- 3

298 55 9
                                    

"Ayah tidak mahu beri duit belanja bulan ini ke?"

"Buat apa ayah nak bagi kalau keputusan peperiksaan kamu teruk." perli Jeno. Doyeon menundukkan kepala sambil menguis bubur di dalam mangkuk.

"Jangan asyik bermain je. Ayah dah bank-in duit atas meja belajar. Nanti ambil." Doyeon dengan gembira nya berlari ke bilik nya untuk mengambil wang tersebut.

Remaja zaman sekarang buta dengan duit.

Hyunjoo hanya melihat Jeno disebalik dinding. Entah mengapa, hati nya berasa tidak tenteram. Perlu ke di tanya pasal kesan gincu itu?

"Tak mahu makan ke sayang? Bubur dah sejuk tu." Hyunjoo terkejut lalu menyembunyikan kot baju itu ke dalam laci.

"Hari ini saya pulang awal. Jom pergi ke pasar beli barang dapur bersama." ajak Jeno. Hyunjoo terkedu seketika. Hati nya berasa was-was untuk mengesyaki suami nya.

"Termenung lah lagi. Tidak cukup tidur ke?" si isteri tersedar apabila mendengar suara Jeno. Hyunjoo tersenyum lalu menyuap bubur ke mulut aku.

"Jangan terlalu penat buat kerja. Cari masa untuk berehat." pesan Jeno. Hyunjoo mengangguk sambil senyum kelat.

really bad boy. jn✔Where stories live. Discover now