⛅ ,, 4

521 99 14
                                    

Buk!

Junhui jatuh menyembah bumi saat menerima tumbukan padu dari Seungcheol.

Dia memandang Seungcheol terkejut. Tak pernah dia melihat Seungcheol sebegitu marah.

"You bitch."

Ayat yang keluar dari mulut Seungcheol amat tidak dijangka oleh Junhui mahupun Jeonghan di muka pintu.

"Okay, aku tak sangka perkataan tu keluar dari mulut Cheol, but yes, you bitch, Junhui," kata Jeonghan dari muka pintu.

Dia menghampiri Seungcheol dan menahan jejaka itu dari terus menyerang Junhui. Namun, pandangan tajam yang dihantar oleh jejaka kelahiran 1004 itu menaikkan bulu roma Junhui.

"Kau musnahkan kepercayaan Jisoo, Junhui? Kau tau kan, bukan mudah nak dapat kepercayaan dari dia? Tch," sinis sahaja Jeonghan berkata.

Memahami kata Jeonghan, Junhui menunduk. Nampaknya, dua rakan rapat Joshua ini telah tahu apa yang berlaku di antara nya dan Joshua.

"Aku cuba minta maaf, hyung."

Junhui bangun dari duduknya. Sekali lagi, dia menerima tumbukan di pipi sehingga bibirnya pecah tetapi dia sempat menahan diri dari terjatuh.

"Kau tak layak dapat kemaafan dia, Junhui."

Nampaknya, Jeonghan hanya memberi Seungcheol peluang untuk melepaskan geramnya.

Dia hanya senyap memerhati tindakan Seungcheol tanpa niat menolong Junhui.

He deserved it, anyway.

"Kau rosakkan dunia dia, Jun. Dan, kau hanya minta maaf?" sambung Seungcheol lagi.

"Maaf tak ubah apa-apa, Junhui. Maaf tak boleh kembalikan apa yang dia ada." Seungcheol meludah ke arah Junhui.

Junhui tidak mengelak kerna dia tahu dia layak menerima cacian itu.

Terasa seperti Seungcheol sudah puas memaki, Jeonghan menahan Seungcheol.

"And, don't fucking ever call us 'hyung' again, Wen Junhui."

Dan Junhui terduduk di situ bersama air matanya yang mengalir deras.

• ♡ •

Junhui teringat kembali pertemuan terakhir dirinya dengan Joshua. Pertemuan paling perit buat dirinya.

"Kembali ke aku, jika kau mampu pulangkan apa yang kau hancurkan."

Ketika itu, Junhui bertekad untuk pulangkan seperti yang dikatakan oleh Joshua.

Walaupun dia tahu, kaca yang pecah tak mampu dicantumkan kembali seperti bentuk asalnya. Tapi, tekadnya untuk mengembalikan kepercayaan Joshua.

"Maafkan aku, Shua. Aku tahu aku rosakkan persahabatan kita dengan apa yang aku lakukan. Aku akan cuba raih kembali kepercayaan kau. Walau kau cuba membuangnya."

Junhui memandang kosong dinding di hadapan nya.

Frame yang terletak elok itu ditatap lirih oleh Junhui.

"Aku akan berhenti berharap saat aku tak mampu hadapinya, Shua. Dan, saat kau merayu untuk aku berhenti."

Gambar dirinya dan Joshua berdiri bersebelahan bersama senyuman di bibir itu dirakam manis oleh Jeonghan sewaktu dulu.

Matanya dilarikan ke arah gelang yang dipakai. Gelang perjanjian persahabatan mereka.

Dia perasan gelang yang sama yang pernah dipakai Joshua telah hilang. Nampaknya, jejaka itu tekad untuk melupakan dirinya.

Air matanya kembali mengalir mengingat perbuatan dirinya. Perbuatan yang mengubah hidupnya 360°.

"I'm sorry."

Our Last Meet •J.UNSHUA•Where stories live. Discover now