak bengis seperti selalu. Tutur kata dan layanan Daiyyan puj lain pagi ini. Kenapa dengan Daiyyan? Ada sesuatu yang jadi ke sampai berubah macam ini?

Yana turut ketawa kecil. Dia memandamg Daiyyan. “Kenapa awak nampak lain?” Tanya Yana tiba-tiba.

Daiyyan mengerut hadinya. “Apa yang lain? Aku rasa sama saja.” Kata Daiyyan lalu meletakkan pinggan yang dipegangnya tadi.

“Yelah lain. Awak tak macam biasa. Selalunya ketat saja muka, asyik marah and garang saja.” Kata Yana sambil membuat gaya muka garang.

Daiyyan ketawa dengan gelagat Yana. “Makin berani kau ye.” Kata Daiyyan. Yana hanya ketawa saja. Yelah dia pun lain. Makin berani mengkritik Daiyyan sejak-sejak jaid bakal isteri ini.

Masing-masing diam menikmati pemandangan. Daiyyan memandang Yana lalu matanya terarah pada lecur ditangannya.

Pedih hatinya. Dia tak mampu nak lindungi Yana. Bakal isterinya itu. Sepatutnya dia yang ada disis ya. Dia nak marahkan Yana juga tak berguna dia hilang berhari-hari tanaoa6me jenguk Yana. Mereka bercakap hanya memalui telefon saja.

“Aku minta maaf.” Ucap Daiyyan sayu. Yana memandang Daiyyan hairan.

“Maaf? Untuk?” Tanya Yana.

“Aku tak lindungi kau? Aku tak elakkan kau dari bahaya. Kau berjuang sendiri untuk selamatkan diri sampai tangan kau macam itu berbalut. Aku marahkan kau sampai tak bagi peluang untuk kau jelaskan perkara sebenar.” Kata Daiyyan sayu.

Yana memandang tanganya lalu tersenyum. “Tak apa itu bukan salah awak. Salah saya juga sebab tak dengar cakap awak. Saya tak bagitahu awak yang saya keluar.” Ucap Yana.

“Serious aku betul-betul minta maaf. Aku tak patut biarkan kau bersama Rayyan. Silap aku percayakan Rayyan. Sepatutnya aku sendiri yang lindungi kau. Kau bakal isteri aku. Kenapa aku perlu minta bantuan orang lain untuk jaga bakal isteri aku..” Ujur Daiyyan bersungguh-sungguh. Tak tahu kenapa tapi sekarang dia betul-betul rasa menyesal. Betul-betul rasa tak berguna. Mungkin kerana janjinya terhadap Aleesa membuat dia bersungguh-sungguh untuk melindunginya Yana. Atau kerana…..

“Tak apa. Saya maafkan awak. Kita tak boleh nak salahkan sesiapa sebab ini semua kecuaian dari diri sendiri. Benda dah jadikan. Kalau nak marah buat masa saja.”Kata Yana sambil tersenyum.
Diayyan diam. Biak sangat Yana. Tolong jangan baik sangat. Tak semua orabg yang ada dengan kita niatnya bagus. Kadang ada orang hanya mempergunakan kita demi kepentingan diri. Yana kena belajar juga jadi jahat. Tak sentiasa baik saja.
“Mana awak pergi dalam beberapa hari ini. Jenguk saya pun tak.” Tanya Yana hairan. Yelah dia nak kahwin dengan Daiyyan tapi banyak habiskan masa dengan Rayyan. Sekarang dia macam lebih kenal Rayyan daripada Daiyyan bakal suaminya sendiri.
Daiyyan tersengih. Ingatkan Yana tak akan tanya soalan itu. “Sorry aku banyak kerja. Aku ada dekta itali urusankam business dekat sana.” Jujur Daiyyan. Ye dia akan di Itali. Salah satu sebab dia disitu kerana bisne. Tapi sebab paling utama bukan Business.

