Terpisat-pisat mataku terbuka melawan cahaya yang menerobos masuk ke dalam kornea. Setelah mata dapat menyesuaikan diri dengan cahaya, barulah aku perasan dengan kehadiran sepasang mata redup sedang merenung ke arahku.
Mata itu penuh dengan bermacam-macam perasaan tetapi yang pasti perasaan yang terpancar bukannya perasaan yang positif.
Bibir pucatku berusaha mengukir senyum walaupun aku tahu seyuman itu sangat buruk.
“Hai,” sapaku sekadar mahu bakal tunang Qasya itu membuka mulut.
“Dah berapa lama?” tanpa membalas sapaanku, soalan lain pula yang terpacul.
“Pardon?”
“Dah berapa lama kau hidap kanser hati ni?!” soalnya lagi dengan suara naik satu oktaf. Kali ini soalannya lebih terperinci.
Sebenarnya aku sudah tahu maksud
soalan itu dari awal lagi dan aku dah bersedia nak hadap situasi ini sebab aku juga tahu cepat atau lambat pasti perkara ini akan sampai ke pengetahuan Naqiuddin juga.“Tiga bulan” jawabku senada.
Aku nampak dia meraup wajahnya. Apabila kepala diangkat menghadapku, aku nampak sepasang mata bulat itu sedang berkaca. Haish! Perkara ini yang aku ingin elakkan.
Aku melarikan pandangan, tak sanggup ingin menatap mata itu.
“Kenapa aku tak tahu?” soal Naqiuddin penuh nada kesal.
“Sebab aku memang tak nak kau tahu,” dengan lemah aku bersuara.
“Sampai bila kau nak rahsiakan bendani dari aku,” air mata yang bertakung dari tadi sudah mula mengalir tanpa diseka. Aku melarikan pandangan. Sumpah aku tak boleh tengok lelaki ini menangis.
“Kalau boleh, aku memang taknak kau tahu langsung pasal ni,”
“Tapi kenapa, Sara?” lirih Naqiuddin bersuara.
“Kali terakhir aku nampak kau sedih waktu atok kau meninggal. Aku taknak kau sedih lagi,” ujarku bersusah payah. Naqiuddin hanya diam mendengar.
“Walaupun sebelah hati aku cakap yang kau takkan menangis sebab aku.
Pentingkah aku sampai kau perlu menangis?” aku tergelak dihujung bicara. Naqiuddin kembali menitiskan air mata.“Kita kawan dari kecil, sekarang kau boleh tanya aku kau penting ke tak dalam hidup aku,” suara Naqiuddin meninggi sedikit.
“Maafkan aku,”
Aku nampak Naqiuddin menggeleng mendengar kata maafku.
“Kita kahwin,” senafas dia menuturkan ayat itu. Gayanya seolah-olah mengajakku lepak mamak. Aku tersenyum kecil sambil menggeleng.
“Kau tahukan yang aku dah nak mati?” tenang aku bersuara tapi tak setenang hati aku sekarang. Aku nampak dia mengepal penumbuk. Aku tak tahu apa yang dia rasa saat ini. Air matanya yang dari tadi tumpah makin lebat mengalir.
“Shh…Your tears hurt me. Kau kena percaya yang tak semua jodoh manusia itu adalah manusia sedangkan kematian itu juga adalah jodoh. Kita selalu lupa perkara tu. Dan…Jodoh aku adalah kematian. Tu takdir hidup aku, untuk takdir tu aku dah redha,” susah payahku menutur ayat itu apabila berasa dadaku kian perit untuk
menarik nafas.Melihatkan mesin pernafasan yang semakin tidak teratur, membuatkan
Naqiuddin menggelabah. Kaki segera diatur keluar untuk mencari doktor bertugas.“Encik, sila tunggu di luar dulu,” pinta jururawat yang turut membantu doktor.
‘Aku harap kau selamat…’
YOU ARE READING
Takdir:Jodoh
RomanceThis is my first story... Cerita ni tentang persahabatan... Baca je laa... Jangan lupa vote tau... In shaa Allah tak mengecewakan...