" jihyo tak ada sini jadi nya kau boleh berambus! "
" jangan risau pasal tu. aku tahu. lagi pun aku pelik lah— kau tak nampak macam yang jihyo selalu cerita dekat aku. " kata jaerim.
" kau keluar sekarang— "
" dah dah lah tu nak halau aku— aku pun nak keluar ni. aku datang sini cuma nak hantar pesanan terakhir jihyo. " kata jaerim sambil menyimpan beg besar dan bunga yang layu di atas meja di depan taehyung dan jin.
jimin terkejut. begitu juga taehyung dan jin.
" apa maksud kau terakhir? " tanya taehyung sambil berdiri. dia juga mula dingin dengan jaerim walaupun ini lah kali pertama mereka jumpa.
jaerim mengeluarkan kertas kecil dari poket lalu dihulurkan pada taehyung.
dengan teragak agak taehyung mengambil. dia memandang mata jaerim yang dah merah.
" sini jawapan korang. aku cuma nak cakap terima kasih sebab dah layan jihyo aku dengan baik— " kata jaerim sambil bow. tak sangka air mata nya gugur setelah sekian lama dia menahan.
" apa yang kau buat ni! " tanya taehyung sambil menarik kolar baju jaerim. " apa maksud kau— kenapa di sana? apa yang— "
jin terkejut melihat air mata taehyung yang keluar. dia menarik kertas tersebut dari tangan taehyung. dia terkejut sambil menutup mulut.
" seoul— seoul cem— cem— " belum sempat jin membalas hingga habis, kertas tersebut dirampas.
" song jaerim! bagitahu aku yang ni tak betul! ini tak betul kan?! " tanya jimin dengan kuat. kali ini dia pula menarik kolar baju jaerim. dia memandang mata jaerim dengan tajam.
air mata jaerim mengalir tapi dia masih tersenyum. " kau ingat aku main main ke? jihyo dah tak ada! dia— dia dah pergi! "
" kau tipu! kau buat macam ni sebab aku dah sakitkan hati jihyo kan?! cakap! betul kan?! "
jaerim menepis tangan jimin membuat jimin tergugur.
" oppa! " dengan laju da in yang dari tadi mendiam menuju ke jimin.
jaerim tersenyum sinis. dia melap air mata nya dengan kasar. " kenapa? kau dah menyesal ke? dah 2 minggu jihyo tak ada. kau nak tahu tak sebab apa? sebab— sebab dia lah orang yang menderma organ tu dekat kau! dan kau pula boleh bersuka ria disini! kau tuduh jihyo macam macam— cakap yang bukan bukan dekat jihyo! kau hancurkan hati nya. kau hancurkan perasaan nya! "
" tapi disebabkan sayang— dia tak nampak semua tu. jihyo masih juga nak selamatkan kau! bila jihyo cerita pasal kau, dia nampak bahagia sangat. aku suka tengok dia bahagia. aku fikir bila jihyo jumpa kau, dia tak akan sedih lagi tapi tak sangka— kau pun akan buat dia macam tu. kalau aku tahu kau akan buat jihyo sedih, aku tak akan biarkan korang jumpa. "
" ini tak betul! tak! tak! " jerit jimin dengan kuat. dia mengenggam kepala nya.
" kau nak tahu tak bila jihyo kata dia nak selamatkan kau, aku nak je bunuh kau— tapi kalau aku bunuh kau, jihyo akan sedih. aku tak nak jihyo sedih lagi. jadi aku biarkan dia selamat kan nyawa kau walaupun aku tak rela. akhirnya dia tak selamat— "
YOU ARE READING
Why - short story [✔️]
Romancedia dipecat. dia dicurangi. dia lah... song ji hyo. dia sakit. dia hanya ada beberapa bulan sahaja. dia lah... park jimin. short story between : song ji hyo & park jimin.