Jalan Terus🕊

42 1 0
                                    

Kau tahu langkah kau makin hari makin lemah. Tapi kau tetap pilih terus berjalan, jalan dan akan terus berjalan hinggalah waktu sendiri yang akan berhentikan setiap langkah yang kau jalani pada setiap hari.

Setiap perjalanan yang kau tuju
Tak terhenti kerana bicara palsu
Tak tergugah kerana perlakuan menipu
Tapi terhentinya kerana Allah Yang Satu.

Bahawa nafasmu adalah milik-Nya
Setiap pergerakanmu adalah kerana-Nya
Bukan kerana kekuatanmu semata.

Allah Al-Wakil
DIA-lah Yang Memelihara penciptaan alam semesta.

Allah Yang Memelihara makhluk-Nya baik dalam penciptaan mahupun pertolongan.

Allah Maha Memelihara orang-orang yang beriman. Orang yang menyerahkan urusan pada Allah sebelum berbuat sesuatu.

Orang yang memohon pada Allah ketika berbuat sesuatu. Kemudian mereka memuji Allah dengan rasa syukur atas taufik-Nya.

Orang yang redha pada Allah dengan apa yang ditakdirkan-Nya.

Kerana apabila tiba waktunya,
Kau pasti akan bertemu Allah Taala.

Tidak cepat sesaat,
Tidak juga lambat sesaat.

Kerana setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian dan saat itulah langkah kau akan terhenti seperti yang dijanjikan Tuhan.

Hanya saja saat ini,
Kau harus tetap berjalan meniti hari,
Kerana setiap saat berlalu pergi,
Tanpa kau sedari.🕊

#akakcinderella

Riwayat HatiWhere stories live. Discover now