Majlis pertunangan Iris dan Farhan berjalan dengan lancar. Akhirnya, sahabatnya itu selamat menjadi tunangan orang. Senyuman terukir dibibirnya apabila melihat foto-foto yang diambil ketika majlis pertunangan itu. "Makcik, berangan apa? Tersenyum-senyum." Tegur Fareez yang sedang memandu. " Saya tengah tengok gambar yang kita ambil tadi. Cantik!" Alesya melihat skrin telefon pintarnya dengan penuh minat. " Aku nak pergi main bola keranjang kejap lagi. Lepas Zohor, kita gerak." Ujar Fareez sedang memakir keretanya. "Saya kena ikut ke? Tak boleh, saya tinggal dekat rumah?" Tanya Alesya polos. "Ada aku bagi arahan suruh kau duduk rumah, makcik? Tak ada kan? Ikut sahajalah arahan aku. Banyak tanya pula." Perli Fareez selamba. Alesya merengus geram sebelum masuk ke dalam rumah. "Tak baik melawan arahan suami. Nak jadi isteri derhaka, Alesya Sofea?" sambung Fareez. "Saya minta maaf. Sorry." Alesya mengeluh kecil. "Maaf, diterima." Fareez masuk ke dalam biliknya.
Fareez dan Alesya berjalan beriringan masuk ke dewan bola keranjang. "Tunggu sini. Tengok aku main macam mana." Arah Fareez sebelum masuk ke dalam gelanggang. "Fareez! Lama tak join kami main. Kau bawa siapa tu?" Izzat tersenyum nakal. "Isteri aku. Kenapa?" jawab Fareez selamba. " Dia bawa bidadari!" siulan nakal mula kedengaran. "Dah, jom start." Firash menghentikan perbualan mereka. Alesya memerhatikan Fareez bermain bola keranjang. Pada pandangannya, Fareez bijak mengatur strategi dan sering menjaringkan bola. Tidak hairanlah lelaki itu boleh menjaringkan bola dengan mudah, kerana ketinggiannya. Visel ditiup tanda permainan berhenti seketika. Bola keranjang yang berada di tangan Fareez dilontarkan kepada Alesya. Sengaja dia melontarkan bola itu kepada Alesya untuk melihat samada gadis itu peka atau tidak. Alesya tersenyum sinis apabila bola yang dilontarkan oleh suaminya dapat ditangkap dengan mudah. "Jom lawan dengan aku. One by one." Cabar Fareez. "Boleh. Awak rehatlah dulu. Nanti kita masuk gelanggang." Alesya menghulurkan botol air kepada Fareez.
Alesya dan Fareez masuk ke dalam gelanggang. "Ada apa-apa permintaan sebelum kita mula?" tanya Alesya. "Siapa kalah belanja makan dan drive kereta sampai rumah. Deal?" Fareez meletakkan syaratnya. "Okay, deal." Alesya memulakan langkahnya. Siulan nakal daripada rakan-rakan Fareez, menghangatkan perlawanan mereka. Alesya mula mengatur langkah dengan berhati-hati. Bola yang berada ditangannya dipegang erat. Fareez mula menghalang Alesya daripada menjaringkan bola. "Takkan halangan macam ni, kau tak boleh elak?" perli Fareez. Alesya tersenyum sinis mendengar perlian Fareez. Melihat Fareez sedang leka berlawan mata dengannya, dia mengambil peluang memintas lelaki itu dengan mudah. Satu jaringan diperolehi Alesya. " Jarang tengok Fareez cuai macam ni." Perli Firash selamba. "Kau diam, Rash!" marah Fareez. Alesya meneruskan permainan. "Maaf, kalau kali ni aku ganas sikit." Ujar Fareez selamba sebelum merampas bola daripada pegangan Alesya. "Hey!" Alesya cuba menghalang Fareez daripada menjaringkan bola. Entah mana silapnya, Fareez