“Itali?”
Daiyyan menganggukkan kepalanya. Yana membuat muka seakan-akan tidak percaya. Besar jugak bisnes Daiyyan sampai ke Itali. Mesti seronoklkan.
Yana tiba-tiba ada idea yang bernas. Memandangkan mereka nak kahwin tapi belum lagi sepenuhnya kenal keperibadian masing-masing tak salahkan Yana nak buat sesuatu untuk mereka
“Daiyyan..” Panggil Yana. Daiyyan menoleh dan mengangkat keningnya iaitu issyarat kenapa.
“Memandnag kita belum kenal anata satu sama lain lagikan.” Daiyyan menganggukkan kepalanya.
“Why not kita buat sesuatu aktiviti. Macam Challenge to know each other lah.” Cadang Yana. Daiyyan mengerut dahi pula. Challenge apa itu?
“Tak Faham.” Tanya Yana bila melihat Daiyyan mengerut dahinya. Daiyyan menggelengkan kepalanya tanda tidak faham.
“Macam ini. Memandangkan kita berdua ini nak kahwin tapi tak kenal lagi keperibadian masing-masing. Why not kita buat Challenge know each other on 7 days. Kira kita buat sweet memories selama 7 hari dengan mengenali keperibadian masing-masing?” Jelas Yana pada Daiyyan.
“Tapi…”
Daiyyan memandang Yana semila apabila Yana cakap Tapi.. tapi apa?
“Awak tidak dibenarkan marah dan membangkang setiap apa yang saya buat dan suruh. Memandnagkan ini idea daripada saya.” Sambong Yana.
Daiyyan termenung memikirkan idea Yana itu. Ada baiknya juga. Daoatkan dia luangkaj masa lebih sikit dengan Yana. Mereka pun kenal macam itu sajakan. Terus nak kahwin langsung tak sweet.
“Walaupun aku agak faham tak faham dengan idea kau itu tapi bagi aku itu menarik. Jadi bila kau nak mulakan?”Tanya Daiyyan. Yana tersenyum gembira apabila Daiyyan menyetujui cadangannya itu.
“bila awak Free. Saya ikut masa awak saja. Kalau awak dah ada masa nanti kita buatlah.” Kata Yana.
“Kalau macam itu aku suruh Jayden kosong jadual aku minggu depan.” Kata Daiyyan lalu menyuapkam baki kek didalam piringnya tadi. Yana menganggukkan kepala faham. Macam macam pulak idea dia nak kenakan Daiyyan. Inilah masa dia nak membuki Daiyyan.

Tiba-tiba ada seorang budak datang menghampiri mereka dengan membawa sejambak bunga mawar padanyanya. Yana terkejut lalu memandang Daiyyan. Yana kaku seketika. Dia memandang jambakan bunga mawar ditangan b7dak itu dengan Daiyyan siling berganti. Jujur dia tak tahu nak buat apa.

Daiyyan sudah ketawa kecil memandang wajah Yana yang Polos itu. Dia mengangkat kening memberi isyarat untuk mengambil bunga itu.

Yana kehairanan lalu mengambil bunga itu.

“Hey budak sini?” Kata Daiyyan pada budak itu yang baru saja mahu pergi. Budak lelaki itu pun menghampiri Daiyyan semula

“Nah. Upah.” Kata Daiyyan lalu memberi beg kertas yang berisi sesuatu didalamnya. Budak itu mengambilnya dan terus pergi.

Yana tersenyum lalu memandang bunga itu. Tiba-tiba dia terlihat sesuatu yang bersinar disekuntum bunga itu. Yana mengerut dahi lalu memeriksa.
Cincin!
Yana terkaku segali lagi. Cincin yang bertatahkan berlian berwarna ungu itu sangat cantik terletak disitu. Dia memandang Daiyyan yang tersenyum memandangnya.

“Cincin.” Kata Yana terkejut. Daiyyan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. “Untuk kau?” Kata Daiyyan.
Yana menekup mulutnya tanda tidak percaya. Cincin secantik itu miliknya?

“Aku beli untuk kau. Aku lamar kau tanpa cincin hari itukan. Jadi  ini cincin tanda kau milik aku. Aku tak pandai nak sweet bagai. Jadi sorry kalau picnic ini hambar.” Kata Daiyyan lalu mengusap lehernya segan. Dia cuba sebenarnya nak jadi romantik tapi susah. Betullah kata orang dua ini beku.

Yana ketawa kecil. Tak sweet? Suara Daiyyan saja mampu buat dia tak keruan. Inikan pula cincin yang diberi padanya tanda mengikatnya.

Yana memikir semula. Mesti cincin itu mahal. Tak layak untuknya. Yana menghulurkan cincin itu pada Daiyyan.

“Kenapa? Kau dah ubah fikiran ke?” Tanya Daiyyan terkejut. Yelah tiba-tiba saja beri padanya. Terkejut lah dia.

“Eh bukan. Bukan ubah fikiran. Saya Cuma rasa cincin itu mahal sangat tak layak itu saya pakai. Lagipun tak perlu nak beli cincin sebab nak ikat saya.” Kata Yana merendah diri.
Daiyyan mengeluh. “Memang kalau tak beli  cincin pun kau tetap aku punya. Tapi orang dekat luar itu tak tahu kau itu aku punya jadi dengan adanya cincin dijari kau boleh buktikan kau itu dah berpunya.” Jelas Daiyyan membuatkan Yana terdiam.

Tak mampu dia nak jawab apa-apa. Dia hanya mampu menganggukkan kepalanya. Dia merenung cincin itu. Cantik sangat dia pula yang gementar nak pakai.

