" kau dah tanya dekat appa tak taehyung? kenapa jihyo berhenti? cuba tanya yang lain juga. mana tahu mereka tahu mana jihyo pergi. "
" dah. kata appa sebab noona dah dapat kerja baru. kerja yang lebih baik. "
namjoon mula pelik. bukan nya mereka tak tahu macam mana susah nya jihyo mencari kerja sampai lah jihyo mendapat kerja di syarikat ayah taehyung.
jimin yang penasaran hanya memejam mata. mahu saja dia membuka mata dan bertanya apabila jihyo jadi bualan mereka.
" mustahil lah! selama ni susah payah hyo cari kerja. memang ada yang tak kena ni. "
kedengaran suara namjoon yang mengetuk telepon. suara nya juga kedengaran tak puas hati dengan alasan jihyo.
jimin yang tak tahan mula berlakon seolah baru bangun tidur. " kenapa bising bising ni? "
semua mata memandang nya.
" oh jimin ah! sorry dah buat kau bangun. " kata namjoon sambil duduk dekat jimin. " kau okay tak? "
" aku okay hyung. kenapa ni? aku dengar korang sebut nama jihyo? " tanya jimin sambil memandang mereka satu persatu.
" macam ni— jihyo berhenti kerja! dan dah pindah. hyung rasa ada yang tak kena ni. macam mana boleh ji— "
" hyung— jimin lapar. " potong jimin membuat yang lain memandang nya.
namjoon memandang jimin dengan pelik kerana cakap nya telah dipotong. " jimin dengan jihyo okay ke? " tanya nya pula. dia rasa ada yang tak kena dengan jihyo ada kaitan nya dengan jimin.
" hyung boleh tak balikan jimin bibimbap? tiba tiba jimin nak makan bibimbap. " kata jimin lagi tanpa membalas soalan namjoon.
" apa yang kau cakap dengan noona? " tanya taehyung sambil menghampiri jimin. " aku tahu kau bertengkar dengan noona kelmarin. apa yang kau dah cakap? "
" kenapa kau nak tahu sangat? boleh tak jangan sibuk hal aku! " marah jimin sambil memandang jimin dengan tajam.
" kenapa dengan kau ni? kau lupa ke noona tu girlfriend kau. kau tahu tak noona susah payah jaga kau selama ni? noona letih balik kerja terus je kemari dan jaga kau. kau dah lukakan hati noona dengan tiba tiba tarik balik kata tak nak kahwin. sekarang ni apa pula yang kau cakap? kau tak nak bersyukur ke dah dapat perempuan macam noona? noona tu terlalu bagus dan akhir nya noona pilih kau. ramai lelaki kat luar sana kejar noona tapi noona tetap pilih kau. kau patut bersyukur. "
" bagus? " jimin mula ketawa sinis. " kau nak tahu tak? yang perempuan tu dah curang. aku yang bodoh sebab dapat perempuan tu! mesti perempuan tu curang sebab aku sakit! dasar bodoh. siapa yang nak orang yang sakit macam aku ni! " kata jimin sambil tersenyun sinis.
" curang? tak mungkin. jihyo tak akan curang. hyo bukan macam tu. " kata yoongi membuat jimin ketawa sinis.
" korang yang bodoh sebab percaya sangat perempuan tu. aku tak tahu lah apa yang korang nampak kat perempuan tu. aku menyesal sebab jumpa perempuan macam tu. "
" jimin! "
" dah lah hyung. jimin nak tidur. tak payah nak beli bibimbap. jimin tak ada mood makan. dah korang keluar lah. " halau jimin.

YOU ARE READING
Why - short story [✔️]
Romancedia dipecat. dia dicurangi. dia lah... song ji hyo. dia sakit. dia hanya ada beberapa bulan sahaja. dia lah... park jimin. short story between : song ji hyo & park jimin.