-18

211 52 4
                                        

"Lee Dokhee." wanita itu duduk tegak dihadapan Jeno tanpa mengerdipkan mata. Ada cermin besar yang menghalang mereka berdua untuk berbual. Tiada sebarang perbualan yang dibualkan lalu Jeno memulakan langkah.

"Dokhee sayang.." ujar Jeno. Wanita itu wajah nya semakin pucat dan kurus. Memandangkan lagi 5 tahun tempoh kurungan nya didalam penjara, maka makin kurus jadi nya.

"Jang Ah keluar hari ini. Dia kata dia minta maaf." kata Jeno. Dokhee menoleh keluar tingkap tidak memandang Jeno. Rambut panjang nya diselak kebelakang.

"Maafkan saya. Semua ini salah saya. Tak patut saya buat macam ni—"

"Aku mahu jumpa Jungmyeon. Bukan kau. Aku nak jumpa anak aku lah!" Dokhee menjerit seperti orang gila. Air mata nya tidak henti-henti mengalir. Jeno memegang kedua belah tangan Dokhee dengan erat.

"Jungmyeon di sekolah. Jangan risau. Dia baik saja. Percayalah." kata Jeno. Dokhee menangis di dalam pelukan Jeno dengan erat. Rambut Dokhee diusap perlahan.

"Aku..mahu minta maaf pada Hyunjoo..aku.."

"Cara kau untuk minta maaf ialah jangan sakiti diri kau. Kerana Hyunjoo tak mahu kau disakiti." kata Jeno.

really bad boy. jn✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang