Bunyi penyepit yang berlaga dimangkuk menghilangkan kesunyian makan malam mereka. Hyunjoo memandang Doyeon dan Jeno bersilih ganti. Anak gadis nya bangun menandakan sudah habis makan.
"Doyeon masuk bilik dulu." Hyunjoo mengangguk. Tinggal Jeno dan Hyunjoo makan tanpa bual bicara.
"Jeno, esok saya nak keluar rumah awal. Awak hantarlah Doyeon ke sekolah. Cuaca minggu ini kurang baik." kata Hyunjoo.
"Saya sibuk esok. Awal pagi perlu pergi kerja." balas Jeno. Hyunjoo menggenggam hujung penyepit. Peluh membasahi leher yang basah akibat ketakutan.
"Sayang?" suara Jeno mengejutkan Hyunjoo yang dilamun termenung seketika. Jeno sudah bangun membersihkan meja makan. Hyunjoo mengurut kepala nya.
"Penat? Mahu ubat sakit kepala?" tanya Jeno. Hyunjoo mengangguk perlahan. Leher nya kelenguhan akibat terlalu banyak membuat kerja.
"Terima kasih." Hyunjoo menyerahkan cawan kepada Jeno. Selesai makan ubat, dia melangkah naik ke bilik.
"Jeno saya—" Hyunjoo rebah ke lantai.
"Maafkan aku Hyunjoo."

ANDA SEDANG MEMBACA
really bad boy. jn✔
Fiksi PenggemarSequel of Bad Boy • A good boy can be a really bad boy highest ranking 110621 - # 1st fanfiction 110631 - # 1st shortstory