Masa Kini - Kuala Lumpur, Malaysia
MAY'NIAL CAKES & CAFÉ BOUTIQUE
SEPASANG mata tua itu redup melontarkan renungan yang begitu sarat dengan kerinduan. Rindunya seorang ibu yang sudah hampir lima tahun lamanya tidak menatap wajah anak perempuan bongsu kesayangan.
Namun renungan penuh redup itu semakin menampakkan emosi kesayuan tatkala anak ini tidak mengendahkan kedatangan beliau. Begitu sibuk dengan kertas kerja yang berselerakan di atas meja. Ataupun mungkin anak ini hanya berpura-pura sibuk.
"Maya. Anak ibu..."
"Anak ibu?! Wow! It's been a while Datin Maira. Sekarang baru nak sedar ke ada seorang lagi anak daripada keturunan Dato' Haji Smith Abdullah?!" Maya Harlisya yang sedari tadi menyelak helaian kertas hanya menyinis.
"Maya sayang. Maya sendiri tahu kan yang ibu tak pernah buang Maya." Datin Maira cuba meraih telapak tangan anaknya namun hanya keluhan berat mampu terkeluar di hujung bibir tatkala Maya Harlisya menepis kasar tangan tuanya.
"Just straight to the point Datin Maira. Atas urusan apa datang ke mari? Nak tempah kek? Boleh pergi ke bangunan sebelah. This is an office and I have a lot of work to do!"
"Ibu nak anak ibu balik. Ibu nak Maya pulang ke pangkuan keluarga kita dan tolong jangan panggil ibu dengan panggilan Datin Maira. Ibu ni ibu kandung Maya, sayang."
Datin Maira menahan sebak di dada. Betapa beliau sangat rindukan panggilan 'ibu' dari suara gemersik manja Maya Harlisya. Satu-satunya anak perempuan bongsu di dalam keluarga selain daripada mempunyai dua lagi orang abang.
Maya Harlisya menghempas perlahan pen di atas meja kerja. Lalu menyandarkan sedikit kasar tubuhnya pada kerusi kerja beroda sambil berpeluk tubuh.
Sungguh! Maya Harlisya begitu merindui ibunya. Tetapi hati seorang bergelar anak kandung kepada Dato' Haji Smith Abdullah dan Datin Maira ini masih lagi terluka dengan perbuatan abah. Perbuatan yang terpaksa disokong penuh oleh sang ibu yang begitu menghormati abah sebagai seorang ketua keluarga dan juga seorang suami. Membuangnya tanpa belas kasihan! Menyukarkan perjalanan hidup beliau bersama-sama Danial Armand dengan menggunakan pengaruh korporatnya.
Namun... sehebat mana pun pangkat seseorang itu, mana mampu menidakkan takdir yang sudah tertulis sejak dari azali lagi. Kejayaan yang begitu luar biasa beliau kecapi sehingga ke tahap ini sehinggakan Dato' Haji Smith Abdullah sendiri terpaksa mengundurkan diri!
Tiada lagi gangguan daripada abah. Gangguan demi hanya mahu Maya Harlisya tersungkur dan kembali semula ke pangkuan keluarga.
"Baliklah Datin Maira. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Cukup bahagia dengan anak saya, Danial."
"Mana Danial? Ibu rindu dengan cucu ibu tu..."
Berdekah Maya Harlisya melepaskan ketawa. Ritma bunyi dekahan penuh dengan rasa meluat!
"Such a funny and hypocrite statement Datin Maira! Jangan nak buat lawak dekat sini ya. Baliklah. Sebelum Maya panggil sekuriti!"
Begitu kasar bangkitnya Maya Harlisya dari kerusi kerja beroda sehingga berdentum bunyinya menghentam dinding belakang.
Maya Harlisya menjeling tajam pada dua barang yang diletakkan oleh Datin Maira di atas meja kerjanya.
"Hadiah ibu untuk Danial sempena harijadi yang ke-5 tahun..."
"Dan cincin ni... dari Emir. Dia ada datang ke rumah jumpa ibu. Dia mahu sambung semula ikatan pertunangan dengan Maya."
Datin Maira tersenyum sayu lalu menjatuhkan tangan kanannya kembali. Begitu mengharapkan huluran salam seorang ibu disambut dengan kucupan syahdu seorang anak di kekura tangannya.
YOU ARE READING
CIK PUAN MAFIA (LADY OF THE MAFIA BOSS)
RomanceKerana 'kewujudan' itu, MAYA HARLISYA DATO' HAJI SMITH ABDULLAH kehilangan segalanya, dia dibuang keluarga, dipulaukan oleh sahabat malahan juga terputus ikatan pertunangan dengan jejaka yang merupakan cinta pertamanya. Namun, kerana 'kewujudan' itu...