Holiday

380 1 0
                                    

Selesai kuliah hari itu Orked bersama rakan-rakannya terus menuju ke gerai makan. Perut berkeroncong hebat macam suara freddie mercury menjerit dah. Mereka berempat melilau mencari meja kosong, setelah mendapat meja Orked menyuruh Erni dan Azi duduk menjaga meja dahulu sementara dia dan Natalie mengambil makanan. 

"Beb, korang balik tak minggu ni?." Erni bersuara memecah kekusyukkan masa makan mereka. Lapar betul gaya tu. Macam tak makan seminggu gayanya. Padah bangun lewat pagi tadi,mereka semua hanya sempat minum nestum alas perut. Itu pun Natalie yang sediakan.

"Tak tau." Orked menjawab terlebih dahulu. "Aku rasa aku tak balik kot". Azi ,mencelah kemudian. "Jom kita p pangkor nak tak? Dah sem akhir ni jom la melawat kawasan nak tak?" sambung Azi lagi.

"Aku setuju. Boleh release tension and ushar pakwe sado mandi pantai." Natalie mula bersinar matanya membayangkan jejaka idaman malayanya. "Itu je lah keje kau Nat. Pakwe kacuk kau si jerami tu kau nak campak mana? Ujar Erni. 

"Amboi kau, jeremy aku tetap di hati. Cuci mata je pun. Kata aku kau pun sama je jgk mata miang".

"Eh sudah lah, bising tau. Jadi ke tak ni?" Sampuk Azi. Kepala dia dah berkira macam-macam benda nak di buat di sana. "Jadi!" Serentak mereka bertiga menjawab. Azi tersenyum puas. keputusan yang bijak.

   🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

"Wuhhuuuuu sampai jugak akhirnya." Azi menggawangkan tangannya ke atas dan mendepa kemudian menghirup udara laut di tepi jeti itu. "Mari kita enjoy!"

Setelah berhigh five mereka menapak menuju ke arah teksi pink yang berupa van di situ. Destinasi seterusnya di tuju. check in chalet sahaja yang sudah di tempah oleh Azi awal-awal lagi. Mereka menyewa kereta sekali untuk bersiar-siar nanti.

Masing-masing merebahkan badan di atas tilam empuk sebaik sampai. " Aku nak lelap kejap, nanti kejut aku tau" Orked bersuara.Lenguh pula terasa badannya. Tiba-tiba handphonenya berbunyi. dia meraba poket seluar belakang mangambil handphonenya. Salam di beri bila melihat gerangan pemanggil. Senyuman terukir sendiri.

"Ya ibu , nanti Orked balik ya. Orked pun rindukan ibu jugak. Take care ibu. Assalamualaikum bu". Dia memandang handphone di tangan. Rindu mama abah! Selalu tiap hari dia akan menelifon mereka. Tapi sekarang dah tiada rutin itu. Sedih bertandang di kelopak mata. 'Aku mesti kuat'.

Dia memejamkan matanya,terlelap terus..

Petang itu mereka berempat mandi pantai dengan girangnya. Orked macam selalu bila melibatkan air dia hanya berada di gigi air tempat yang cetek sahaja. Takut kena tarik ombak nanti lemas macam dulu. Dia tak pandai berenang.

Selesai mandi mereka pulang ke chalet semula. Kemudian keluar menaiki kereta sewa meneroka pulau pangkor. Mini tembok besar china mereka singgah untuk bergambar. Cute sahaja replika itu. Ikan sebesar dan sepanjang manusia juga terdapat di dalam kolam di situ.

Mereka seterusnya ke persisiran pantai untuk bergambar. Cadangan mereka esok akan menyewa bot untuk ke pulau kecil untuk snorkeling dan membuat aktiviti air yang lain.

"Lapar lah, jom makan nak tak?" Azi bersuara dari tempat duduk belakang kereta. Mereka sudah habis mengelilingi pulau kecil itu.

"Haah aku pun lapar ni. Kita nak terus makan ke nak balik chalet dulu?" Natalie mengiakan kata Azi.Perut dia memang sudah lapar tahap kronik dah. 

"Kita balik chalet dulu lah mandi. Lepas solat maghrib kita keluar. Amacam setuju tak?" Orked memberi cadangan. " Ok,setuju!" jawab mereka bertiga serentak.


                                     ********************

Mereka berempat menuju ke restoran makanan laut yang terkenal di pulau itu. Kereta yang di pandu oleh Orked di parkir elok di hujung sekali. Agak gelap, tetapi samar-samar cahaya lampu membantu pergerakkan mereka. Nampaknya parking kereta penuh menandakan orang ramai malam ini.

Mereka duduk sahaja dimeja kosong di tepi laut memandangkan sudah tiada pilihan lain. View cantik. "Korang nak makan apa?" Tanya Erni sambil mata melilau melihat restoran yang penuh dengan pelanggan yang sedang menjamu selera. "Ikan bakar dan sotong celup tepung wajib eh." Sambung Erni sambil tersengih.

"Bereh. Aku pun nak yang tu jugak. Tomyam seafood tau. Ko Orked pegi la pilih ikan dengan Nat eh. Aku ada keje ni." Azi menyampuk, tangan dan matanya berada di i-phone xs miliknya.

"Keje la sangat ko tu. Instagram tak pun nak up status le tu.Macam aku tak tau." Natalie menjeling Azi yang tidak memperdulikan perlian tersebut. 

Orked bangun menuju ke arah pelayan restoran. Dia mengikuti pelayan tersebut ke tempat ikan. Natalie mengikutnya dari belakang. Mereka memilih ikan yang sederhana besar sahaja. ketam udang dan sotong jugak turut di pilih. Dalam sibuk memilih makanan laut yang segar di situ ada suara menegur Orked. 

"Hi gemuk makan banyak nampak" Tegur suara itu berbisik di telinga Orked dari arah belakang. Orked yang terkejut terus berpaling ke belakang secara drastik. Mujur saja dia tidak melatah.

Terkejut melihat Ikram di hadapannya sekarang, dia lantas berpusing menarik tangan Natalie ke tempat mereka tadi. Natalie yang tidak perasan kejadian itu beriak biasa dan mengikut sahaja.

'Lama betul tak balik, kat sini kau ye'. Bisik Ikram sendiri.

C.H.E.N.T.AWhere stories live. Discover now