“Pakailah takkan kau nak tenung saja cincin itu.” Kata Daiyyan. Yana tersengih lalu memakai cincin itu.

“Result SPM  kau bila keluar?” Tanya Daiyyan lalu mengambil buah didalam mangkuk Yana

“Ha saya lupa bagitahu. Pagi tadi Aleesa ada bagitahu saya Khadijah call dia cakap yang result keluar khamis ini. Saya ingat nak minta izin balik kampung.” Kata Yana. Tapi dia dan Daiyyan ada plan 1 minggu sweet memories minggu depan.  Dia baru nak bercadang buat dekat kampung tak  nak pergi 2 3 kali kekampungan?

“Kalau macam itu hari khamis hingga Ahad kita mulakan Challenge  7days sweet memories kita di kampung kau.”cadang Daiyyan.

“Boleh ke balik?” Tanya Yana ingin kepastian. Tak sangka Daiyyaj fikirkan juga Challenge itu ye. Hahahahaha.

“Bolehlah tapi balik dengan akulah tak boleh sorang-sorang.” Kata Daiyyan. Yana menganggukkan kepalanya tanda gembira. Tak sabar rasanya. Rindu dia pada orang dikampung. Daiyyan tersenyum memandang Yana. Perkara kecik macam itu pun dah buat kau gembira. Senang sangat

“Kau rasa apa yang Daiyyan bincangkan dengan Bella semalam?” Tanya Zaril pada Bella.

“Entah. Pelik juga aku bila Jayden cakap yang Bella nak jumpa Daiyyan sebab Yana.” Kata Aleesa sambil membuat air. Lepas saja Daiyyan dan Yana keluar mereka terus pergi ke rumah Al Qaseh ini.

“Daiyyan pun satu percaya sangat dengan Aleexa. Kalau aku memang tak akan percayakan Bella itu. Dahlah pengkhianat.” Kata Aleesa sambil menghulurkan Mug pada Zaril.

“Aku tak faham dengan Daiyyan. Dia cakap dia tak cintakan Bella tapi kenapa dia nak juga percaya kata-kata Bella?” Kata Zaril tak puas hati.

“Aku rasa nak upah budak-budak kita pantau Bella. Aku rasa tak sedap hati pulak dengan Bella itu. Dia mesti ada agenda dia sendiri.” Kata Aleesa. Entah kenapa dia rasa Bella angkara semua ini terjadi. Dia takut Bella apa-apakan Yana nanti.

“Nanti aku uruskan jangan risau. Ini aku nak tanya ada nampak Ash dan Safuan?” Tanya Zaril pada Aleesa.

“Akedemi. Katanya ada budak minta tolong.” Jawab Aleesa. Tiba-tiba nenek datang ke arah mereka.

“Eh nenek. Nak sarapan ke? Aleesa ada buatkan mee goreng. Nenek nak makan?” Tanya Aleesa.

“Boleh juga. Nenek pun lapar ini belum makan lagi.” Kata Nenek. Dia berjalan menghampiri Zaril kerusi disebelah Zaril ditarik dan diduduknya.

“Nenek sihat?” Tanya Zaril pada nenek.

“Alhamdulillah sihat. Ini Zaril makin lama nenek tengok makin segak kamu. Bila nak kahwin? Abang kamu Daiyyan dah nak kahwinkan?” Tanya nenek pada Zaril.

“Macam mana nenek tahu?” Tanya Zaril hairan.

“Daiyyan telefom nenek semalam. Dia cakap dia dah melamar Yana. Alhamdulillah akhirnya dia kahwin juga ye?” Kata Nenek gembira. Tak samgka pula Daiyyan menelefon nya untuk memberitahu perkara itu.

“Memang dah patut kahwin nek. Dan tua dah dia itu. Tapi itulah. Isterinya muda sangat. Hahaha.” Kata Aleesa lalu menyerahkan pinggan berisi mee itu pada Nenek.
“Kamu Zaril bila pula?” Tanya Nenek lalu menyupakan mee ke dalam mulutnya.

“Zaril tunggu Aleesa dululah.” Kata Zaril seakan bergurau. Aleesa memandang tajam ke arah Zaril.

“Kau jangan nak macam-macam. Kaulah kawin dulu.” Kata Aleesa lalu membaling kain merah diatas meja ke arah Zaril.

Zaril ketawa dengan reaksi Aleesa. “Dia suruh kita dulu kahwin sebab tak ada orang sukakan dia. Hahahha.” Ejek Zaril.

Aleesa menghentak kaki tanda geram. “Nenek. Tengok Zaril.” Adu Aleesa menunjuk ke arsh Zaril.

Nenek memukul perlahan Zaril yang suka menyakat kembarnya itu. “Kamu ini Zaril kalau tak menyakat Aleesa tak sah. Sama macam arwah mama kamu.” Kata nenek.

