BAB 2

1.6K 142 16
                                    

Masa Kini - Kuala Lumpur, Malaysia

MH'DA PENTHOUSE CONDO-VILLA

KRING!
KRING!

"Aduh!  Auch!  Argh... sakit!"

"Hah!  Hello.  Waalaikummussalam.  Aduh kau ni Farouk!  Kau punya incoming call sampai aku tergolek bawah katil la..."

Maya Harlisya yang masih lagi dalam keadaan separa mamai cuba memberi fokus kepada setiap butir percakapan Farouk Hazami di hujung talian.

"Kau saja la wakilkan aku jumpa client tu ucap terima kasih.  Aku masih mengantuk lagi ni.  Siapkan 40 biji kek punya pasal sebelum subuh.  Sampai je rumah lepas solat aku terus 'kiok'.  Sekarang pukul sembilan setengah pagi.  Tak sampai dua jam tu aku lelapkan mata."

Bila mana hanya mereka berdua sahaja tanpa pekerja-pekerja May'Nial Cakes & Café Boutique, dua sahabat ini lebih selesa membahasakan diri 'aku dan kau' sesama mereka.

Maya Harlisya menguap seluas-luasnya lalu memperbetulkan rambut Dark Brown ikal mayang separas atas pinggang yang agak kusut-masai itu.

"Fine.  Fine!  Tak habis-habis dengan alasan ayat 'keramat' kau tu.  Sikit-sikit suruh jaga reputasi sebagai seorang usahawan public figure!  Huh!  Bye!"

"Erm... elok juga la si Farouk 'nonok' seorang ni telefon.  Penangan buat kek 40 biji dengan ukiran naga melingkar tengkorak sampai masuk ke dalam mimpi!  Siap bersambung lagi tu buat kek bentuk yang sama... tapi dengan 'seseorang'.  Romantik bukan main!"

"Dasar mimpi mainan syaiton sungguh la!"

Masih lagi dalam keadaan mengumam separa mamai... Maya Harlisya menarik tuala mandi yang tersidai di kayu penyangkut khas yang terletak di satu sudut dan segera menapak menuju ke kamar mandi.





MAY'NIAL CAKES & CAFÉ BOUTIQUE

SEBAIK sahaja Maya Harlisya melangkah keluar dari perut kenderaan pacuan empat roda mewah miliknya... beliau membuka kaca mata hitam lalu bersandar santai sebentar di hadapan kereta sambil berpeluk tubuh.

Sebentuk senyuman penuh bangga terukir tatkala iris matanya mengitari kawasan sekeliling.

Kelihatan begitu gah empat buah bangunan May'nial Cakes & Café Boutique yang diterajuinya di dalam satu kawasan tanah lapang seluas hampir sepuluh ribu ekar!

Satu bangunan khas untuk pelanggan menikmati produk yang dihasilkan.  Satu bangunan khas untuk membuat dan menyiapkan segala tempahan para pelanggan.  Satu bangunan khas sebagai pejabat pengurusan... dan yang paling menjadi tarikan utama, satu bangunan dibina khas untuk diletakkan segala barangan untuk didermakan kepada pihak yang memerlukan.  Bangunan yang tidak putus hampir saban hari dengan pergerakan keluar dan masuk bagi insan-insan yang sangat memerlukan bantuan terutamanya dari segi bantuan stok bekalan makanan asas isi rumah.

Perniagaan yang langsung tidak terfikir dek akal mahu dibangunkan olehnya.  Secara jujurnya... Maya Harlisya bukanlah seorang waninta yang berseni tangannya dalam bidang kulinari dan seangkatan dengannya.

Namun... dengan kehadiran Danial Armand cukup memberi impak yang besar dalam hidupnya.  Anak itu bisa menyalurkan satu semangat yang sangat luar biasa dalam diri untuk kental berjuang dalam meneruskan kehidupan saat dirinya dibuang oleh keluarga sendiri apabila dia berkeras mempertahankan dalam mahu membela anak kecil yang samar asal-usulnya.

Keturunan Dato' Haji Smith Abdullah.  Abah kepada Maya Harlisya.  Begitu mementingkan taraf kehidupan berprofil tinggi demi menjaga reputasinya selaku orang-orang yang tergolong dalam kategori Diplomat.

CIK PUAN MAFIA (LADY OF THE MAFIA BOSS)Where stories live. Discover now