bab 22

273 19 2
                                    

"Kau tak sepatutnya biarkan Yana rapat dengan Aleesa. Kau pun tahu akibatnya kalau Yana rapat dengan Aleesa. Sesiapa yang rapat dengan kauorang akan menjadi sasaran oleh musuh kauorang semua." Ucap Rayyan pada Daiyyan dengan nada yang tenang. Dia malas nak bergaduh. Dia lebih ke arah memikirkan keadaan Yana. Gadis itu tak sepatutnya masuk dalam dunia mereka. Gadis itu tidak layak.



Semua mata memandang Rayyan kecuali Daiyyan. Daiyyan memikirkan apa yang Rayyan katakan itu. Ada betulnya. Yana tak sepatutnya berkawan dengan Aleesa. Yana tak sepatutnya rapat dengan mereka. Dia tidak bersalah langsung. Musuh-musuhnya menjadikan Yana sebagai sasaran mereka.

Dulu sebelum Yana. Aleesa juga pernah ada seorang kawan perempuan. Tapi hanya berlaku selama seminggu apabila kawan Aleesa itu menjadi sasaran sama seperti Yana kena. Tapi nasib baik mereka dapat selamatkan kawan Aleesa itu.

Daiyyan memandamg Aleesa yang duduk memangku kepala Yana itu. Dia cuba mahu Aleesa bahagia saja. Dia sedar dia terlalu mengongkong Aleesa sampaikan Aleesa langsung tak ada kawan. Tapi perkara macam ini dia tak mahu. Orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa. Dia cuma tidak mahu ada nyawa orang yang tidak bersalah menjadi permainan.



"Kenapa biarakn Yana rapat dengan Aleesa?" Tanya Rayyan lalu duduk dihadapan Daiyyan. Daiyyan diam tanpa membalas. Cuma membalas pandangan mata Rayyan.


"Aleesa yang nak. Aleesa yang paksa abang untuk terima Yana jadi sahabt Aleesa." Jawab Aleesa yang dari tadi diam. Dia mengusap-usap perlahankan kepala Yana. 'Yana maafkan Aleesa. Kerana Aleesa Yana jadi mangsa.' Monolog nya dalam hati.


"Tapi Aleesa tahukan akibatnya kalau Aleesa buat macam itu" Kata Rayyan agak tidak puas hati.


"Tapi sampai bila? Sampai bila Aleesa nak hidup macam ini. Tanpa kawan. Tanpa teman. Aleesa nak hidup yang normal macam orang lain. Lagipun bukannya semua musuh tahu yang Aleesa adik kepada Abang. Kecuali yang sudah lama kenal abang." Balas Aleesa tidak puas hati. Ye dia tahu akibatnya. Tapi tak salahkan untuk kali ini kita pertahan Yana. Kita lindungi Yana tanpa menyuruh dia menghilang diri seperti Jasmine dulu. Ye nama kawan perempuannya dulu Jasmine. Entah ke manalah Jasmine sekarang. Lagipun identiti dikawal ketat. Mustahil ada musuh baru yang mengenalinya.



"Dan kau kenapa biarkan saya Aleesa buat macam itu? Kau nak biarkan Yana menjadi mangsa seterusnya?" Tanya Rayyan pada Daiyyan.



"Aku buat demi Aleesa." Ucap Daiyyan perlahan. Rayyan tersenyum sinis. Demi Aleesa? Sejak bila lelaki dihadapannya ini bodoh? Dia tak faham macam mana Daiyyan boleh fikir keputusan Aleesa itu baik sedangkan Daiyyan jenis yang pek terhadap semua perkara.



"Jangan jadikan Yana mangsa." Ucap Rayyan lalu bangun dan duduk ditempatnya yang asal.



Daiyyan tiba-tiba sedar sesuatu. Ini bukan urusan Rayyan kenapa Rayyan nak sibuk-sibuk masuk campur urusan dia?


"Non for you business. Tak payah masuk campur untuk nasihat aku." Kata Daiyyan tegas. Rayyan terdiam. Ye bukan urusan dia kenapa dia nak masuk campur? Kenapa dia yang terlebih emosi sedangkan dia langsung tak ada kena mengena.


Rayyan terus memandang Yana yang baring berbantalkan paha Aleesa. Mungkin sebab dia sudah berminggu-minggu siasat tentang Yana membuatkan dia rasa nak ambil berat tentang Yana. Entah dia jatuh kasihan pada gadis itu. Kerana kebodohan orang lain dia jadi sasaran musuh.



"Macam mana orang itu kenal Yana? Betul juga Aleesa cakap. Tak rami yang tahu Aleesa adik Daiyyan?" Tanya Ash pelik. Yes dia yang dari tadi cuba memproses apa yang Aleesa katakan. Tiada siapa yang mengenali Aleesa tapi kena mereka boleh jadikan Yana sebagai sasaran. Hanya musuh-musuh Rayyan uang pernah rapat dengan mereka saja mengenali Aleesa. Tapi mereka semua itu sudah berdamai dengan cara yang aman.

Daiyyan Aiyana (ON GOING)Where stories live. Discover now