Air mata yang sedari tadi menitik aku seka. Rasa ada sesuatu yang
menghempap dadaku waktu ini.“Aku pun cintakan kau juga. Maaf sebab sakiti kau. Aku terlambat luahkan perasaan ni. Ni semua salah aku. Maafkan aku,” luahku kesal. Air mata kembali menitis.
“Bukan salah sesiapa. Semua ni takdir. Kau dah lakukan sehabis baik untuk dia. Kau imamkan solat jenazah dia, kau sambut dia dalam liang lahad, kau talkinkan dia dan aku percaya lepasni kau akan selalu doakan. Untung dia dapat sahabat macam kau,” satu suara lembut menyapa pendengaranku.
Aku hampir lupa kepada Qasya
yang Aysara anggap kekasihku, tetapi sebenarnya dia hanya sekadar sepupu aku, masih menungguku di tanah perkuburan itu.Perancanganku untuk menghantar kejutan rombongan meminang Aysara
terpaksa aku batalkan. Kenapa dia tak pernah perasan perasaan aku, ke aku yang terlampau lambat? Huh, entahlah…Menyesal pun dah tak guna, sekarang ni aku hanya mampu doakan yang
terbaik untuk dia. Terima kasih sebab muncul dalam hidup aku…“Selamat tinggal, sayang…”
" Kehidupan bertanya kepada kematian,"kematian, kenapa manusia
menyukaiku tapi membenci engkau? Kematian pun menjawab,"kerana kau
adalah penipuan yang indah sedangkan aku adalah kenyataan yang
menyakitkan…"Tamat...

ANDA SEDANG MEMBACA
Takdir:Jodoh
RomanceThis is my first story... Cerita ni tentang persahabatan... Baca je laa... Jangan lupa vote tau... In shaa Allah tak mengecewakan...