Kepulangan

275 1 0
                                    

Orked sibuk mencari tiket basnya di dalam beg yang di sandangnya. Habis di geledah beg tersebut dgn mulut terkumat kamit sambil kaki menapak tanpa henti ke perhentian bas.
'Dah ke mana pulak tiket ni. Time-time macam ni la plak nk ajak bergurau pun. Serius tak kelakar duhh'. Bebel Orked seorang diri.

Dalam keadaan tergesa-gesa kaki melangkah sambil mata letak di lutut Orked terlanggar seseorang yang menyebabkan mereka jatuh bagaikan nangka busuk di laluan kaunter tiket bas itu. Lebih menambahkan inci tebal kemerahan muka Orked apabila dia berada di atas seseorang itu dan isi beg terburai berselerakkan di atas lantai. Seseorang  itu pula adalah kaum berlainan jantina. malapetaka apakah ini. Nasib la badan.

Sepantas kilat Orked bangun mendapatkan barang-barangnya yang berterabur sambil mulut meminta maaf kepada sang empunya badan yang di langgarnya tadi tanpa memandang. Malu gila!

Sang jejaka pula turut sama mengutip barang-barang si gadis. Si gadis mengangkat wajah apabila sama-sama memegang tuala wanita miliknya. Malunya bukan kepalang lagi. Cepat-cepat di tarik barang itu dan memasukkanya ke dalam sling begnya lantas berdiri.

"Err.saya mintak maaf skali lagi terlanggar awak dan terima kasih tolong saya tadi" Orked menekur ke lantai takut jika di marahi lelaki itu. Orang ramai yang berada di situ hanya membuat hal masing-masing.

"Err.. tak pe saya maafkan. Saya pun minta maaf juga tak perasan awak tadi. awak ok ke? ada cedera kat mana-mana?" Sang jejaka kelihatan prihatin.

"Saya ok, tak de pape luka. Saya nak cepat ni, maaf ya." Segera Orked meninggalkan lelaki itu sepantas kilat. Malunya bukan kepalang. Dalam pada berjalan meredah manusia yang sesak Orked meraba poket seluar belakang jeansnya dan " Ooohh yeahh sini kau duduk tak menyahut aku cari. Dasar tiket kertas!". Orked terus melangkah ke platform 2 untuk menaiki bas setelah membelek jam di pergelangan tangannya, sebentar lagi bas akan bergerak. cepat-cepat Orked menghulurkan tiket bas kepada pemandu bas. setelah itu dia naik ke tingkat atas bas dua tingkat tersebut mencari seatnya. haruslah single seat yang di belinya. Tak suka double seat nanti tah siapa-siapa aje yang duduk dengannya nanti. Dia serik.

Orked melabuhkan punggung di kerusi bas dan membetulkan aircond di atas kepala, tak nak direct atas kepala sejuk oii. Pemandu bas ekspress indah konsortium itu mengumumkan akan bergerak ke destinasi iaitu terminal bas bersepadu Kuala Lumpur. Maka aktiviti membuat tahi mata oleh Orked bermula. Dia memakai headphone di kepala dan mula melayan lagu dari ipodnya sehingga terlelap.

4 jam kemudian...

Terasa bahunya di tepuk perlahan, Orked membuka mata sambil menggosok kedua belah mata. "Dah sampai TBS, awak turun di sini ke?"

Orked menenyeh mata dan bangun membetulkan duduknya sambil mata melihat ke luar tingkap.

"TBS ke ni". Kepala tengah setting bagi betul. Dia amati tulisan besar yang tertera. Ya benar dia sudah sampai.

Orked melihat sekilas ke arah lelaki yang mengejutkannya tadi. Malu lagi tah berapa lama orang tu tengok dia buat tahi mata. Orked mencapai beg di sebelah kakinya lalu bangun.

"Dah berapa lama awak dekat situ tgk saya tido? Apa pun terima kasih kejutkan saya" Orked menggalas beg dan menuruni tangga bas. Sang jejaka membuntuti langkah dari belakang.

Tak sangka mereka satu destinasi. Sang jejaka beriringan jalan menyaingi Seketul Orked yang langkahnya laju. 'Laju betul dia ni jalan' Getus hati kecil sang jejaka.

"Awak nama siapa? Saya Shah. Salam perkenalan." Sang jejaka memperkenalkan diri.

