PROLOG

283 42 10
                                    

Apa yang kau percaya, itulah dia...
Jadi, batu atau... 

SEKUMPULAN pelajar sekolah baru pulang dari belajar berjalan bersama-sama dengan gelak tawa. "Lepas habis test esok, aku nak pergi karoke. Kau orang nak ikut tak?"

"Why not? That's an amazing idea!"

"Betul! Kita dah terseksa sangat belajar for final. Tomorrow is the last paper and we are done!" Kelima-lima pelajar perempuan itu bersorak keriangan.

Gadis yang memakai reben di kepala mengepitkan kedua-dua kakinya. "Kau kenapa, Kyra?" Kawan-kawannya yang lain memandang pelik ke arahnya.

"Aku nak terkucil la. Mungkin sebab banyak minum air tadi kut." Mukanya menahan diri dari terkucil. Inilah padahnya bila makan malam tadi terlalu banyak minum air.

"Hah tu la kau, aku dah pesan pergi tandas tadi. Kau yang tak nak," balas salah seorang rakannya, Mya.

"Habis tu macam mana ni? Takkan nak biar Kyra tertahan-tahan macam ni? Kat sini mana ada tandas awam." Kali ini kelima-lima pelajar tersebut memandang sekeliling. Mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dan sekarang mereka dikelilingi dengan padang lalang.

Mya mengemam bibir, "Kau tak tahan sangat ke, Kyra?"

Kyra menggeleng.

Mereka berlima saling berbalas pandangan. "Terpaksalah kau buang air kecil kat padang lalang ni. Gelap dan tak ada orang nampak."

"Kitaorang cover kau." Tambah Tia pula. Baginya itu salah satu idea yang bagus dalam keadaan sekarang. Lagipun jalan ini tiada orang dan sunyi.

"Tapi... aku takut la..." Kyra memandang keliling, sungguh suasana padang lalang pada waktu malam agak menyeramkan. Kyra hela nafas pendek sebelum mengangguk apabila kawan-kawannya beri pandangan agar setuju saja cadangan Mya.

"Kitaorang ada, kau jangan pergi jauh-jauh." Pesan Tia.

Kyra mula masuk ke celahan lalang disitu. Kawan-kawannya hanya berdiri di luar kawasan padang lalang sambil memerhati sekeliling. Mya tolong suluhkan cahaya ke arah padang lalang.

Apabila sudah jumpa tempat yang sesuai, Kyra menyelak skirt pendeknya ke atas. Kemudian dia mencangkung sambil memandang sekeliling, lampu suluh dari telefonnya dihala ke hadapan. Selepas membuang hajat, dia hanya mengelap dengan tisu.

Baru saja dia mahu buka langkah tiba-tiba angin kuat dari arah timur yang sepintas lalu membuat bulu romanya menegak. Dia bergerak ke belakang sedikit kemudian menyuluh sekeliling.

"Kyra, lama lagi ke?" Kedengaran suara Mya menjerit.

"Dah, kejap!" Kyra terus buka langkah besar kemudian entah bagaimana dia tersadung dan terjatuh. "Arghhh!"

"Kyra?! Kenapa?" Suara cemas Tia melaung kuat apabila terdengar jeritan Kyra. "Kyra?"

Kyra mengesat mukanya terkena tanah. "Aku tersadung," jawab Kyra. Kemudian, dia pusing ke belakang mahu melihat apa yang membuatkan dia tersadung kerana dia berasakan ia seperti batu yang agak besar.

Telefonnya diambil kemudian dia menyuluh ke arah tempat yang dia tersadung. Matanya dikecilkan cuba memerhati 'benda' tersebut. Itu bukan batu tapi...

"Arghhhh! Arghhhh!" Kelam kabut dia mengesot ke belakang. Bajunya yang kotor dari kesan tanah langsung tidak dipedulikan.

"Kyra!"

"Arghhhh!"

Bunyi derapan kasut yang berlari dalam celahan padang lalang, kemudian empat pelajar perempuan muncul. "Kau kenapa?" Tia menyoal sambil mencangkung sebelah Kyra. Wajah Kyra pucat lesi.

"Tu... tuu... Arghhhh!"

Mya menyuluh lampu ke arah tempat yang kawannya tunjukkan. Bergabung jeritan kelima-lima pelajar perempuan apabila terlihat mayat yang ditimbus dan hanya meninggalkan kepala sahaja.

"ARGHHHH!"



Prolog tak berapa gempak, tapi saya cuba yang terbaik. Feel free to drop your comment here >_<

THE ENCHANTED KILLER Where stories live. Discover now