Aleesa dan Zaril terus terdiam apabila nenek bercerita tentang  mak mereka. Aleesa mencebik lalu menuju ke arah nenek.

“Aleesa rindu mama.” Adu Aleesa sambil memeluk lengan nenak. Nenek mengusap kepala Aleesa. Dia faham perasaan Aleesa yang rindu akan arwah maknya.

Zaril pula duduk diam. Dia juga rindukan maknya. Nenek memegang tangan Zaril. Dia tahu Zaril juga rindukan arwah.

“Mak kamu dulu baik sangat. Suka bergurau dengan orang macam Zaril. Peramah macam Aleesa. Tegas seperti Daiyyan. Kamu bertiga semua ada ciri-ciri mama kamu. Dia suka tolong orang yang susah. Orang cakap orang yang baik ini biasanya pergi dulu. Macam arwah mom. Tuhan sayangkan dia.” Kata Nenek. Dia mengusap pipi Aleesa yang mengalir air mata.

“Kalau rindu mama sedekahkan al fatihah, tolong orang susah buat sesuatu yang baik. Inshaallah mama akan dapat ganjaran dari tuhan sebab ada anak-anak yang baik soleh dan solehah.” Nasihat nenek. Aleesa menganggukkan kepalanya. Begitu juga Zaril.

Nenek memandang sayu pada mereka berdua. Sungguh mereka cucu yang baik walaupun bukan cucu kandungnya. Keluarga kandungnya pun dia tak tahu ke mana. Mudah berbelas tahu tidak kelihatan.



Yana duduk keletihan di kerusi yang tersedia didalam restoran itu. Habis satu pusat membeli belah ini di jelajah. Dengan barang yang berada ditangannya ini banyak sangat. Tak tahu apa mimpi Daiyyan tiba-tiba nak pergi shopping. Sekali shopping barang kahwin katanyam tapi dia pun tak tahu bilalah mereka akan kahwin. Dia ada tanya Daiyyan tapi Daiyyan tak nak beritahu langsung.

Dia memandang Daiyyan yang lagak seperti biasa sambil bermain telefon. Tak letih ke dia?

“Awak.” Panggil Yana keletihan. Daiyyan memandang Yana. Terus dia menutup telefonya dan memandang Yana.

“Kenapa?” Tanya Daiyyan.

“Awak tak letih ke. Saya tengok awak okey saja macam tak ada hilang tenaga saja.” Kata Yana pelik.

Daiyyan tersenyum. “Memang tak letih sebab dah biasa.”  Jawab Daiyyan.

Yana tercengang. Kaki shooping ke lelaki ini?

“Awak memang suka shooping ke?” Tanya Yana tak percaya. Daiyyan menggelengkan kepalanya tanda tidak.

“Habis itu?” Tanya Yana yang makin pelik.

“Yana Aleesa itu kaki shopping jadi aku inilah selalu ikut dia pergi shooping. Kalau bukan aku kembar dialah.” Kata Daiyyan. Ya Aleesa sangatlah kaki shopping ye. Sampai dia kadang-kadang pun lari diri daripada Aleesa.

Yana menganggukkan kepalanya faham. Tipikal orang kaya biasalah.

“Kau haus?” Tanya Daiyyan. Yana menganggukkan kepalanya.

“Kejap aku oder. Kau nak makan sekali tak?”  Yana menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Daiyyan yang faham terus bangun dan memesan minuman.

Yana memerhati beg kertas yang ada dilantai. Semua ini pakaian yang akan dipakai untuk sweet memories selama 1 minggu. Setiap hari ada warna yang telah ditetapkan.

Dia ketawa kecil. Boleh dikatakan sweet juga Daiyyan  sebab bagi idea guna baju couple untuk

Sedang Yana menunggu dia ternampak sosok tubub eorang lelaki yang dia kenali memandang tepat ke arahnya.Dia memerhati dengan lebih jelas.

“Macam pernah nampak. Tapi siapa?” Kata Yana seorang diri. Matanya tidak lekang dari memandnag lelaki itu.

“Nah.” Kata Daiyyan sambil menghulurkan minuman itu pada Yana. Yana terkejut terus berpaling ke adah Daiyyan.

“Awak rupanya.” Kata Yana mengurut dadanya. Daiyyan mengerut dahinya memandang Yana. Dah kenapa budak itu terkejut semacam.

“Kau pahal?” Tanya Daiyyan yang sudah duduk ditempatnya tadi.

“Tak… adahal.” Kata Yana sambil tersenyum. Dia terus menghirup minuman yang diberi oleh Daiyyan tadi. Fikirannya masih melayang. Dia betul-betul macam pernah nampak lelaki itu tapi dimana?

Daiyyan Aiyana (ON GOING)Where stories live. Discover now