JIWA KACAU

213 0 0
                                    

"Wahh.. sedapnya lauk malam ni ibu..kenapa susah-susah masak semua ni. Kesian ibu letih kerja, balik masak lagi." Orked memeluk bahu Datin Faridah dari tepi. Mereka menghidang makanan bersama.

"Tak da susahnya pun Orked. Anak ibu balik kan takkan ibu tak sambut. Tu lah tadi ibu nak ambil tak nak. Kan da penat  kena cari teksi pula." Datin Faridah duduk menceduk nasi ke dalam pinggan manakala Orked menuamg air oren ke dalam gelas.

"Orked tak na la susahkan ibu lagi. Dah banyak ibu tolong Orked tau. Terima kasih ibu". Orked mula mengambil lauk ketam masak cili api di sudu ke dalam pinggan.

"Kan ibu da cakap jangan cakap macam tu. Ibu ikhlas buat semua untuk Orked. Ingat lepas ni jangan buat macam tu lagi. Tak payah mak malu² dengan ibu. Nak apa mintak aje. Orked pun anak ibu juga. Dah makan cepat nanti sejuk tak sedap pula." Mereka makan sambil berbual bermacam² topik.

***

Orked duduk di ruang tamu sambil menonton tv drama turkey kegemarannya. Sunyi rumah hanya tinggal dia dan Datin Faridah. Abang Id kata ibu outstation ke johor. Selesai kerja nanti dia terus balik ke sini tapi tak tau bila. Mungkin minggu depan kata ibu.

Yang seketul lagi tu malas nak ambik tau. Kata ibu ikram pun sama ada hal yg perlu di settle di tapak projek di perak. Tapi kan dia buat apa kat pangkor minggu lepas.

Cepat-cepat Orked menggeleng kepala menghapuskan kenangan di pangkor. Ikram memang pervert! Mendongkol hati Orked geram dengan peel seketul Ikram. Sangat tidak semenggah. Di sapu² bibir Orked bila teringat. Huh..

Orked menarik selimut yang di bawa turun ke ruang tamu tadi menyelimut badan yang mula terasa sejuk. Dia menyelesakan baringan di sofa. Cari feel semula nak layan drama.

Datin Faridah turun setelah selesai menunaikan solat isyak dan menyertai Orked menonton tv.

"Orked cuti berapa hari ni? Ada plan nak ke mana² tak esok?". Datin Faridah memula bicara. Sambil mengunyah buah apple yang di potong Otked tadi.

"Cuti 4 hari ibu, cuti umum 2 hari. Tak da ke mana², kenapa ibu? Ada nak Orked tolong apa-apa ke?" Orked mendongak melihat Datin Faridah yang macam sedap plak makan apple tu.

"Jom ikut ibu esok. Ibu ada majlis makan-makan esok kat rumah kawan ibu. Hari ulang tahun perkahwinan". Datin Faridah berkira² mahu keluar membeli hadiah dahulu sebelum ke sana esok.

" Ok ibu." Orked sebenarnya jarang nak ke majlis keramaian macam tu. Malasnya setinggi everest. Tapi tak da la pulak sampai kera sumbang.

"Kalau macam tu ibu naik tidur dulu lah, esok kita keluar cari hadiah. Orked jangan tidur lewat sangat tau. Mata panda pulak nanti." Datin Faridah mencium dahi Orked sebelum naik ke atas.

"Aii aii cip.Good night ibu". Tabik orked mengusik ibu angkatnya. Terasa diri di sayangi.

Rindu mama papa!

Entah bila Orked terlelap. Terjaga bila sejuk mencengkam kulit. Macam biasa selimut selalu terbang entah ke mana. Dentuman guruh dan kilat menggerunkan dirinya yang memang penakut. Airmata mula bergenang.

Orked mencapai remote tv dan menutup tv dan sepantas kilat lari naik ke bilik ibunya. Melompat dia naik katil Datin Faridah. Terus berselubung dalam selimut sambil memeluk ibunya. Datin Faridah yang terkejut mulanya membalas pelukan Orked sambil membelai rambutnya. Kedua mereka lelap kembali.

****

Pagi hening yang suam-suam sejuk itu sangat membuai diri seorang Orked tidur lena. Selesa bila suhu badan seseorang yang suam memeluknya.

Orked terjaga pagi itu dengan perasaan lega kerana ibu masih di sisinya tidur seperti semalam memeluknya. Orked berpusing membalas pelukan ibu angkatnya. Macam nak terkeluar jantung Orked terkejut melihat bukan ibu tapi alien sesat berada di sebelahnya dan tangan masih memeluk tubuhnya malah di tarik tubuhnya semakin merapat.

C.H.E.N.T.AWhere stories live. Discover now