Aku

4K 37 16
                                    

Aku duduk berteleku di kubikelku. Masih proses menenangkan diri. Masih cuba mewaraskan fikiran. Terasa cuti yang diambil hanya berlalu pergi tanpa ada proses pemulihan.

'Mia, kau ok?' tegur teman sekerja sambil menepuk bahuku. Entah bila dia muncul. Aku hanya mengangguk kecil.

'Lunch dengan aku hari ni, aku belanja'

'Eh takpayah la, aku malas keluar' aku cuba memberi alasan.

'Ok, no problem' dia terus berlalu pergi. Aku menghela nafas. Rimas juga bila tiba-tiba ada yang memberi perhatian.

Waktu lunch aku hanya membelek telefon, gambarku dan Ika di bridal house ditatapi. Aku melepaskan nafas berat.

Mesej Ika aku belek, aku jawab acuh tidak acuh sahaja. Tidak mahu memberi harapan pada Ika. Cukuplah mereka bahagia bersama.

Mesej Wani terakhir memohon maaf atas sikapnya pada hari kenduri. Aku membalas menerima kata maafnya dan terus masukkan nombornya dalam senarai nombor yang di block.

Yumi, nah.. Aku tahu dia tak pernah menyimpan perasaan kepadaku. Aku juga begitu. Cuma kehadirannya sekali sekala aku rasa perlu juga. Entah kenapa.

Tap. Aku matikan skrin telefon. Bangun ke pantri, niat membancuh kopi sebagai alas perut untuk tengahari, masih belum ada selera untuk makan.

'Ha, sini pun kau, kopi je? Nah aku belikan burger untuk kau. Meh makan' muncul lagi dia dengan tiba-tiba.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal, menyambut bungkusan yang dihulur dan turut duduk di meja bersama.

'Terima kasih' sambil membuka makanan dan cuba menjamahnya.

'Beb, sabtu nanti kita main bowling nak?' tiba-tiba dia bersuara.

'Taknak la, malas' aku menolak.

'Ala kau ni, jom la temankan aku'

'Lan, aku ni tak pernah bersosial, kang kau yang rasa keluar dengan hantu. Kau ajak je kawan-kawan lain. Anyway thanks belanja aku hari ni' aku menghabiskan sisipan kopi, burger masih berbaki kubalut semula dan bergerak ke kubikelku semula.

Lan membontotiku, pelik, tak pernah perangainya begini. Aku pusing ke arahnya.

'Lan, kau dah kenapa?' aku tinggikan suara.

'Ok macam ni Mia, aku ada masalah. Nak bincang dengan kau' Lan serba salah.

'Aku takde masalah dengan kau, rasanya takde benda nak bincang' aku kerut dahi.

'Ok macam ni, kau bagi aku 2 minit untuk terangkan, lepas tu kau nak cakap apa pun takpe' Lan masih sibuk ingin berbual. Aku hanya memberi isyarat 2 jari, dan menunjukkan jam tanganku.

'Mak aku suruh aku kahwin dan aku nak ajak kau kahwin' terbeliak mataku mendengar kenyataan Lan. Baru aku membuka mulut untuk bersuara. Lan memberi isyarat 2 jari memberitahu dia masih ada masa untuk bercakap.

'Aku tahu kau terkejut, aku nak kahwin dengan kau, sebab kau dengan aku sama sahaja. Aku tak straight dan aku tahu kau pun sama. Jadi untuk menyelamatkan keadaan kita aku rasa ada baiknya kita kahwin. Kau setuju?' Lan memandangku meminta jawapan.

'Lan, dalam banyak-banyak perempuan yang ada dalam office ni, kenapa aku jugak kau nak kahwin? Kau jangan merepek Lan'

'Macam aku kata tadi, aku tak straight Mia, aku tahu kau pun sama'

'Aik, suka hati kau je tuduh aku. Dah kalau kau tak straight, tak payah la menyusahkan diri kahwin'

'Itu la masalahnya, mak aku kata dia nak kahwinkan aku. Kau tak kesian ke kat perempuan tu, aku tak mampu nak bersama dia'

'Habis? Dengan aku, kau tak kesian ke? Apsal aku nak perjudikan hidup aku nak kahwin dengan kau. Idea kau mengarut Lan. Dah Lan, kau cari orang lain. Aku boleh hidup sendiri yang takde siapa pun paksa aku kahwin. Full stop! Dah aku taknak sambung lagi perbincangan ni. Kau balik tempat kau, kalau tak, diorang balik nanti aku announce satu pejabat kata kau gay' ugutku rimas dengan rancangan mengarut tersebut.

Lan membeliakkan matanya, marah dengan ugutan dariku, namun tiada kata-kata yang dilontarkan. Lan hanya berlalu pergi.

Aku terus ke kubikelku, memeriksa kerja-kerja yang tertangguh tadi. Masih rasa mengarut dengan cadangan Lan tadi.

----

'Tahniah Lan, tahniah Mia' ucapan silih berganti tetamu yang hadir.

Majlis ringkas perkahwinan aku dan Lan berlangsung dengan damai. Malam di rumahnya aku berbasa-basi dengan keluarga mertuaku. Kedatanganku dalam keluarga mereka amat diraikan.

Habis upacara membuka hadiah. Kami masuk ke bilik pengantin. Aku menarik nafas sedalam mungkin.

'Lan, perjanjian tetap perjanjian kan?' debar hatiku.

Lan mengangguk laju, sambil jari telunjuknya di bibir meminta aku perlahankan suara.

'Habis, kau tidur bawah, aku tidur sini la?' sambil nada berbisik.

Lan menggeleng.

'Kau dengan aku tidur sini. Beb, aku janji tak sentuh kau!' jarinya masih di bibir.

Aku memandang Lan di sebelahku yang telah lena di ulit mimpi. Aku juga yang masih belum mampu melelapkan mata.

Aku mengeluh, terasa menyesal dengan persetujuanku pada rancangan gila ini. Atau adakah aku sedang bermimpi?

Teman Rumah, Teman Bilik, Teman KatilWhere stories live. Discover now