💞 EPILOG 💞

1K 67 8
                                    

2 tahun kemudian

Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 2 tahun.

Alhamdulillah berkat doa keluarga aku kini mendapat anak perempuan sekarang umur dia dah cecah 1 tahun 8 bulan.

Tengku Iman Naaifah.

Sekarang ni dia pun dah pandai merangkak dengan laju cuma nak nak berjalan tu masih dalam proses.

"Hubby bangunlah! Dah pukul 9 dah ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hubby bangunlah! Dah pukul 9 dah ni. Ni yang malas ni nak bagi tidur lepas subuh. Lepas subuh tu cubalah bangun.

'Wek wek wek'

"Hurmmm baby ni berleter jaa. Sejak ada anak ni dok popapopa."

"Amboiii cakap tak bertapis langsung. Hurm dah lah bagi Iman dekat sayang." Kataku seraya mengambil Iman yang sedang menangis di dada Ryan itu.

"shshsh. Sayangggg jom kita mandi ye. Abaikan baba tu okey. Meh syini ummi mandikan yee. Malam ni nak pergi pantai pulak." Kataku kepada Iman sambil melambung-lambungkan Iman keatas. Iman ketawa mengekek. Suka apabila dimanjakan.

Ryan yang masih ada di katil itu aku endahkan. Aku lihat dia mencebikkan bibirnya apabila melihat kami berdua. Aku terus tersenyum sinis.

Aku menang kalini.

💗💗💗💗💗💗

"Happy anniversary korang!" Mereka semua tergelak dengan perangai Laila.

Oh baru nak cakap Laila dengan Arlan sekarang sudah mendapat anak lelaki bernama Zayyid Amzar berumur 10 bulan. Ayu dan Erlan pula sekarang dah ada anak 2 HAHAHA. Anak pertama dia perempuan Sumayyah Adilah baru 1 tahun 3 bulan tapi dah dapat adik huhuhu. Anak kedua pula perempuan juga Sumayyah Aflah.

Dan anak-anak Zayn dan arwah Jessica dah masuk 2 tahun dah pun. Anak abang aku dan Arina
pun sudah masuk 3. Anak pertama alhamdulillah dah 3 tahun dan anak kedua dan ketiga berusia 5 bulan. (author main tulis je ehh usia anak dorang. Malas nak fikir😂)

"Tq korang. Ish susah ii je. Dah lah suruh datang sini tetibe kene suprise pulak." Aku Tersipu-sipu malu. Iman di dalam dukungan aku terus memandang kearahku dengan mata berkelip-kelip. Semua disitu tergelak. 

SKIP

"Terima kasih hubby." Kata Nurul Humaira sambil melentokkan kepalanya di bahu kiri Aryan Adrianz. Iman sudah pun tertidur di dakapan Zayn di bawah pokok kelapa. Yang lain masih lagi ada di bawah pokok kelapa itu kecuali mereka ada di gigi pantai.

"Terima kasih untuk apa." Aryan Adrianz bertanya dengan suara garau yang mampu mencairkan para wanita.

"Terima kasih sebab terima sayang dalam hidup hubby walaupun kita ni tak beberapa kenal. Terima kasih sebab jadi suami yang bertanggungjawab. Terima kasih juga sebab buka pintu hati ni untuk sayang." Kata Nurul Humaira sambil memperbetulkan kain purdahnya itu menggunakan tangan kanan. 

"Hati ni hanya untuk baby sahaja." Ujar Aryan Adrianz dengan nada romantik. Tangan kiri Nurul Humaira dia ambil dan letakkan di dada bidangnya yang berlapikkan baju kemeja itu. 

"Oi oi oi. Dah lah tu. Dah pukul 11 ni. Jom masuk bilik." Laung Arlan yang ada di bawah pokok kelapa itu.

"Ish dia ni baru nak bermanja dengan bini." Nurul Humaira yang mendengar rungutan suaminya itu terus tertawa kecil. 

"Dah jom." Aryan Adrianz mencempung badan Nurul Humaira yang kecik molek itu. Nurul Humaira terus terjeri kecil dengan tindakan spontan suaminya itu.

Betullah orang kata tidak semestinya kahwin paksa ini tidak membahagiakan. Kalau nama dia sudah tertulis di luht mahfuz bersama kita maka dialah jodoh kita.

-Nurul Humaira-

Andai kata jodoh kita bersama dia kita tidak boleh menidakkan perkara itu. Larilah jauh mana pun dia tetap jodoh kita.

-Aryan Adrianz-

Jodoh ajal dan maut ditangan Allah. Jika jodohku bersamanya didunia ini hanya disini sahaja, aku redha. Kau tunggu aku disana wahai bidadariku.

-Zayn Arshad-

Bergaduhlah walau macam mana sekalipun. Kalau jodohku bersama engkau kita tidak boleh menidakkannya. 

-Arlan Alexender
& Tengku Laila-

Cinta boleh berputik selepas berkahwin. Indahnya bercinta selepas berkahwin ini. Walaupun kau seperti ais kutub utara dan aku pula pemalu. Aku tahu kita tetap bahagia seperti pasangan yang lain.

-Erlan Alexender
& Ayu Rashikah-

-𝐓𝐀𝐌𝐌𝐀𝐓-

Alhamdulillah selama 4 bulan Fy buat cerita ni. Sekarang sudah pun tamat. Minta maaf jika ada tersalah silap ke ataupun cerita ini tidak memuaskan sebab ini adalah karya Fy yang pertama. Insyaallah akan ada cerita untuk Zayn Arshad. Stay tuned K. 

fify.nurqisya✨
20 June 2021🦄
Sunday📌
3:44 p.m.🌈


𝐌𝐑𝐒 𝐀𝐃𝐑𝐈𝐀𝐍𝐙 Where stories live. Discover now