Part 1

0 0 0
                                    

   Rumah yang mewah, tapi menyeramkan, pelbagai kereta di garage. Dia tampak kaya, tetapi rumah tersebut ditengah hutan. Rumah itu dikelilingi dengan pokok yang besar dan tinggi, tidak terkena cahaya matahari jika siang. Namun pada malam hari rumah itu tampak terang sekali. Izacc, Vampir yang berumur 355 tahun tinggal didalam rumah itu sendirian. Dia seorang vampir yang baik, bermaksud tidak membunuh manusia. Dia bekerja di hospital pada malam hari dan selalu mencuri darah dari hospital. Sebab tu lah dia tak bunuh manusia.

   Pada suatu malam, ketika dalam perjalanan pulang dengan membawa kereta Lambhorgini berwarna merah, berhenti kerana traffic light. Ketika orang-orang menyeberang jalan, dia tertumpu dengan seorang perempuan yang, seperti nerd, memakai cermin mata, dress pendek dan berstokin setengah panjang, berjalan menyeberang jalan. Seolah-olah ada satu cahaya yang bersinar diperempuan tersebut.

   Izacc sudah hidup selama 355 tahun, dengan mukanya yang hensem, penampilam yang bagus, ya dia selalu mengencani wanita manusia lain. Hanya sekedar membuang bosan. Tapi dia tidak pernah sekali pun benar-benar jatuh cinta.

   Izacc berasa hairan melihat perempuan tersebut. Lampu hijau, dia memecut menujj rumahnya. Sesampai dirumah, masuk ke rumah dan mengambil sebuat beg hitam, dan mengeluarkan satu beg darah didalam dan menuangkan ke cawan lalu mengambil straw lalu disedut, dia berdiri ditepi tingkap sambil memerhati bulan. Dia merindukan seorang sahabat, dia mengingat kembali semasa mereka bersama. Dan itu ketika dia berumur 120 tahun yang lalu, dia bertemu dengan sahabatnya kecilnya manusia setengah vampir. Seorang perempuan, dia ingat bau sahabatnya itu dan dia ingat bagaimana sahabatnya mati dibunuh oleh vampir yang lain kerana dia setengah manusia. Mereka menyerang dan membakar sahabatnya dengan kejam sekali, didepan matanya. Sehingga sekarang dia tidak lupa perkara itu.

   Lalu dia ingat dengan perempuan yang dia lihat di traffic light tadi, bila ingat-ingat, pertama kali lihat sahabatnya dulu, sahabatnya seperti mengeluarkan cahaya seperti itu, sebenarnya manusia setengah vampir ini lebih kuat dari vampir saja. Sebab itu jika vampir lain melihat manusia setengah vampir mereka akan memburu dan membunuh mereka. Kerana hanya manusia yang kuat sahaja mampu melahirkan anak setengah vampir.

   Keeseokkan harinya, seperti biasa Izacc akan turun kerja pada 5 petang dan akan pulang pukul 12 atau jam 1 pagi. Petang ini dia turun lebih awal jam 4.20 petang. Sekali lagi, dia lalu traffic light yang sama dan melihat perempuan semalam menyeberang jalan dan berjalan di tepi jalan kaki. Lampu hijau, dia jalan dan berhenti di tepi lalu keluar dari kereta menujj perempuan tersebut. "Maaf cik, duit cik jatuh" sapa vampir walaupun sebenarnya itu duit dia sendiri. Perempuan itu mengangkat kepala memandangnya dan mata mereka bertentangan satu sama lain. Dan mata perempuan itu tiba-tiba bercahaya biru. Mengambil duit tersebut dan pergi tanpa ucapkan satu kata. Izacc menahannya dan berkata "Eliana, awak ka itu?" Katanya sambil menahan tangan perempuan tersebut. Perempuan itu terkejut dan memandangnya dengan ketakutan lalu lari dari situ. Izacc yang kehairanan tidak mahu mengejarnya, tambahan ramai orang petang itu. Dia hanya mampu melanjutkan perjalanannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 05, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My VampireWhere stories live. Discover now