tertolak tubuh Alesya semasa menjaringkan bola. Alesya hilang keseimbangan badannya jatuh dan kakinya terseliuh. "Ah! Awak!" Alesya mendesis kesakitan. "Eh, kau okay tak? Mana sakit?" Fareez memandang Alesya cemas. "Kaki saya, sakit." adu Alesya menahan sakit. Fareez membuka kasut sukan Alesya. "Kenapa, Reez?" tanya Firash. "Ambil emergency kit dalam kereta aku. Nah, kunci." Fareez melemparkan kunci keretanya. "Awak, jangan lah sakit." Alesya menggengam erat tangan kanan Fareez. "Boleh gerakkan tak?" Fareez memandang seraut wajah Alesya yang mula merah. Alesya hanya menggeleng. "Cepatlah, Rash!" Fareez merengus geram. "Kau check kaki dia. Makcik ni, taknak lepaskan aku pula." Arah Fareez malas. "Sakit." Alesya memaut leher Fareez. Keluhan kecil dilepaskan oleh Fareez. "Dia terseliuh ni. Nanti kau urutlah dekat rumah. Aku balut je dulu." Firash memulakan kerjanya. Fareez mencempung tubuh kecil Alesya keluar daripada gelanggang. "Kenapa?" soal Izzat dan rakan yang lain. "Terseliuh." Jawab Firash. "Aku balik dulu." Fareez meminta diri untuk pulang ke rumah.
Fareez mencempung Alesya sehingga ke biliknya. "Kau jangan nak berjalan sana-sini. Duduk situ diam-diam. Aku nak mandi kejap." Pesan Fareez tegas berlalu ke bilik air. Fareez keluar daripada bilik air dengan rambutnya yang masih basah. Alesya yang sedang mengurut kakinya yang lenguh diperhatikan olehnya. Tangannya mencapai sebotol minyak angin di atas meja. "Aku nak urut kaki kau. Kalau sakit, tahan sikit." Fareez mula mengurut. Alesya mengambil sebuah bantal menekup wajahnya. Fareez mendengar esakkan kecil Alesya. Fareez memberhentikan urutannya dan duduk disebelah Alesya. "Aku minta maaf. Aku kene urut kaki kau. Kalau tak, nanti lagi teruk." Pujuknya lembut. "Taknak. Sakit." Rengek Alesya. Telefon pintar di meja sisi dicapai. "Hello, Hanis. Kau sibuk tak? Boleh datang rumah aku? Kaki Alesya terseliuh ni. Aku minta kau urutkan." Fareez bergerak keluar daripada bilik. "Terseliuh? Okay, aku on the way. 15 minit lagi, aku sampai." Jawab Hanis dan menamatkan panggilan.
"Mana Alesya?" tanya Hanis sebaik sahaja tiba dirumah Fareez. Fareez melangkah masuk ke dalam biliknya bersama Hanis. "Awak, okay? Sakit dekat mana?" tanya Hanis lembut. "Bawah buku lali." Jawab Alesya. "Saya nak urut ni. Awak tahan sikit. Okay?" Hanis mengurut kaki Alesya. Fareez menepuk perlahan belakang Alesya yang sedang memeluknya. " I'm done." Beritahu Hanis dalam keadaan berbisik. Fareez mengangguk faham dan membetulkan kedudukan Alesya yang sedang tidur. " She's so cute with you!" puji Hanis tersengih suka. Fareez mencebik kecil. "Esok aku off. Kau beritahu Firash. Lusa aku belanja kau makan dekat cafeteria." Pesan Fareez kepada Hanis. "Okay, aku gerak dulu." Hanis masuk ke dalam keretanya.
YOU ARE READING
Suri hati Mr Heartless (Complete) ✔
Chick-LitPemergian gadis yang dicintai, Aliya Arissya memberi kesan yang mendalam kepada kehidupan Fareez Aidil. Daripada seorang yang periang,sweet talker dan murah dengan senyuman menjadi seorang yang dingin, tegas dan heartless. Kehadiran Alesya Sofea mem...