Joshua memandang kosong ke arah dinding di hadapannya. Suara dan kehadiran Jeonghan dan rakan Junhui tidak kedengaran akibat terlalu hanyut di dalam jiwanya.
Bajunya yang bercorak darah itu diabaikan.
"Jisoo..."
Pandangannya tersentak saat seseorang menepuk bahunya lembut. Wajah Minghao menjadi paparan dirinya dan jejaka itu menunjukkan ke arah pintu ICU yang baru dibuka dan keluar seorang doktor.
"Seungcheol! Macam mana J -Jun?" Jeonghan merapati doktor itu sambil memandang risau ke arah Joshua.
Seungcheol mengeluh perlahan dan tersenyum nipis.
"Dia kehilangan banyak darah dan tusukan pisau nya terlalu dalam. Ditambah dengan penyakitnya yang berada di tahap terakhir, peluang Junhui-sshi hidup sangat tipis," jelas Seungcheol.
Joshua yang mendengar ayat Seungcheol mengangkat kepala.
"What do you mean by 'penyakit'? Jun ada penyakit?"
Semua kembali memandang Seungcheol yang mengigit bibirnya gugup.
Dia menghela nafas perlahan lalu mengangguk.
"Yes. Junhui adalah pesakit barah hati stage 4. Peluang untuk hidup hanya dua bulan tapi jika dia bertuah dia mampu bertahan selama empat bulan. Tapi, melihat keadaan macam nie, maaf dia mungkin dah tak lama."
Terduduk Joshua mendengar ayat Seungcheol.
"Kau tak jujur dengan aku lagi, Junhui!" marah Joshua bersama air matanya yang pantas mengalir di pipi.
"Cheol-sshi, how long?" soal Wonwoo kepada Seungcheol.
Seungcheol yang senyap memandang situasi yang amat mengguris hati itu mengangkat kepala untuk membalas soalan Wonwoo.
"Almost 1 year. Dia datang waktu penyakitnya stage 2, tapi barahnya cepat merebak dan dia berada di stage 4," perlahan saja suara Seungcheol.
Minghao memegang dadanya sakit. Sebegitu lama Junhui merahsiakan penyakitnya.
"Sekarang dia berada dalam keadaan koma. Kalian dibenarkan melawat dia tapi seorang pelawat yang dibenarkan masuk. Aku minta diri dulu," undur Seungcheol.
Dia malu melihat break down Joshua dengan lebih lama. Sebab dia pun yang bersalah dalam hal ini.
• ♡ •
Joshua melangkah masuk ke dalam bilik di mana terlantar nya Junhui.
Dia menutup mulut melihat badan Junhui yang berselirat dengan wayar-wayar bantuan pernafasan.
Baru dimaklumkan sebentar tadi jantung Junhui tidak mampu berdegup jika dia tidak menggunakan bantuan pernafasan.
Masing-masing ketika itu menggeleng kepala tak percaya. Baru sahaja 3 hari Junhui terlantar di hospital, khabar buruk lain diberitahu oleh Seungcheol.
Joshua lah yang paling tidak boleh menerima kenyataan itu. Dia baru mula menerima maaf Junhui.
"You did again, Junhui! Why? Do you deserve my forgiveness?" suara serak Joshua bergema di bilik itu.
Joshua menyembamkan mukanya ke tapak tangan Junhui yang digenggam erat olehnya.
Esakan nya kedengaran. Dia tidak kuat. Dia rasa bersalah.
"Junnie-yah..."
"Kau ingat tak pertemuan kita yang pertama 13 tahun lepas? Masa tu, kita berdua tak faham bahasa masing-masing."
Joshua tertawa perlahan mengingati memori itu.
• ♡ •
Joshua melangkah masuk ke dalam bilik sederhana besar itu. Dia melilaukan mata mencari tempat yang kosong.
Matanya tertancap ke satu tempat kosong di sebelah jejaka yang terlungkup muka di atas meja. Tertidur mungkin.
Dia menghampiri jejaka itu lalu duduk di kerusi sebelahnya dengan senyap. Tak mahu mengganggu waktu lena sementara jejaka itu.
Dia mengeluarkan buku pembelajaran Bahasa Korea lalu diletakkan di atas meja. Menanti guru tuisyen mereka masuk.
"Eo?"
Joshua tersentak mendengar suara serak basah jejaka di sebelahnya.
Dia tersenyum lalu menyapanya,
"Annyeong haseyo."
Jejaka itu mengangkat kepala lalu membalas sapaan Joshua. Dia mengeluarkan phone nya untuk menaip sesuatu lalu ditunjukkan kepada Joshua.
Tulisan yang ditunjukkan oleh jejaka itu kepadanya memastikan dia bahawa jejaka itu adalah Chinese.
Joshua membaca ayat Hangul itu namun dia tak faham.
"I speak English," Joshua memohon maaf.
Jejaka itu seakan tersedar lalu menukar bahasa terjemah kepada English.
'Aha, lupa pula aku yang kita masuk sini sebab nak belajar bahasa Korea. Abaikan jelah ayat tadi hehe'
Joshua tergelak membaca ayat jejaka itu. Dia memandang nya lalu menghulurkan tangan,
"Joshua Hong."
Jejaka itu tersenyum dan menyambut huluran tangan Joshua.
"Wen Junhui."
• ♡ •
Joshua mengangkat kepala memandang wajah tenang Junhui.
Dia dapat melihat setitik air mata Junhui jatuh mendengar cerita Joshua.
Joshua tersenyum nipis sambil mengusap lekuk jari Junhui.
Dia mengambil nafas untuk melanjutkan katanya. Kata-kata yang akan membuatkan dirinya tersiksa,
"Junnie-yah, aku maafkan kau."
YOU ARE READING
Our Last Meet •J.UNSHUA•
Short Story[COMPLETE] Hanya satu peristiwa , hubungan persahabatan mereka dihentikan begitu sahaja . ❝ Maafkan aku . Aku tahu aku salah . ❞ Bukan mudah dia untuk memaafkan sang pesalah . Walaupun usia persahabatan mereka sudah bertahun . ❝ Kau tipu aku ! Kau...