Orked menoleh sebelah kanannya melihat lelaki yang dari tadi asyik mengekorinya. Eh atau sebetulnya destinasi yang sama. Terlihat senyuman manis Sang jejaka. Orked kekok. Dia tak biasa sejujurnya. Dia tiada kawan lelaki  kerana sejak di bangku sekolah lagi hanya di kelilingi kawan perempuan. Hanya anak-anak Datin Faridah dan boyfriend kawan-kawannya sahaja dia tahu selain lecturer.

"Err..hai saya Orked." Orked melambai tangan sekali sambil sedekahkan senyuman segaris. Diam. Kaku. Janggal.

Unik dan klasik . Orked!
"Awak terus balik rumah ke? Rumah awak kat mana?" Mereka kini di depan mesin token MRT.

"Saya terus balik rumah. Oh ya, terima kasih n sorry untuk tadi. Saya gerak dulu". Bye awak." Orked segera meloloskan diri masuk ke dalam train.

Mujur sahaja tepat pada waktunya dia ingin melarikan diri dari lelaki itu. Tah sapa-sapa je tak kenal terus ajak berkenalan hanya kerana terlanggar dan naik 1 bas yang sama. Kebetulan je kot. Orked rimas. Ni semua kawan-kawannya punya pasal kalau tak, tak danya dia seorang diri hari ni. 3 ketul tu ikut boyfriend memasing balik bersama. Aku kena tinggal sorang². Huhu..

Orked terus ke rumah arwah orang tuanya terlebih dahulu. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah yang penuh dengan kenangan manis bersama Setelah salam di beri.

Langkah di bawa ke tingkat atas ke bilik kedua ibu bapanya dahulu. Setelah puas melihat dari muka pintu bilik dia menutup pintu dan menuju ke biliknya sendiri. Bilik bersih. Amanah buat orang upahan yang tolong menjaga rumah itu.

Orked baring selesa di atas tilam miliknya. Nak buat apa lepas ni ya. Dalam berfikir dia terlelap.

***

Dering handfon milik Orked menyedarkan dia dari mimpi indah. Mimpi bertemu dengan ibu bapanya. Bingit telefon berdering Orked mencapai dan terus meleret ke tepi butang hijau tanpa melihat nama pemanggil.

"Assalamualaikum Orked. Sayang ibu dah sampai KL belum ni?". Suara lembut ibu angkatnya menyapa lembut ke telinganya. Orked tersedar dari mamai.

"Waalaikumsalam ibu. Aah ya ibu Orked dah sampai ni". Orked bangun dari pembaringan dan berjalan ke jendela. 'Mak ai da petang bebeno nih..'

"Nak ibu ambilkan Orked dekat TBS ke? Orked tunggu sana ya ibu datang ambik."

"Eh ibu. Sorry Orked dah kat rumah Orked. Tadi terus ke sini dulu. Lupa nak bagitau ibu. Sorry." Orked menggaru kepala. Macam mana boleh lupa. Dia menepuk dahi sendiri.

"La ye ke. Ibu ambik Orked kat sana lah kalau macam tu. Orked tunggu ibu kat sana." Datin Faridah berura-ura mahu terus balik rumah setelah ambil Orked nanti. Kerja di butik sudah beres. Dia mahu menyediakan makan malam istimewa untuk anak perempuannya itu.

"Err ibu.. Jangan susah-susah. Orked boleh balik sendiri. Orked nak bawa kereta mama sekali, lama tak jalan. Nanti Orked terus ke sana ya." Orked keluar bilik turun ke bawah.

"Betul ni? Balik cepat tau. Ibu rindu betul ni. 2 bulan lebih dah tak jumpa anak ibu ni. Ibu masak special untuk anak ibu malam ni. Balik cepat tau." Datin Faridah rindu betul dengan Orked. 

"Ya baik ibu. Orked dah nak gerak ni. Assalamualaikum".

"Waalaikumsalam. Hati-hati drive".  Sempat di titip pesanan buat Orked.

Orked menghidupkan enjin kereta, tetapi tidak berjaya.' Ni mesti bateri kong dah ni. Adui la, time² gini nak jadi pun. Tadi jual mahal sangat dengan ibu. Nasib betul la hari ni, dari perak sampai ke sini ada je benda tak kena.'

Orked mengambil keputusan untuk menaiki teksi sahaja balik ke rumah ibu angkatnya. Dia tidak mahu menyusahkan Datin Faridah untuk mengambilnya. Biar sahaja dia berdikari.






C.H.E.N.T.AWhere stories live. Discover now