" awak nak tahu tak apa yang akan berlaku kalau awak terus macam ni? awak akan kehilangan orang yang awak sayang. percaya lah kata saya sebab saya pun pernah jadi macam awak dan akhirnya saya kehilangan orang yang saya sayang. "
jimin memandang da in yang tersenyum sambil memandang ke langit.
" berapa umur kau? " tanya jimin membuat da in memandang nya.
" 20 tahun! " kata da in sambil tersenyum.
jimin tersenyum kecil. " tapi kau nampak macam 30 tahun. "
da in ketawa besar. " what? 30 tahun? "
jimin juga ikut ketawa melihat muka terkejut da in.
tanpa mereka sedar, ada seseorang sedang memandang mereka dengan air mata yang mengalir. dia tersenyum walaupun air mata nya terus gugur.
" awak nampak gembira. saya harap awak akan gembira walaupun tanpa saya. "
" oh hyung? hyung nak pergi mana ni? " tanya jungkook yang baru masuk ke dalam bilik jimin.
dia pelik melihat jimin yang mahu keluar. dengan haruman minyak wangi nya juga.
" kau buat apa dekat sini kook? " tanya jimin sambil membetulkan rambut nya di depan cermin.
jungkook menyimpan makanan diatas meja. " kook ingat nak makan dengan hyung. nampak nya hyung nak keluar. hyung dah okay ke? " tanya jungkook pula.
" oh yeke? kau boleh makan sendiri kan? aku ada janji dengan orang. " kata jimin sambil memerhatikan diri nya di cermin buat kali terakhir.
" siapa hyung? hyung dah jumpa noona ke? " tanya jungkook dengan laju.
jihyo yang menghilang hampir 2 minggu membuat hyung yang lain risau tapi jimin langsung tak nampak yang dia risau akan kehilangan jihyo.
" tak— dah lah aku pergi dulu. " kata jimin hendak keluar.
jungkook menarik dan menahan lengan jimin. " habis tu hyung nak keluar dengan siapa? hyung tak nak tahu ke dimana noona? mengapa noona menghilangkan diri selama 2 minggu ni? " tanya jungkook dengan pelik. tak kan tak ada rasa bersalah langsung?
" lagi pun hyung tak nak tahu ke siapa penderma hyung? kook tahu yang hyung akan hidup tapi penderma hyung tu akan mati. tak kan hyung tak rasa bersalah langsung? hyung boleh bersuka ria padahal penderma hyung tu tengah sakit. " tambah jungkook lagi. kali ini perasan nya mula sedih.
jimin mengeluh lalu menepis tangan jungkook. " dah tu apa yang aku perlu buat? aku tak pernah pun merayu pada penderma tu untuk derma dekat aku. "
jungkook menggeleng kepala. " noona hyung! ni tentang noona! mengapa kook rasa hyung dah berubah? hyung bukan jimin yang kook kenal. hyung tahu kan noona sayang hyung seorang je. hyung tak rasa kesian ke dengan noona? "
jimin tersenyum sinis. " kalau kau nak sangat perempuan tu, kau ambil lah. aku tak kisah. perempuan tu tak ada kena mengena dengan aku lagi. dah lah. buang waktu aku je cakap pasal perempuan tu. "
jimin berlalu tanpa menunggu jungkook membalas nya.
" jangan menyesal bila noona tak ada nanti hyung! " sempat jungkook menjerit pada jimin.
YOU ARE READING
Why - short story [✔️]
Romancedia dipecat. dia dicurangi. dia lah... song ji hyo. dia sakit. dia hanya ada beberapa bulan sahaja. dia lah... park jimin. short story between : song ji hyo & park jimin.